Lars Bender (lahir 27 April 1989) merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain untuk kelab Bayer Leverkusen dan pasukan bola sepak kebangsaan Jerman di posisi pemain tengah bertahan. Beliau merupakan kembar kepada Sven Bender, yang kini bermain untuk Borussia Dortmund.

Lars Bender
Maklumat peribadi
Nama penuh Lars Bender[1]
Tarikh lahir (1989-04-27) 27 April 1989 (umur 34)
Tempat lahir Rosenheim, Jerman Barat
Ketinggian 1.84 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pemain tengah bertahan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bayer Leverkusen
Nombor 8
Kerjaya remaja
1993–1999 TSV Brannenburg
1999–2002 SpVgg Unterhaching
2002–2006 1860 München
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2009 1860 München 58 (4)
2009– Bayer Leverkusen 173 (16)
Pasukan kebangsaan
2005–2006 Jerman B17 9 (1)
2007–2008 Jerman B19 9 (2)
2009 Jerman B20 1 (1)
2010 Jerman B21 1 (0)
2011– Jerman 19 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 April 2016
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 November 2014

Kerjaya kelab sunting

Lars Bender bermain dari tahun 1993 sehingga 1999 untuk kelab remaja TSV Brann dan dari tahun 1999 sehingga 2002, beliau sebahagian daripada skuad remaja SpVgg Unterhaching. Pada musim panas 2002, beliau berpindah ke kelab remaja 1860 München.

Pada Ogos 2006, beliau bermain pada perlawanan pertamanya untuk 1860 München II pada Regionalliga Süd. Pada Oktober, beliau digunakna untuk menjadi pemain pasukan senior 1860 München dan pada 27 November 2006 semasa berusia 17 tahun, beliau membuat debut profesional menentang TuS Koblenz dalam perlawanan 2. Bundesliga. Pada musim pertamanya, beliau telah bermain 13 perlawanan dan sembilan daripada beliau termasuk dalam kesebalasan utama. Pada musim ini, Bender memenangi trofi Fritz Walter selepas menewaskan Marko Marin dan kembarnya, Sven Bender. Pada musim keduanya, beliau lebih gemar bermain di posisi pemain tengah bertahan. Pada hari pertamanya di musim baru, beliau menjaringkan gol. Pada perlawanan liga kedua menentang FSV Frankfurt pada 3 Oktober 2008, beliau mengambil alih kapten pasukan dan menjadi kapten ke-19 termuda dalam sejarah kelab 1860 München, tetapi pada 20 Oktober, beliau mengalami kecederaan serius dan beliau menamatkan musim ini hanya 15 perlawanan. Dalam tiga musimnya bersama 1860 München di 2. Bundesliga, beliau telah bermain 58 perlawanan dan menjaringkan empat gol.

Pada 18 Ogos 2009, Bender menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab Bayer Leverkusen. Beliau bermain pada perlawanan pertamanya di Bundesliga pada perlawanan keenam dan digunakan pada 20 perlawanan seterusnya. Beliau menjaringkan gol pertamanya di Bundesliga pada 16 September semasa menang 4-0 ke atas Eintracht Frankfurt. Pada musim berikutnya, beliau menjadi pilihan kedua pemain tengah bertahan tetapi beliau hanya bermain 27 perlawanan dan menjaringkan tiga gol. Pada 21 Mac 2012, Bender menandatangani kontrak baru untuk Leverkusen sheingga 2018. Pada musim 2012–13 Bundesliga, beliau telah bermain sebanyak 33 perlawanan, menjaringkan tiga gol dan membuat enam hantaran. Pada 31 Oktober 2013, beliau melanjutkan kontraknya bersama Leverkusen sehingga 2019. Pada musim 2013-14, beliau bermain sebanyak 29 perlawanan dan menjaringkan tiga gol. Beliau mengalami kecederaan pada September, Oktober dan sekali lagi pada musim bunga 2014.

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Bender bersama Jerman ketika menentang Austria pada 2012.

Beliau sebahagian daripada skuad bawah-19 Jerman yang menjuarai Kejohanan Bola Sepak Eropah bawah-19 UEFA 2008.

Bender dipilih dalam senarai akhir 23 pemain ke UEFA Euro 2012. Beliau menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-80 pada perlawanan terakhir kumpulan menentang Denmark.

Pada 29 Mei 2013, Bender menjaringkan dua gol ketika menang 4-2 ke atas Ecuador.

Beliau termasuk dalam senarai 30 pemain ke Piala Dunia FIFA 2014 tetapi tersingkir pada 23 Mei disebabkan kecederaan paha. Pengurus Joachim Löw berkata, "Saya meminta maaf banyak-banyak kepada Lars keraa saya tahun beliau memang ingin ke Brazil tetapi beliau terpaksa dikeluarkan dengan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan amat sedih buat kita semua."

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1.
17 Jun 2012 Lviv, Ukraine   Denmark
2–1
2–1
UEFA Euro 2012
2.
29 Mei 2013 Boca Raton, Amerika Syarikat   Ecuador 2–0 4–2 Persahabatan
3.
3–0
4.
14 Ogos 2013 Kaiserslautern, Jerman   Paraguay
3–3
3–3
Persahabatan

Penghargaan sunting

Antarabangsa sunting

Germany
Individu

Catatan sunting

  1. ^ "L. Bender". Soccerway. Dicapai pada 7 December 2013.

Pautan luar sunting