Laxmana Do Re Mi

Filem komedi Malaysia 1972 arahan P. Ramlee

Laksamana Do Re Mi atau diterbitkan sebagai Laxmana Do Re Mi merupakan sebuah filem komedi fantasi Melayu yang diterbitkan oleh Studio Filem Merdeka di Malaysia pada tahun 1972 dan mula ditayangkan pada 12 Mei 1973. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Laksamana Do Re Mi (Laxmana Do Re Mi)
PengarahP. Ramlee
PenulisP. Ramlee
Lakon layarP. Ramlee
Dibintangi
Disunting olehJohari Ibrahim
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
12 Mei 1973 (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Trivia sunting

Filem ini merupakan sebuah filem arahan dan lakonan terakhir P. Ramlee sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir setahun kemudian. Filem ini juga merupakan filem lakonan terakhir A. R. Tompel yang turut menghembuskan nafas terakhir setahun kemudian. Manakala Norizan yang merupakan bekas isteri P. Ramlee dipilih sebagai pelakon pembantu dan merupakan filem terakhir beliau berlakon dengan bekas suaminya. Filem ini juga membuat penampilan pertama Yusof Haslam sebagai penonton perlawanan.

Sinopsis sunting

Filem ini mengisahkan cereka fantasi tentang tiga orang lelaki yang tiada pekerjaan dan ingin mencari kerja untuk menampung hidup. Setelah dihalau dari rumah (yang didirikan secara haram di atas pokok), mereka merantau dan menyelamatkan Puteri Bunian iaitu Puteri Buloh Betong. Puteri tersebut mengurniakan tiga hadiah untuk mereka kerana menyelamatkannya. Do mendapat tikar terbang yang akan membawa mereka ke mana sahaja yang dikehendaki. Re pula mendapat teropong sakti yang mampu melihat mana-mana tempat, mana-mana peristiwa yang berlaku pada bila-bila masa di seluruh dunia. Mi pula mendapat bangsi (atau harmonika) hikmat yang akan mendapatkan benda yang diingini setelah berniat dan meniupnya.

Mereka bertiga menuju ke negara Pasir Berdengung untuk mencari kerja sebagai Laksamana. Di sana, mereka menyertai perlawanan untuk menjadi Laksamana. Mereka bertiga berjaya mengalahkan laksamana negara setelah memakan ubat kuat (ma'jun) lalu mereka dilantik menjadi Laksamana Negara. Mereka diminta untuk memberi bantuan kepada Negara Pasir Dua Butir yang telah diserang Menteri Fasola. Menteri Fasola merupakan bekas menteri pertahanan negara Pasir Dua Butir (memberontak terhadap negara disebabkan pinangannya kepada Puteri Puncak Mahligai ditolak baginda Sultan Pasir Dua Butir). Pengembaraan mereka berterusan untuk mencari Puteri negara itu dan mengalahkan Menteri Fasola dengan alatan yang mereka ada. Pada mulanya mereka agak sukar untuk menewaskan Fasola kerana dia kebal, tetapi dengan bantuan Tuan Puteri Buloh Betong, Fasola mati dibunuh oleh Do menggunakan sebatang buluh runcing yang ditikam di tapak kakinya. Mereka bertiga menjaga Tuan Puteri Puncak Mahligai semalaman sebelum menghantar pulang ke Negara Pasir Dua Butir keesokkan harinya.

Keesokan harinya mereka pulang ke Negara Pasir Dua Butir. Di sana Laksamana Do, Re, Mi menuntut janjinya daripada Raja negara itu. Oleh kerana keadaan negeri itu yang belum lagi stabil, Raja telah menitahkan anaknya untuk pulang bersama-sama dengan laksamana bertiga ke Negara Pasir Berdengung untuk melaksanakan upacara perkahwinan. Sambil itu Raja juga berpesan kepada anaknya, Ibarat tarik rambut dalam tepung . Rambut jangan putus, tepung jangan berserak.

Maka berangkatlah Tuan Puteri Puncak Mahligai bersama dengan laksamana bertiga pulang ke Negeri Pasir Berdengung. Tiba di sana, lain pula ceritanya. Raja Pasir Berdengung terpikat dengan kecantikan Tuan Puteri Puncak Mahligai. Lalu mengambilnya menjadi permaisurinya.

Masuk angin keluar asap. Itulah yang dirasai oleh laksamana bertiga. Dan sebagai raja yang adil, Raja telah menggantikan Tuan Puteri dengan 3 orang dayang istana yang dikatakan cukup cantik, cukup masak dan hanya menunggu dikhawini. Setelah melihat dayang istana itu, Laksamana Do, Re, Mi lari meninggalkan istana kerana berpendapat dayang-dayang istana itu cantik seperti buah ‘mengkudu masak’ (masam rasanya).

Moral dari filem ini: Lakukanlah sesuatu itu tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Ini kerana sesuatu yang baik akan datang daripada sesuatu perbuatan yang ikhlas.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

  • Hussein Abu Hassan sebagai Menteri Fasola
  • Idris Hashim sebagai Penasihat Diraja Kerajaan Pasir Dua Butir
  • Noorizan sebagai Permaisuri Kerajaan Pasir Dua Butir
  • C. M. Bakar sebagai Raja Kerajaan Pasir Dua Butir
  • Ramlee Kechik sebagai Perdana Menteri Kerajaan Pasir Berdengung

Pelakon tambahan sunting

  • Osman Botak sebagai Ketua Laksamana di Gelanggang
  • Bakar Kerinting sebagai Laksamana di Gelanggang
  • Bakar M. sebagai Tuan Tanah Kebun/Tuan Tanah Kedaun
  • A. K. Jailani sebagai Lelaki Polis
  • Said Daud sebagai Tukang Gaji Pokok
  • Mak Enon sebagai Dayang Istana
  • Minah Yem sebagai Dayang Istana
  • Yusof Haslam sebagai Penonton Perlawanan

Sekuel sunting

Lagu sunting

  • Bujang Merempat nyanyian Tan Sri P. Ramlee, A. R. Tompel & Ibrahim Din
  • Miyoto Kaino Sora Akete nyanyian Tan Sri P. Ramlee, A. R. Tompel & Ibrahim Din
  • Malam Tak Bergema - Puan Sri Saloma

Rujukan sunting

Pautan luar sunting