Buka menu utama

Lazar Marković (Cyrilic Serbia: Лазар Марковић; lahir 2 Mac 1994) merupakan pemain bola sepak Sebria yang kini bermain di kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan untuk pasukan kebangsaan Serbia. Beliau bermain di posisi sayap.

Lazar Marković
Lazar Markovic 2014.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhLazar Marković[1]
Tarikh lahir (1994-03-02) 2 Mac 1994 (umur 25)
Tempat lahirČačak, FR Yugoslavia
Ketinggian1.75 m (5 ka 8+78 in)
Posisi permainanSayap
Maklumat kelab
Kelab terkiniLiverpool
Nombor50
Kerjaya remaja
Borac Čačak
2006–2011Partizan
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2011–2013Partizan46(13)
2013–2014Benfica26(5)
2014–Liverpool4(0)
Pasukan kebangsaan
2009–2011Serbia B17[2]8(0)
2011–Serbia B21[3]2(0)
2012–Serbia17(2)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 11 Oktober 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 18 November 2014

Kerjaya kelabSunting

PartizanSunting

Selepas bermain dalam kelab remaja Borac Čačak, Marković menyertai kelab Partizan pada tahun 2006 ketika berusia 12 tahun.[4] Pada 29 Mei 2011, pengurus Aleksandar Stanojević memberi Marković untuk memasuki kelab senior pada pusingan terakhir Liga Super Serbia 2010–11, menentang Sloboda Užice. Beliau telah diberi jersi nombor 50. Marković telah memasuki separuh masa kedua menggantikan Joseph Kizito, pasukannya menang 2–1.[5]

Musim 2011–12Sunting

Pada 11 Julai 2011, bersama Nikola Ninković, Marković menandatangani kontrak profesional bersama Partizan selama lima tahun.[6][7] Marković membuat penampilan pertama pada musim 2011–12 dalam perlawanan pembukaan Partizan menentang Shkëndija, dalam perlawanan pusingan kelayakan Liga Juara-Juara, beliau bermain dalam tiga minit terakhir.[8] Pada 13 Ogos 2011, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Partizan ketika menentang FK Novi Pazar dalam perlawanan liga.[9] Pada penghujung tahun 2011, Marković telah diundi sebagai Pemain Terbaik Partizan dalam laman web rasmi kelab.[10] Dalam musim penuh pertamanya, Marković membuat 26 penampilan liga dan menjaringkan enam gol. Markovic dipilih sebagai "Pemain Pasukan Pilihan" pada musim 2011-12.[11]

Musim 2012–13Sunting

Ketika Partizan memasuki kejohanan Liga Europa UEFA 2012-13 buat pertama kali sejak tahun 2010, Marković muncul dalam semua perlawanan peringkat kumpulan menentang Neftchi Baku, Rubin Kazan dan Internazionale. Dalam perlawanan peringkat kumpulan, beliau melakukan hantaran kepada Saša Marković ketika menentang Rubin Kazan pada 6 Disember 2012. Ketika penghujung musim 2012–13, Marković membuat 19 penampilan liga dan menjaringkan tujuh gol. Beliau juga dipilih sekali lagi "Pemain Pasukan Terbaik" dalam dua musim berturut-turut.[12] Portal sukan Serbia, Mozzart Sport menilai Marković sebagai 25 pemain terbaik dalam Liga Super Serbia pada musim itu.[13]

BenficaSunting

Pada 10 Jun 2013, presiden FK Partizan Dragan Đurić memberitahu kepada Sportski žurnal bahawa "Chelsea mahu meminjam Marković dari Benfica selama dua tahun dan jujur bercakap, saya berharap kepada Tuhan bahawa mereka tidak mencapai persetujuan agar Lazar boleh tinggal enam bulan lagi di Partizan.[14] Kenyataan ini kemudiannya disalah tafsir oleh beberapa berita sukan bukan Serbia, yang dinamakan Đurić menyatakan bahawa "Memang benar, Chelsea akan meminjam Marković selama dua tahun.[15][16] Lapan jam selepas artikel ini diterbitkan oleh Sportski žurnal, laman web rasmi Benfica menafikan kenyataan yang dikeluarkan itu dengan menyatakan bahawa Lazar Marković telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab itu, dan tiada apa-apa pinjaman dari Chelsea.[17] Kenyataan awal mengenai perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan Chelsea menimbulkan kekeliruan di kalangan wartawan dan para penyokong.[18]

