Layang-Layangan

Layang-layangan adalah sebuah kampung di pantai barat Labuan, Malaysia yang terletak bersebelahan kampung Sungai Labu. [1]

Taman Damai dan Surrender Point terletak di sini. Surrender Point yang terletak di Taman Damai adalah tempat bersejarah di mana tentera Jepun yang diketuai oleh Komander ke-37th Tentera Jepun, Jeneral Masao Baba telah menyerah kalah kepada Mejar Jeneral George F. Wootten, Komander Bahagian ke-9 Tentera Australia. Taman Damai yang dibina sempena memperingati Perang Dunia Kedua adalah sebuah taman yang amat sesuai untuk aktiviti riadah seisi keluarga. Taman Damai yang menjadi tarikan utama di Layang-Layangan ini juga terletak di tepi pantai.

ReferencesSunting

  1. ^ "Beaches in Labuan (Pantai-pantai di Labuan)". PulauLabuan.com. 6 March 2021. Dicapai pada 6 March 2021.