Lawrence Colburn adalah seorang askar Amerika Syarikat yang bertugas sebagai guner pintu helikopter semasa Perang Vietnam. Dia yang menjadi masyhur kerana menjadi salah seorang daripada tiga orang yang campur tangan untuk menghentikan Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai pada 16 Mac, 1968

Lawrence Colburn (sebelah kiri foto)

Latar Belakang sunting

Lawrence Colburn dilahirkan di Coulee City, Washington, dan dibesarkan di Whidbey Island dan di Mount Vernon. Dia bersekolah di sekolah katolik Immaculate Conception Catholic School dan menjadi seorang Budak Meja Perjamuan (Altar Boy) semasa di sekolah.

Fail:LarryColburn2.jpg
Colburn dan Hugh Thompson Jr. bersama-sama Do Hoa, orang yang mereka selamatkan 33 tahun terdahulu (semasa kanak-kanak) semasa lawatan semula mereka ke My Lai tahun 1998

Lawrence Colburn menyertai Tentera Darat Amerika Syarikat dalam tahun 1966 dan dihantar menjalani latihan di Fort Lewis dan kemudiannya ke Fort Polk untuk menjalani latihan lanjutan. Lawrence Colburn secara sukarela memohon menyertai Unit Peninjau Udara dan ditugaskan sebagai seorang guner pintu (door gunner) dalam sebuah helikopter OH-23 Raven yang dipandu oleh Pegawai Waran Hugh Thompson, Jr.. Ketua awak-awak helikopter tersebut adalah Sarjan Glenn Andreotta. Mereka berkhidmat dalam Batalion Udara ke-123 yang ditugaskan ke 11 Briged Infantri, Divisyen Americal.

Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai sunting

Pada 16 Mac 1968, helikopter OH-23 Raven mereka, dengan iringan 2 buah helikopter UH-1 Huey yang dilengkapkan senjata, membantu operasi cari dan musnah yang dilancarkan oleh Pasukan Petugas Barker terdiri daripada Batalion Pertama, Rejimen ke-20 Infantri di kawasan perkampungan Song My (dilabelkan sebagai My Lai dalam peta tentera Amerika). Hugh Thompson, Jr. memandu helikopter di tempat duduk di tengah, Colburn di pintu sebelah kiri dan Andreotta di pintu sebelah kiri. Tugas mereka adalah untuk mencari kedudukan musuh dan menunjukkan kedudukan musuh kepada pasukan infantri untuk dimusnahkan. Ini dilakukan dengan cara menerbangkan helikopter dengan rendah untuk mendorong musuh menembak ke arah helikopter mereka, supaya kedudukan musuh dapat dikesan.

Apabila mengesan beberapa orang awam Vietnam yang cedera tertembak di perkarangan kampung My Lai, Thompson mendaratkan helikopter OH-23 Raven mereka dan menandakan orang-orang awam tersebut dengan penanda gas hijau, kerana mereka nampaknya masih bernyawa. Apabila Thompson kembali ke helikopter, dia melihat Kapten Ernest Medina maju ke arah orang awam cedera di lokasi yang ditandakan oleh Thompson dan menembak mati mangsa. Thompson menerbangkan semula helikopternya ke kampung My Lai dan setelah mendaratkan helikopternya pergi bersemuka dengan Leftenan Stephen Brooks (Pegawai Pemerintah 2 Platun) yang sedang bersedia untuk meletupkan sebuah rumah yang penuh dengan orang awam yang berada dalam ketakutan. Thompson mengarahkan Colburn dan Glenn Andreotta mengacukan mesingan M-60 mereka ke arah Brooks dan askar-askarnya dengan arahan supaya menembak askar-askar yang enggan mematuhi perintah berhenti membunuh orang-orang awam. Walaupun Thompson berpangkat lebih rendah daripada Brooks, perintahnya dipatuhi.

Thompson kemudiannya meminta dua buah helikopter bersenjata (“gunship”) dipandu oleh Dan Millians dan Brian Livingstone untuk mendarat supaya boleh membawa keluar 11 orang awam yang berjaya diselamatkan. Semasa hendak terbang keluar dari kawasan kampung, Andreotta ternampak seorang kanak-kanak yang masih hidup di kalangan timbunan mayat di dalam sebuah parit tali air. Thompson mendarat dan menyelamatkan kanak-kanak tersebut dan 3 buah helikopter tersebut membawa mangsa yang terselamat ke Hospital di Quang Ngai.

Selepas Perang Vietnam sunting

Fail:Thompson-colburne-1998.jpg
Thompson dan Colburn di Tugu peringatan My Lai, 1998

Selepas Perang Vietnam, Colburn mendirikan rumah tangga dan dianugerahkan seorang anak lelaki bernama Conner.

Dalam tahun 1998, 30 tahun selepas tragedi di My Lai, Thompson dan Colburn diberikan pingat Soldier's Medal sebagai pengiktirafan ke atas keberanian mereka menghentikan pembunuhan di My Lai. Pinggan Andreotta diberikan kepada pewarisnya. (Andreotta mati terbunuh 3 minggu selepas kejadian My Lai apabila helikopternya ditembak jatuh meletup ketika terhempas.) Dalam tahun 1998, Colburn dan Thompson kembali semula ke My Lai dan bertemu beberapa orang yang mereka selamatkan 30 tahun sebelumnya, termasuklah Do Hoa, kanak-kanak yang diselamatkan daripada parit tali air pada hari kejadian.

Colburn menguruskan syarikat perbekalan perubatan di Atlanta dan terus bersahabat karib dengan Thompson dan berada di sisi Hugh Thompson, Jr. ketika dia mati pada 6 Januari, 2006.

Pautan Luar sunting