League of Legends ialah permainan video arena pertarungan atas talian multipemain (MOBA) yang dibangunkan and diterbitkan oleh Riot Games untuk Microsoft Windows and macOS.

League of Legends ialah permainan arena pertarungan atas talian multipemain orang ketiga 3D.[1] League of Legends dibiayai melalui miktrotransaksi (pembelian dalam permainan) dengan Riot Points (RP), iaitu mata wang dalam permainan yang boleh dibeli pemain melalui kedai pelanggan. Latar tempat League of Legends ialah dunia fiksyen bernama Runeterra. Pembangun permainan ini, Riot Games diasaskan Brandon "Ryze" Beck dan Marc "Tryndamere" Merrill, dan mereka berdua merupakan rakan sebilik semasa mereka belajar di Universiti California Selatan. League of Legends diterbitkan pada 27 Oktober, 2009. League of Legends menerima ulasan yang baik secara umumnya berdasarkan ulasan pengumpul Metacritic. League of Legends merupakan salah satu daripada permainan-permainan sukan elektronik yang paling besar dalam industri, dengan pelbagai pertandingan tahunan yang berlangsung di seluruh dunia.

RujukanSunting

  1. ^ "New Player Guide". leagueoflegends.com. Diarkib daripada yang asal pada Julai 1, 2014. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)

Pautan luarSunting

Templat:Riot Games