Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal

Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal ialah sebuah pementasan teater Malaysia yang diadaptasi dari komik autobiografi Kampung Boy karya Lat.[2] Teater ini dipentaskan pada 16 Mac sehingga 3 April 2011 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, ia diarahkan oleh Hans Isaac dan Harith Iskander dan dibintangi oleh Awie sebagai Lat, dan juga dibintangi oleh Jalil Hamid, Rahim Razali, Atilia Haron dan Douglas Lim. Teater ini merupakan yang pertama yang mengadaptasi dari sebuah novel grafik kepada teater muzikal.[3]

Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal
PengarahHans Isaac
Harith Iskander
Tarikh mula16 Mac 2011
Tarikh tamat3 April 2011
LokasiIstana Budaya
SubjekKampung Boy
GenreBiografi
Kehadiran30,000 penonton[1]
Diterbitkan olehTall Order Productions
Institut Terjemahan Negara Malaysia

Sinopsis sunting

Teater muzikal ini mengisahkan kehidupan Lat yang bermula sejak zaman kanak-kanak ketika beliau membesar di sebuah kampung di Perak, sehinggalah beliau menjadi kartunis yang dikagumi di seluruh Negara dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Menurut Hans Isaac, Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal diadakan sempena meraikan ulang tahun kelahiran Lat yang ke-60 pada 5 Mac 2011. Skripnya ditulis oleh Harith Iskander dan dirombak sebanyak 15 kali dan diberikan kepada Mamat Khalid dan Adlin Aman Ramlie untuk disemak. Bagi menyiapkan skrip ini dan mengenali Lat lebih dekat, beliau dan Harith ‘berkampung’ di Ipoh.[2] Sebanyak 10 lagu dihasilkan untuk teater ini.[3][4]

Sambutan sunting

Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor hadir pada malam pementasan teater Kampung Boy.[5] Teater ini juga dipentaskan di Perak.[6]

Bersempena dengan pementasan teater ini, buku Kampung Boy dan Town Boy dikeluarkan dalam bentuk edisi khas dan telah terjual sebanyak 1,000 naskhah.[7][8]

Tenaga kerja sunting

  • Penerbit Eksekutif: Mohd Khair Ngadiron & Hans Isaac
  • Penerbit: Hans Isaac
  • Pengarah: Hans Isaac & Harith Iskander
  • Penulis Skrip: Harith Iskander & Kuah Jenhan (Penulis Bersama)
  • Penasihat Pementasan: Mamat Khalid
  • Pengarah Muzik: Michael Veerapen
  • Koreografer: Taufik Ibrahim (Pat)
  • Pereka Kostum: Devorsine Dominique

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Kemalia Othman (7 April 2011). 'Lat Kampung Boy' Pecah Rekod 30,000 Penonton mStar Online. Diperoleh pada 7 April 2011.
  2. ^ a b Norhayati Nordin (17 Januari 2011). Wajah, gaya seiras - Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal Harian Metro. Diperoleh pada 23 Februari 2011.
  3. ^ a b Feride Hikmet Atak (14 Januari 2011). Teater Muzikal Lat Kampung Boy Di Istana Budaya Mac Ini mStar Online. Diperoleh pada 23 Februari 2011.
  4. ^ Roni Hidayat Ridwan (17 Mac 2011). "Kampung Boy, komik ke muzikal". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2011. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  5. ^ "Najib Watches Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal". NajibRazak.com. 24 Mac 2011. Dicapai pada 20 April 2011.
  6. ^ Kemalia Othman (19 April 2011). "'Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal' Akan Dipentaskan Di Perak". mStar Online. Dicapai pada 20 April 2011.
  7. ^ "Jual 1,000 naskhah edisi terhad 2 buku Lat". Harian Metro. 14 Mac 2011. Dicapai pada 11 Ogos 2021.
  8. ^ "1,000 set edisi khas karya Lat dijual". Berita Harian. 14 Mac 2011. Dicapai pada 11 Ogos 2021.

Pautan luar sunting