Lavandula
Lavandula ialah genus 39 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga pudina, Lamiaceae. Spesies-spesies ini tumbuh asli di Dunia Lama dan ditemui dari Tanjung Verde dan Kepulauan Canaria, Eropah menyeberang ke utara dan timur Afrika, Mediterranean, barat daya Asia ke tenggara India.[2]
Lavandula | |
---|---|
![]() | |
Bulir bunga lavender dengan daun pengasuh | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Tribus: | |
Genus: | Lavandula
|
Spesies jenis | |
Lavandula spica | |
Sinonim[1] | |
|
Banyak spesies genus ini ditanam dan diusahakan secara meluas di iklim sederhana sebagai tumbuhan hiasan untuk kegunaan taman dan landskap, untuk digunakan sebagai herba masakan, dan juga secara komersial untuk mengeluarkan minyak pati.[3] Spesies Lavandula angustifolia yang ditanam secara meluas sering disebut sebagai lavender atau labenda.[4]
Taksonomi sunting
Nama genus Lavandula diberikan Carl Linnaeus daripada perkataan bahasa Perancis Kuno lavandre dijejak daripada bahasa Latin lavare daripada lavo "membasuh".[5] Nama ini ditujukan daripada penggunaan seduhan tumbuhan ini.[6]Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan] Walau bagaimanapun, kebenaran penjelasan kata lavendre ini ditunjukkan diragui, kata tersebut mungkin dijejak kepada perkataan bahasa Latin livere "kebiruan".[7] daripada liveo atau pliveo "biru gelap".[8]
Perkataan bahasa Perancis Kuno lavandre dipinjamkan kepada kata bahasa Inggeris lavender. Kata itu juga diserap menjadi nama tumbuhan ini – lavender (Jawi: لاۏيندر ) dan labenda (Jawi: لابيندا ) dalam bahasa Melayu.
Tatanama sunting
L. stoechas, L. pedunculata dan L. dentata dikenali pada zaman Rom.[9] Dari Zaman Pertengahan dan seterusnya, spesis Eropah dianggap dua kumpulan atau genus berasingan, Stoechas (L. stoechas, L. pedunculata, L. dentata) dan Lavandula (L. spica and L. latifolia), sehingga Carl Linnaeus menggabungkan dua-dua genus ini. Beliau hanya mengiktiraf lima spesies dalam Species Plantarum (1753), L. multifida dan L. dentata (Sepanyol) dan L. stoechas and L. spica dari Eropah Selatan. L. pedunculata telah dimasukkan ke dalam L. stoechas.
Menjelang 1790, L. pinnata dan L. carnosa telah diiktiraf. Yang kemudian itu telah dipindahkan kepada Anisochilus. Menjelang tahun 1826, Frédéric Charles Jean Gingins de la Sarraz menyenaraikan 12 spesies dalam tiga bahagian, dan pada 1848 lapan belas spesies telah dikenali.[9]
Botani sunting
Genus ini termasuk tumbuhan saka herba tahunan atau kekal lama, dan pokok seperti saka renek, renek kerdil, atau renek kecil.[10]
Daun sunting
Spesies-spesies dalam genus ini mempunyai pelbagai jenis bentuk daun. Sesetengah spesies biasa yang ditanam mempunyai bentuk daun mudah; ada spesies lain yang daunnya bergigi, atau berpinat, kadang-kadang berbilang pinat dan terbelah. Dalam kebanyakan spesies, daun-daunnya dipenuhi bulu halus (indumentum) yang biasanya mengandungi minyak pati.[10]
Bunga sunting
Bunga tumbuhan muncul dalam pusaran pada bulir yang tumbuh meninggi atas daun-daun tumbuhan, bulir-bulir bunga beberapa spesies menjadi bercabang. Sesetengah spesies menghasilkan daun pengasuh berwarna pada apeks.
Bunga-bunganya boleh menjadi biru, ungu atau ungu lembut dalam spesies liar, kadang-kadang ungu kehitaman atau kuning. Salut kuntumnya berbentuk tiub. Sarinya juga berbentuk tiub, biasanya dengan lima cuping (bibir atas ada satu lekuk, manakala bibir bawah ada dua lekuk).[10][11]
Jadual taksonomi sunting
Ini adalah berdasarkan kepada klasifikasi Upson dan Andrews, 2004.
I. Subgenus lavendula" Upson & S.Andrews subgen. nov.
II. Subgenus Fabricia (Adams.) Upson & S. Andrews, comb.nov.
III. Subgenus Sabaudia (Buscal. & Muschl.) Upson & S. Andrews, comb. et stat. nov.
|
Galeri sunting
-
Bulir bunga lavender
-
Bunga lavender yang ditanam; Lavandula stoechas
-
Taman lavender, India
-
Ladang lavender di Perancis
-
Ladang lavender di pinggir London Borough of Sutton, England
-
Lavender dan madu lebah di luar Aix-en-Provence, Perancis
Rujukan sunting
- ^ "Lavandula L., Sp. Pl.: 572 (1753)". World Checklist of Selected Plant Families. Royal Botanic Gardens, Kew. 2022. Dicapai pada 3 November 2022.
- ^ Forney, Julie Martens (n.d.). "Outdoor flowering plants – mona lavender". HGTV. Dicapai pada 3 November 2022.
- ^ "Plectranthus Mona lavender". Plant Finder. Missouri Botanical Garden. Dicapai pada 19 October 2018.
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "labenda". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 1 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "lavo". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
- ^ Concise Oxford Dictionary
- ^ Penerbitan alternatif kata lavender daripada kata bahasa Latin livere dan kata bahasa Latin zaman pertengahan lavindula diberikan Upson dan Andrews, yang ditunjukkan sebagai satu tekaan. Masalah penerbitan kata yang diterima juga digambarkan; seperti tidak ada pengetahuan kegunaan umum lavender untuk membasuh oleh orang Yunani dan orang Rom.
- ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "līvĕo". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
- ^ a b Lis-Balchin M, penyunting (2002). Lavender: The genus Lavandula. Taylor and Francis. ISBN 9780203216521.
- ^ a b c Upson, T.; Andrews, S. (2004). The Genus Lavandula. Royal Botanic Gardens, Kew. ISBN 9780881926422. Dicapai pada 3 November 2022.
- ^ Bailey, L. H. (1924). Manual of Cultivated Plants. New York: MacMillan Publishing Company.
Bacaan lanjut sunting
Pautan luar sunting
Ketahui lebih lanjut tentang Lavandula di projek saudara Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Berita dari Wikiberita | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku | |
Direktori spesies Lavandula dari Wikispecies |
- Lavandula di Curlie
- http://www.umm.edu/altmed/ConsHerbs/Lavenderch.html Medicinal use] Diarkibkan 2008-11-22 di Wayback Machine from University of Maryland Medical Center