Layar jong, juga dikenali sebagai layar lug China atau layar sampan, adalah jenis layar yang mempunyai batten (tulang buluh) yang melebar selebar layarnya dan memanjangkan layarnya melebihi tiang.[1][2]

Kapal ini, Keying, adalah sebuah contoh kapal komersial China yang menggunakan layar jong. Ia berlayar dari China ke Amerika Syarikat dan Inggeris untuk berdagang antara 1846-1848.

Walaupun agak jarang dalam kapal layar pengeluaran moden, potensi manfaat sistem layar (rig) ini adalah penggunaan mudah dan kos yang lebih rendah untuk kapal penjelajah air biru seperti yang diterokai oleh individu seperti pelumba trans-Atlantik Herbert "Blondie" Hasler dan penulis Annie Hill.

SejarahSunting

Asal nama sistem layar jong tidak direkodkan secara langsung, tetapi ia secara umum dikaitkan dengan nama kapal jong tradisional Cina, di mana sistem layarnya digunakan ketika pertama kali ditemui oleh orang Eropah.[3] Walau bagaimanapun, Paul Johnstone dan George Hourani, menyifatkan penemuan jenis layar ini oleh orang Austronesia (lebih tepatnya, orang Melayu) dari kepulauan Nusantara. Mereka pada mulanya terbuat dari tikar tenun yang diperkuat dengan buluh, sejak sekurang-kurangnya beberapa ratus tahun SM. Mereka diterima pakai oleh Cina selepas Cina membuat hubungan dengan kapal dagang Austronesia (perahu K'un-lun) semasa dinasti Han (206 SM hingga 220 AD),[4]:12-13[5]:191-192 walaupun begitu kapal-kapal Cina era ini adalah kapal sungai (riverine boat), mereka tidak membuat kapal trans-lautan sehingga abad ke-10 oleh Dinasti Song.[6][7] Satu kajian oleh UNESCO berhujah bahawa orang-orang Cina menggunakan layar persegi semasa dinasti Han, hanya pada abad ke-12 orang Cina mula memakai layar jong.[6]

Penggunaan di kapal lainSunting

 
Casco Filipina dengan layar jong di teluk Manila (c. 1906)

Terdapat beberapa kapal Asia Tenggara yang menggunakan sistem layar jong dengan lambung lokal, termasuk:

  • Casco - sebuah tongkang lambung datar awalnya digunakan oleh orang Tagalog di sungai Pasig dan di teluk Manila.
  • Tongkang atau "Tong'kang".[8] Sebuah perahu ringan yang digunakan pada awal abad ke-19 untuk mengangkut barang di sepanjang sungai.
  • Twakow, sejenis kapal dengan satu tiang dan layar jong. Mereka adalah pemandangan biasa di sungai Singapura pada pertengahan abad ke-19.[9]
  • Jong, pendahulu chuan (jong China). Lambungnya tirus ke depan dan belakang tidak seperti jong China (yang kebanyakan berlambung datar dan berbentuk U), beberapa dilengkapi dengan tiang cucur dan layar cucur.

Antara kapal-kapal yang digunakan di pantai China:

  • Lorcha, kapal layar Cina yang ringan. Kapal ini menggabungkan lambung gaya Barat dari pengaruh Portugis, dengan tiang dan layar bergaya Cina.[10] Lorcha boleh ditemui di teluk Siam dan di perairan Filipina. Bangkai kapal Vũng Tàu terdiri dari sisa-sisa lorcha abad ke-17 dari laut China Selatan di lepas pantai kepulauan Con Dao, sekitar 160 km dari Vũng Tàu, Vietnam.

Lihat pulaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Hasler & MacLeod, Practical Junk Rig, Tiller Publishing. [VM531.H37]
  2. ^ van Loan, Derek; Haggerty, Dan (2006), The Chinese Sailing Rig, Paradise Cay Publications, ISBN 9780939837700.
  3. ^ Why Junk?, Friend.ly Net, diarkib daripada yang asal pada 2006-08-13 Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan).
  4. ^ Shaffer, Lynda Norene (1996). Maritime Southeast Asia to 1500. M.E. Sharpe.
  5. ^ Johnstone, Paul (1980). The Seacraft of Prehistory. Cambridge: Harvard University Press. halaman 93–4. ISBN 978-0674795952.
  6. ^ a b L. Pham, Charlotte Minh-Hà (2012). Asian Shipbuilding Technology. Bangkok: UNESCO Bangkok Asia and Pacific Regional Bureau for Education. halaman 20–21. ISBN 978-92-9223-413-3.
  7. ^ Maguin, Pierre-Yves (September 1980). "The Southeast Asian Ship: An Historical Approach". Journal of Southeast Asian Studies. 11 (2): 266–276. doi:10.1017/S002246340000446X. JSTOR 20070359.
  8. ^ "Tongkang".
  9. ^ "Association Of Singapore Marine Industries - Anchored in Singapore History : Made in Singapore".
  10. ^ Shunshin Chin & Joshua A. Fogel, The Taiping Rebellion

Bacaan lanjutanSunting

Pautan luarSunting