Le Chat Noir (Sebutan bahasa Perancis: [lə ʃa nwaʁ]; Perancis untuk "Kucing Hitam") merupakan sebuah hiburan yang dibina pada abad ke-19, di daerah bohemian Montmartre di Paris. Ia telah dibuka pada 18 November 1881 di 84 Boulevard de Rochechouart oleh impresario Rodolphe Salis, dan ditutup pada tahun 1897 tidak lama selepas kematian Salis.

Poster iklan Théophile Steinlen 1896 mengenai jelajah Le Chat Noir ke kota-kota lain

Le Chat Noir dianggap sebagai kabaret moden yang pertama:[1] sebuah kelab malam di mana para pengunjung duduk di meja-meja dan meminum minuman beralkohol sementara dihiburkan dengan pelbagai persembahan di atas pentas. Aksi-aksi ini diperkenalkan oleh seorang pengacara majlis yang akan berinteraksi dengan pengunjung.

Mungkin yang paling dikenali kini adalah poster seni Théophile Steinlen yang ikonik. Dari tahun 1892 sehingga 1895, ia menerbitkan sebuah majalah minggu dengan judul yang sama yang menampilkan penulisan sastera, berita dari kabaret dan Montmartre, sajak dan satira politik.[2]


Rujukan sunting

  1. ^ "Hommage à Salis le Grand", in 88 notes pour piano solo, Jean-Pierre Thiollet, Neva Editions, 2015, p. 146. ISBN 978 2 3505 5192 0
  2. ^ Vogel 2009, m/s. 30.

Sumber

  • Baldran, Jacqueline (2002). Paris, carrefour des arts et des lettres: 1880-1918. L'Harmattan. m/s. 62. ISBN 978-2-7475-3141-2. Dicapai pada 2013-09-23.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Nichols, Roger (2002). The Harlequin Years: Music in Paris, 1917-1929. University of California Press. ISBN 978-0-520-23736-0. Dicapai pada 2013-09-23.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Vogel, Shane (2009). The Scene of Harlem Cabaret: Race, Sexuality, Performance. U of Chicago P. m/s. 30. ISBN 9780226862521.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Whiting, Steven Moore (1999-02-18). Satie the Bohemian : From Cabaret to Concert Hall: From Cabaret to Concert Hall. Clarendon Press. ISBN 978-0-19-158452-7. Dicapai pada 2013-09-23.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar sunting