Dalam kimia analisis, suatu larutan piawai ialah suatu larutan dengan kepekatan sebatian kimia yang diketahui secara tepat dari unsur atau zat. Sebuah larutan paiwai digunakan sebagai rujukan dalam menentukan kepekatan larutan-larutan serupa lain seperti larutan dalam pentitratan.[1] Kepekatan larutan piawai lazim diwakili dalam unit mol per liter (mol/L, biasanya disingkatkan sebagai M bagi kemolaran), mol per desimeter padu (mol/dm3), dan kilomol per meter padu (kmol/m3).

Lengkungnan pentitratan asid oksalik, selaku suatu larutan piawai dengan dengan natrium hidroksida

Rujukan sunting

  1. ^ Freiser, Henry; Nancollas, George H (1987). Compendium of Analytical Nomenclature: Definitive Rules 1987. Oxford: Blackwell Scientific Publications. m/s. 48. ISBN 0-632-01907-7.