Pada 25 Ogos 2013, Marković membuat debut untuk Benfica ketika menang 2-1 ke atas Gil Vicente, beliau menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-92 untuk memberikan kemenangan kepada Benfica.[19] Pada hari ketiga liga, menentang Sporting Lisboa di Alvalade, Marković menjaringkan gol cantik selepas melepasi tiga pemain pertahanan, perlawanan ini berkesudahan seri 1-1.[20] Pada 1 Mei 2014, ketika masa kecederaan separuh Liga Europa menentang Juventus, Marković telah dibuang padang selepas bergaduh dengan pemain lawan, Mirko Vučinić. Beliau terpaksa melupakan aksi perlawanan akhir Liga Europa menentang Sevila.[21]

LiverpoolSunting

Pada 15 Julai 2014, Liverpool menandatangani pemain Lazar Marković dari Benfica dengan bayaran sebanyak £20 juta.[22][23] Benfica menerima €12.5 juta untuk 50% perkongsian ekonomi mereka.[24] Beliau membuat debut untuk Liverpool pada 25 Ogos dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, beliau menggantikan Philippe Coutinho pada minit ke-60 apabila tewas 3–1 kepada Manchester City.[25]

Kerjaya antarabangsaSunting

Pada 24 Februari 2012, Marković telah dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan Serbia untuk perlawanan persahabatan menentang Armenia dan Cyprus.[26] Beliau membuat debut untuk Serbia ketika menentang Armenia pada 28 Februari 2012, tiga hari sebelum hari lahirnya ke-18.[27] Beliau menjaringkan gol antarabangsa pertamanya untuk Serbia dalam perlawanan persahabatan menentang Chile.[28][29]

Pasukan
kebangsaan
Tahun Persahabatan Piala Kejohanan Eropah Jumlah
Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Serbia 2012 3 1 3 0 0 0 6 1
2013 0 0 3 1 0 0 3 1
2014 5 0 0 0 2 0 8 0
Jumlah 8 1 6 1 1 0 17 2

Gol antarabangsaSunting

# Tarikh Arena Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 14 November 2012 AFG Arena, St. Gallen, Switzerland   Chile 3–1 Menang Persahabatan
2 10 September 2013 Stadium Cardiff City, Cardiff, Wales   Wales 3–0 Menang Kelayakan Piala Dunia 2014

Statistik kerjayaSunting

KelabSunting

Sehingga 4 November 2014.
Kelab Musim Liga Piala Piala liga Benua Jumlah
Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Partizan 2010–11 1 0 0 0 0 0 1 0
2011–12 26 6 3 1 4 0 33 7
2012–13 19 7 0 0 12 0 31 7
Jumlah 46 13 3 1 16 0 65 14
Benfica 2013–14 26 5 6 1 4 0 13 1 49 7
Jumlah 26 5 6 1 4 0 13 1 49 7
Liverpool 2014–15 4 0 0 0 2 0 3 0 9 0
Jumlah 4 0 0 0 2 0 3 0 9 0
Jumlah kerjaya 76 18 9 2 6 0 32 1 123 21

