Air terjun Lata Payung terletak di Hutan Lipur Lata Payung di daerah Setiu sempadan Besut, Terengganu. Terletak 25 km dari Bandar Seri Langkap melalui Jalanraya Seri Langkap-Kampung Payong Baru dan 65 km dari Bandaraya Kuala Terengganu. Untuk sampai ke sini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Seri Langkap. Untuk sampai ke kemuncak air terjun ini, perlu meredah laluan yang telah disediakan. Ada yang mengatakan bahawa air terjun disini adalah antara yang tercantik di negeri Terengganu, tetapi kurangnya promosi dan kedudukan yang agak terpencil menyebabkan destinasi ini kurang popular berbanding Air Terjun Sekayu dan Air Terjun Chemerong.

Fail:Air Terjun Lata Payung Setiu Terengganu.jpeg
Lata Payung perlu dipromosikan lebih agresif lagi bagi menarik perhatian pengunjung untuk menikmati keindahanya.

Mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit serta Hutan Konifer di Kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang jarang kita lihat sebelum ini terdapat disini. Bagi pengunjung yang inginkan aktiviti mencabar, satu denai hutan disediakan menuju ke puncak Gunung Tebu sesuai untuk memulakan pendakian dari sini.

Pengunjung boleh menjalankan aktiviti seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar melalui denai hutan yang disediakan.

Antara kemudahan asas awam yang ada di bahagian pintu masuk ke sini ialah tempat rehat, surau, jambatan gantung dan tandas. Gerai-gerai jualan juga ada berdekatan sini.