Lauren Bush

Lauren Pierce Bush (lahir 25 Jun 1984) ialah model dan pereka fesyen Amerika Syarikat. Beliau ialah CEO dan salah seorang pengasas projek FEED. Beliau juga dikenali menerusi kerjaya sebelum ini sebagai model dan pereka fesyen. Lauren ialah anak perempuan Neil Bush dan Sharon Bush dan cucu bekas presiden George H. W. Bush dan anak saudara George W. Bush.[1]

Lauren Bush
Lauren Bush 2012 Shankbone.JPG
Bush pada 2012
Kelahiran
Lauren Pierce Bush

(1984-06-25) 25 Jun 1984 (umur 36)
Denver, Colorado, Amerika Syarikat
PendidikanThe Kinkaid School
Pusat pendidikanUniversiti Princeton
PekerjaanModel, pereka fesyen
PasanganDavid Lauren (k. 2011)
Anak3
Ibu bapaNeil Bush dan Sharon Bush

Kehidupan awalSunting

Lauren Bush dilahirkan di Denver, Colorado dan membesar di Houston, Texas. Beliau bersekolah di The Kinkaid School di Houston, sama seperti adik-beradiknya Ashley dan Pierce. Pada tahun terakhirnya di sekolah tersebut, beliau terlibat dalam rancangan televisyen NBC Friends Beliau juga membuat gaun haute couture Dior di Le Bal Des Dututantes Paris pada tahun 2000.[2]

PendidikanSunting

Lauren belajar rekaan fesyen di BEBE dan Sekolah Tinggi Seni Saint Martins. Beliau akhirnya lulus dari Universiti Princeton pada tahun 2006 dengan ijazah B.A. Beliqu juga merupakan anggota The Lvy Club, salah satu dari sebelas kelab makan Princeton.[3]

KerjayaSunting

Lauren menandatangani kontrak bersama Elite Model Management sebelum melancarkan FEED. Beliau menjadi penghias muka depan majalah Vogue dan Vanity Fair dan sering menjadi model untuk Tommy Hilfiger. Pada tahun 2005, Bush melakukan perjalanan ke Chad sebagai Duta Mahasiswa untuk Program Makanan Sedunia.

Pada tahun 2007, Lauren melancarkan Projek FEED, cabang perniagaan sosial untuk memerangi kebuluran atas nama Program Makanan Sedunia PBB.[4]

Lauren melancarkan kembali label fesyennya pada 11 September 2008 dengan nama "Lauren Pierce" dalam penggunaan nama labelnya beliau menggunakan nama tengahnya, Pierce.

AktivsismeSunting

Projek FEED telah menyumbangkan lebih dari 100 juta makanan hingga Oktober 2017 melalui penjualan produk dan pengumpulan dana. Pada tahun 2014, Lauren melancarkan FEED Super, aktiviti pengumpulan dana yang meminta orang untuk mengadakan makan malam dimana para tettamu tersebut ialah orang kurang mampu.[5]

Pada tahun 2015. beliau menandatangani surat terbuka yang ditujukan kepada Angela Merkel dan Nkosazana Dlamini-Zuma, mendesak mereka untuk fokus pada wanita karena masing-masing berkhidmat sebagai ketua G7 di Jerman dan AU di Afrika Selatan yang akan mula menetapkan keutamaan dalam pendanaan pembangunan sebelum KTT PBB utama pada September 2015 untuk menetapkan tujuan pembangunan baru.

Kehidupan peribadiSunting

Sejak umur 4 tahun, beliau merupakan vegetarian.[6][7][8][9]

Beliau berkenalan dengan David Lauren anak kepada pereka fesyen Ralph Lauren pada tahun 2004 dan berkahwin secara rasmi pada 4 September 2011 di Colorado.[10][11]

Mereka memiliki 3 anak iaitu James Richard, Barbara Bush (meninggal dunia), dan Max Walker Lauren.[12]

RujukanSunting

  1. ^ "Lauren Bush Lauren". IMDb. Dicapai pada 2020-07-07.
  2. ^ Chang, Bee-Shyuan (April 24, 2013). "Lauren Bush Lauren Is Making a Name for Herself". Dicapai pada November 23, 2013.
  3. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-24. Dicapai pada 2015-08-06.CS1 maint: archived copy as title (link)
  4. ^ "About". FEED. Dicapai pada 2020-07-07.
  5. ^ "Bisnis Keluarga Presiden Bush Ini Untuk Membantu Anak Kelaparan". Studentpreneur | Media Bisnis | Ide Bisnis | Bisnis Anak Muda (dalam bahasa Inggeris). 2015-04-22. Dicapai pada 2020-07-07.
  6. ^ "Lunching with Lauren Bush at Vegetarian Restaurant Candle 79". MarieClaire.com. Hearst Communication, Inc. May 18, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada April 22, 2012.
  7. ^ "Lauren Bush Fighting American Childhood Obesity and World Hunger at the Same Time". FOX News Network, LLC. August 6, 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada August 12, 2010. Dicapai pada April 22, 2012.
  8. ^ "PETA names presidential niece Lauren Bush 'sexiest vegetarian alive'". Chicago Tribune. July 16, 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada December 8, 2013.
  9. ^ "Peta's Sexiest Vegetarian Celebrities of 2011 - Past Winners". 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada June 17, 2011.
  10. ^ Norwich, William (November 11, 2011). "Western Union: Lauren Bush and David Lauren's Wedding". Vogue. Condé Nast Publications. Diarkibkan daripada yang asal pada June 15, 2012. Dicapai pada June 12, 2012.
  11. ^ Pugh, Clifford (September 5, 2011). "All the details on the Western wedding: Lauren Bush marries David Lauren in sunset ceremony". CultureMap Houston. Dicapai pada June 15, 2012.
  12. ^ Heller, Corinne (November 22, 2015). "Lauren Bush Lauren Gives Birth to Her First Child With David Lauren, Shares Sweet Pic of Baby". EOnline.com. Dicapai pada December 6, 2015.

Pautan luarSunting