PenghargaanSunting

RujukanSunting

  1. ^ name="Premier League Clubs submit Squad Lists">"Premier League Clubs submit Squad Lists" (PDF). Premier League. 3 September 2014. m/s. 21. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 22 October 2014. 
  2. ^ name=UEFA>Only official UEFA matches included
  3. ^ name=UEFA
  4. ^ name=interview>"Braća Marković: Sanjamo Ligu šampiona!" (dalam bahasa Serbian). novosti.rs. 7 November 2011. Dicapai 18 November 2011. 
  5. ^ "JSL: Partizan pobedio i na rastanku" (dalam bahasa Serbian). novosti.rs. 29 May 2011. Dicapai 18 December 2011. 
  6. ^ "Marković i Ninković profesionalci!" (dalam bahasa Serbian). partizan.rs. 11 July 2011. Dicapai 11 July 2011. 
  7. ^ "Partizan osvežio vezni red svojim talentima, Ninkovićem i Markovićem" (dalam bahasa Serbian). blic.rs. 11 July 2011. Dicapai 11 July 2011. 
  8. ^ "Four-goal Partizan too hot for Skendija". uefa.com. 13 July 2011. Dicapai 18 April 2012. 
  9. ^ "Presrećni Marković" (dalam bahasa Serbian). mozzartsport.com. 15 August 2011. Dicapai 22 August 2011. 
  10. ^ "Marković najbolji igrač Partizana" (dalam bahasa Serbian). b92.net. 24 December 2011. Dicapai 18 April 2012. 
  11. ^ "Lazović, Marković i Šimić predvode idealan tim Superlige" (dalam bahasa Serbian). blic.rs. 14 May 2012. Dicapai 4 June 2012. 
  12. ^ [1] Mozzart Sport (Serbian): Idealnih 11 Superlige: Partizan pet, Voša tri, Zvezda, Hajduk i Srem po jednog predstavnika! (VIDEO) – 27 May 2013
  13. ^ [2] Mozzart Sport (Serbian): TOP 25 najboljih fudbalera Superlige u izboru MOZZART Sporta (VIDEO) – 2 June 2013
  14. ^ КРАЈ САГЕ: Челзи позајмио Марковића у Бенфику на две године. zurnal.rs (dalam bahasa Serbian Cyrillic). 10 June 2013. 
  15. ^ "Partizan Belgrade Claim Chelsea Have Already Signed Serbian Youngster Lazar Markovic". caughtoffside.com. 10 June 2013. 
  16. ^ "Partizan: Chelsea own Markovic". http://msn.foxsports.com. 10 June 2013.  pautan luar dalam |work= (bantuan)
  17. ^ "Lazar Markovic contratado pelo SL Benfica por cinco temporadas". http://aovivo.slbenfica.pt (dalam bahasa Portuguese). 10 June 2013.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan); pautan luar dalam |work= (bantuan)
  18. ^ "Benfica contradict Partizan, claim they're signed Markovic to 5-year deal". weaintgotnohistory.com. 10 June 2013. 
  19. ^ "Benfica 2–1 Gil Vicente". espnfc.com. 25 August 2013. 
  20. ^ "SuperLiga – New signings shine as Lisbon derby ends in draw". uk.eurosport.yahoo.com. 31 August 2013. 
  21. ^ "Juventus 0–0 Benfica". BBC Sport. 1 May 2014. Dicapai 2 May 2014. 
  22. ^ "Reds complete Markovic deal". Liverpool F.C. 15 July 2014. Dicapai 15 July 2014. 
  23. ^ "Liverpool complete £20m signing of Lazar Markovic". BBC Sport. 16 July 2014. Dicapai 16 July 2014. 
  24. ^ "Comunicado" (PDF) (dalam bahasa Portuguese). CMVM. 15 July 2014. Dicapai 15 July 2014. 
  25. ^ McNulty, Phil (25 August 2014). "Man City 3-1 Liverpool". BBC Sport. Dicapai 17 September 2014. 
  26. ^ "Ćurčić zvao Markovića nije Lazovića" (dalam bahasa Serbian). b92.net. 24 February 2012. Dicapai 24 February 2012. 
  27. ^ "Mali, malecni korak napred" (dalam bahasa Serbian). rts.rs. 9 March 2012. Dicapai 4 June 2012. 
  28. ^ "Pobeda Srbije za kraj 2012". B92. 14 November 2012. Dicapai 17 November 2012. 
  29. ^ "Pobeda za ohrabrenje". RTS. 14 November 2012. Dicapai 17 November 2012. 
  30. ^ name="Liverpool profile">"The vital facts on Lazar Markovic". liverpoolfc.com. 
  31. ^ name="Liverpool profile"
  32. ^ name="Liverpool profile"
  33. ^ name="Liverpool profile"
  34. ^ "Lazar Markovic: The sublime Serbian key to Benfica's Europa League hopes". goal.com. 
  35. ^ "Markovic eleito melhor jogador da I Liga". dn.pt. Dicapai 29 July 2014. 
  36. ^ "UEFA Europa League squad of the season". UEFA.com. 3 June 2014. Dicapai 3 June 2014.