Le Penseur

jenis ukiran oleh Auguste Rodin

Le Penseur ("Si Pemikir", Bahasa Inggeris: The Thinker) adalah patung gangsa diukir karya Auguste Rodin. Ia menggambarkan sosok tubuh seorang lelaki yang duduk telanjang di atas batu sambil satu tangannya menopang dagunya seolah-olah sedang berfikir; malah patung ini sering digunakan sebagai gambaran pemikiran atau falsafah itu sendiri.

Ukiran patung Le Penseur di luar Musée Rodin, Paris.

Ia diukir Rodin pada asalnya sebagai sebahagian daripada susunan siri karya bertajuk La Porte de l'Enfer ("Pintu Neraka") yang mengadaptasikan suatu adegan dari bab pertama Divina Commedia karya Dante Alighieri.

Pautan luarSunting