LaunchGood ialah sebuah platform pendanaan khalayak[1] yang memberi tumpuan kepada masyarakat Islam di seluruh dunia. LaunchGood dilancarkan pada Oktober 2013 , dan dua tahun sejak penubuhannya, LaunchGood telah mengumpul lebih daripada $3 juta terhadap lebih 370 projek di 30 negara.[2][3]

Launch Good, Inc.
Jenis laman web
Dana khalayak
Dicipta olehChris Blauvelt

Amany Killawi

Omar Hamid
URLLaman rasmi
Dilancarkan8 Oktober 2013

LaunchGood adalah salah satu daripada beberapa platform dana khalayak untuk mengumpulkan wang daripada orang awam, yang mengelakkan saluran pelaburan tradisional. Penganjur projek memilih tarikh akhir dan matlamat pembiayaan minimum, dan biasanya memberikan ganjaran atau "faedah" kepada penyumbang pada pelbagai peringkat.

Pengasas LaunchGood ialah Chris Blauvelt, Amany Killawi dan Omar Hamid.[4] Mereka berasaskan dari Detroit, Michigan dan Atlanta, Georgia.

Projek-projekSunting

LaunchGood telah digunakan untuk mengumpul dana untuk beberapa projek yang diiktiraf secara nasional, termasuk kempen untuk membantu membina semula gereja-gereja Afrika-Amerika yang dimusnahkan dalam pembakaran sengaja pada musim panas 2015,[5][6] dan kempen untuk membiayai pasukan undang-undang Adnan Syed yang dikenali secara meluas melalui siniarnya, Serial melalui rayuan istimewa terhadap sabitannya.[7] Setiap kempen ini mengumpul lebih daripada $100,000 melalui platform ini.[8][9] Kempen Oktober 2018 untuk membantu membayar perbelanjaan pengebumian Yahudi kepada 11 orang mangsa penembakan sinagog Pittsburgh, dan bil perubatan mangsa terselamat telah menunjukkan pengumpulan dana hingga dana matlamatnya sebanyak $25,000 dalam enam jam dan terus meningkat sehingga lebih daripada $200,000.[10][11]

AnugerahSunting

LaunchGood telah menerima beberapa buah anugerah, termasuk:

  • Anugerah Ekonomi Islam, Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)[12]
  • Persidangan Pengguna Muslim Amerika (AMCC), Pameran Usahawan [13]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Muslims raise $48,000 to rebuild burned black churches". CNN. Dicapai pada 7 September 2015.
  2. ^ "About us: Launch Good". LaunchGood. Dicapai pada 8 September 2015.
  3. ^ "LaunchGood Doing Good". Muslim Observer. Dicapai pada 7 September 2015.
  4. ^ "LaunchGood - About Us". LaunchGood. Dicapai pada 9 September 2015.
  5. ^ "Why Muslims are raising money for black churches destroyed by fire": Christian Science Monitor. Retrieved 8 September 2015
  6. ^ Frances, Kai-Hwa Wang (9 July 2015). "Muslim Community Rallies to Rebuild Burned Black Churches". Dicapai pada 9 September 2015 – melalui NBC News.
  7. ^ "Adnan Syed Is Getting A Second Podcast After 'Serial'": Huffington Post. Retrieved 8 September 2015
  8. ^ "Respond with Love: Rebuild Black Churches, Support Victims of Arson across the South": LaunchGood. Retrieved 8 September 2015.
  9. ^ "The Adnan Syed Trust": LaunchGood. Retrieved 8 September 2015
  10. ^ Sadeque, Samira (30 Oktober 2018). "U.S. Muslims Raise $190,000 for Burial of Jewish Pittsburgh Victims". Haaretz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Oktober 2018.
  11. ^ "Muslims Unite for Pittsburgh Synagogue" (dalam bahasa Inggeris). LaunchGood. 2018. Dicapai pada 31 Oktober 2018.
  12. ^ "Mohammed presents Islamic Economy Awards". Emirates 24/7. Dicapai pada 2015-08-24.
  13. ^ "Launch Good — Ummah Wide". Medium. Dicapai pada 2015-08-24.

Pautan luarSunting