Leandro Sebastián Velázquez

(Dilencongkan dari Leandro Velázquez)

Leandro Sebastián Velázquez (lahir 10 Mei 1989 di Buenos Aires) merupakan pemain tengah menyerang bola sepak Argentina yang bermain untuk Johor Darul Ta'zim II FC dalam Liga Perdana Malaysia. Dia telah menjaringkan gol pembukaan di perlawanan akhir Piala AFC 2015 dan gol yang pertama untuk JDT di perlawanan akhir.

Leandro Velázquez
Maklumat peribadi
Nama penuhLeandro Sebastián Velázquez
Tarikh lahir (1989-05-10) 10 Mei 1989 (umur 31)
Tempat lahirBuenos Aires, Argentina
Ketinggian1.67 m (5 ka ​5 1116 in)
Posisi permainanPemain tengah menyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniJohor Darul Ta'zim II FC
Nombor9
Kerjaya remaja
Vélez Sársfield
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2008–2014Vélez Sársfield45(3)
2010–2011Newell's Old Boys (pinjaman)14(1)
2012–2013San Martín de San Juan (pinjaman)15(0)
2014Club Sportivo Independiente Rivadavia14(1)
2015–Johor Darul Ta'zim II FC-(-)
2015–Johor Darul Ta'zim FC (pinjaman)1(-)
Pasukan kebangsaan
2009Argentina B-209(1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 04:00, 29 Jun 2012 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 08:47, 17 Disember 2010 (UTC)

KarierSunting

KelabSunting

Velázquez membuat penampilan sulung di liga adalah di Vélez Sársfield dalam masa seminggu sebelum hari jadi ke-19 beliau. Dia bermain semasa kelab yang disertai beliau seri 1-1 dengan Racing pada 4 April 2008. Beliau menjaringkan gol pertama menentang Estudiantes de La Plata dalam Torneo Apertura 2008 dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang menang dalam Torneo Clausura 2009. Beliau memasuki padang ketika perlawanan terakhir menentang Huracán apabila Vélez memerlukan kemenangan untuk menjadi juara, dan digantikan oleh Leandro Coronel serta-merta selepas pasukan menjaringkan gol kemenangan.

Velázquez telah dipinjamkan bagi musim 2009-10 ke Newell's Old Boys.[1]

AntarabangsaSunting

Pada bulan Januari 2009 Velázquez telah dipilih untuk menyertai skuad Argentina bawah 20 untuk Kejohanan Remaja Amerika Selatan 2009 di Venezuela. Pasukannya gagal untuk melayakkan diri ke Piala Dunia B-20 FIFA.

KepujianSunting

Vélez Sársfield

RujukanSunting

  1. ^ "Velázquez, con pilcha rojinegra" (dalam bahasa Spanish). La Capital. 2010-06-23. Dicapai pada 2010-06-23.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)

Pautan luarSunting