Laut Beaufort

laut

Laut Beaufort (/ˈboʊfərt/; Perancis: Mer de Beaufort) ialah sebuah laut pinggir di Lautan Artik[4] yang terletak di utara Wilayah Barat Laut, Yukon, dan Alaska, dan sebelah barat pulau-pulau Artik Kanada. Laut ini dinamakan sempena Sir Francis Beaufort, seorang ahli hidrografi.[3] Sungai Mackenzie, sungai terpanjang di Kanada, mengalir ke bahagian Kanada Laut Beaufort di sebelah barat Tuktoyaktuk, salah satu daripada beberapa buah penempatan kekal di pesisir laut.

Beaufort Sea
Laut Beaufort is located in Bumi
Laut Beaufort
Laut Beaufort (Bumi)
Koordinat72°N 137°W / 72°N 137°W / 72; -137Koordinat: 72°N 137°W / 72°N 137°W / 72; -137
JenisLaut
Negara lembanganKanada dan Amerika Syarikat
Luas permukaan476,000 km2 (184,000 bt2)
Kedalaman purata124 m (407 ka)
Kedalaman maksimum4,683 m (15,364 ka)
Isi padu air22,000 km3 (1.8×1010 ekar kaki)
BekuHampir sepanjang tahun
Rujukan[1][2][3]

Laut ini yang dicirikan dengan iklim yang dahsyat membeku hampir sepanjang tahun. Daripada segi sejarah, hanya suatu laluan sempit hingga 100 km (62 mi) terbuka pada bulan Ogos–September berhampiran pesisirnya, tetapi berikutan perubahan iklim di Kutub Utara, kawasan bebas ais pada akhir musim panas telah membesar. Sehingga baru-baru ini, Laut Beaufort terkenal sebagai takungan penting dalam penambahan semula ais Laut Artik.[5] Aisberg sering berputar selama beberapa tahun di Gir Beaufort, arus laut utama Laut Beaufort yang tumbuh menjadi ais yang kukuh lagi tebal selama bertahun-tahun.[6][7]

Rujukan sunting

  1. ^ R. Stein, Arctic Ocean Sediments: Processes, Proxies, and Paleoenvironment, p. 37
  2. ^ Beaufort Sea, Great Soviet Encyclopedia (in Russian)
  3. ^ a b Beaufort Sea, Encyclopædia Britannica on-line
  4. ^ John Wright (30 November 2001). The New York Times Almanac 2002. Psychology Press. m/s. 459. ISBN 978-1-57958-348-4. Dicapai pada 29 November 2010.
  5. ^ Wood, Kevin R.; Overland, James E.; Salo, Sigrid A.; Bond, Nicholas A.; Williams, William J.; Dong, Xiquan (2013-10-17). "Is there a new normal climate in the Beaufort Sea?". Polar Research (dalam bahasa Inggeris). 32: 19552. doi:10.3402/polar.v32i0.19552. ISSN 1751-8369.
  6. ^ "Disappearing Arctic sea ice". svs.gsfc.nasa.gov. Dicapai pada 2020-09-08.
  7. ^ "2019 Arctic Report Card: Old, thick ice barely survives in today's Arctic | NOAA Climate.gov". www.climate.gov. Dicapai pada 2020-09-08.

Pautan luar sunting