Latiff Borgiba

Pelakon veteran lelaki Malaysia

Latif Borgiba atau nama sebenarnya Abdul Latiff T.K. Gomu Kakah[1] merupakan salah seorang dari pelakon filem Melayu klasik. Beliau sering berlakon dalam drama-drama dan filem-filem Melayu tahun 1960-an sehingga 1980-an yang mengenalinya. Namanya dikenali ramai kerana dia sering melakonkan watak-watak jahat sama ada dalam drama ataupun filem.Beliau mula menceburi bidang lakonan ketika berusia 18 tahun menerusi pentas teater dan bangsawan.

Latiff Borgiba
Kelahiran
Abdul Latiff T.K. Gomu Kakah

(1937-12-14)14 Disember 1937
Meninggal dunia14 Disember 2017(2017-12-14) (umur 80)
Sebab kematianSakit tua
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Danau Kota, Setapak
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1967—2013
Terkenal keranaFilem Penyamun Si Bongkok, Dang Lenggang, Ribut Di Hujung Senja dan Anakku Suamiku
PasanganFatimah Leman
Anak16

Nama pentasnya, Latiff, Borgiba telah diberikan oleh pelakon dan pengarah, Allahyarham S. Kadarisman penghujung tahun 1960-an sewaktu beliau mula aktif berlakon. Borgiba itu adalah sempena nama keturunan Habib Borgiba iaitu seorang kulit hitam dari Afrika yang terkenal warak dan juga tokoh agama terkenal di sana.[2]

Kehidupan awalSunting

Latiff dilahirkan di Bangkok, Thailand sebelum berhijrah bersama keluarganya ke Kuala Lumpur pada tahun 1946. Dia memulakan bidang lakonan di Kuala Lumpur setahun selepas mendirikan rumahtangga. Beliau memiliki darah campuran Siam, Arab dan India ini bukan sahaja memulakan karier sebagai pelakon pada usia yang muda iaitu 18 tahun tetapi turut berkahwin sewaktu baru berusia 17 tahun di mana ketika itu isterinya, Rokiah Abdul Rahman pula berumur 12 tahun.

Isteri pertama Latiff meninggal dunia pada tahun 2009 dan beliau kemudiannya tinggal bersama isteri keduanya iaitu Fatimah Leman. Semasa hayat, beliau aktif berlakon drama, telemovie dan filem. Raut wajahnya yang serius dan ditambah pula dengan janggutnya yang putih dan panjang mencecah paras dada menyebabkan dia tampak garang dan sering melakonkan watak-watak jahat.

Bagaimanapun, pada penghujung karier seni, Latiff juga banyak melakonkan watak lelaki tua yang lebih alim dan matang. Latiff merupakan bapa kepada 16 orang anak, 47 cucu dan 15 cicit sehingga pada tahun 2012.

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1967 Anak Ku Suami Ku
Darma Kesuma
1972 Pendekar Sakti
Dang Lenggang
1973 Penyamun Si Bongkok
Satria
1982 Ribut Di Hujung Senja
Anak Sulung Tujuh Keturunan
1991 Bintang Malam Pok Leh
1992 Penghujung Malam Che' Man
Abang 92 Wak Sait
1997 Gemilang Husin
2009 Jangan Tegur Ustaz Kampung
2011 Khurafat: Perjanjian Syaitan Bomoh Penampilan khas
2013 Tokak Khatib Umar
Penanggal Guru Alang

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Terowong Pak Unos TV3 Episod: "Rasuah"

Meninggal duniaSunting

Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8:20 malam akibat sakit tua pada 14 Disember 2017 di rumahnya.[3]

RujukanSunting

Pautan luarSunting