Latt Shariman Abdullah

Datuk Latt Shariman Abdullah merupakan Pegawai tugas-tugas Khas kepada Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia [1]. Datuk Latt Shariman juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah.[2].

Bekas Pelajar MCKK sunting

Datuk Latt Shariman merupakan bekas pelajar dan alumni di sebuah kolej berprestig tinggi iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar atau lebih dikenali sebagai MCKK.[3].

Aktif sukan Ragbi sunting

Latt Shariman aktif dalam sukan ragbi dan sering menganjurkan perlawanan ragbi terutama di negeri Kedah. Di Kuala Kedah, terdapat satu trofi ragbi dinamakan sempena nama beliau. Pada masa ini, SAHOCA atau SULTAN Abdul Hamid Old Collegians Association,merupakan pasukan ragbi yang memegang trofi dan merupakan juara bertahan.[4].

Skim Insuran Nelayan sunting

Nelayan di Kuala Kedah, menjalani kehidupan yang amat berbahaya. Sebelum ini, kebanyakan mereka pergi ke laut tanpa apa-apa insurans sekalipun. Risiko bukan sahaja kepada keselamatan mereka, tetapi juga kepada keluarga mereka di atas darat jika sesuatu yang buruk telah berlaku kepada mereka. Latt dengan bantuan kerajaan persekutuan memperkenalkan kepada mereka insurans nelayan yang akan melindungi nelayan dan keluarga mereka.[5] [6]

Membantu Mangsa Bom Hatyai sunting

Beliau adalah pegawai yang ditugaskan dengan menyelaraskan dengan mangsa-mangsa pengeboman di Hat Yai. Kerajaan Malaysia menyumbangkan 459,000 baht Baht Thailand kira-kira RM 45,900 yang disumbangkan kepada waris mangsa.

Rujukan sunting