Lebah Lalat

(Dilencongkan dari Lebah lalat)

Lebah Lalat merupakan sejenis serangga dalam keluarga lebah. Nama saintifik Apis cerana. [1] Ia merupakan lebah yang terkecil sekali.

Lebah lalat
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Subgenus:
(Apis)
Spesies:
A. cerana
Nama binomial
Apis cerana
Taburan Lebah Lalat

Lebah lalat membuat sarang di kawasan yang terbuka, di atas atap rumah dan di ranting pokok. Lebah lalat juga menghasilkan madu, tetapi penghasilan madunya terlalu sedikit dan tidak menguntungkan untuk dipelihara sebagai lebah madu.

Masyarakat lebah sunting

 
Lebah pekerja menjalankan tugas di sarang.

Masyarakat lebah terbahagi kepada beberapa kasta:

Pekerja sunting

Lebah pekerja memiliki saiz badan kecil. Bilangan dalam sarang boleh melebihi 10,000 ekor (20K-200K). Jangka hayat 20-40 hari atau sehingga menggunakan sengatnya (140 hari semasa musim sejuk). Bekerja hingga akhir hayat, jantinanya adalah betina mandul. Tugas pekerja ialah membina kom, menjaga sarang, larva, jantan yang muda dan ratu. Ia juga membersihkan sarang, mengumpul madu, debunga dan propolis memberi bantuan perwapan nektar, menutup sel (madu dan pupa), mengeluarkan telur jantan dan memindahkan larva untuk menjadikan ratu yang baru.

Lebah jantan sunting

Lebah jantan bersaiz sederhana. Terdapat sehingga 200 ekor / tiada langsung dalam sarang. Jangkahayat boleh capai sehingga 60 hari atau sehingga mengawan. Berfungsi mengawan sahaja (dengan ratu dara/muda).

Lebah ratu sunting

Lebah ratu bersaiz besar. Hanya satu dalam sarang. Jangkahayat: ekonomik - 2 tahun, maksima - 8 tahun; bergantung kepada sperma yang diperolehi. Jantina: betina / bisexual (parthenogenesis). Tugas Ratu adalah mengawan dengan lebah jantan - di udara 'mating flight' (temuan tahun 17771 oleh Janscha); 5-20 minit di sebelah petang. Menghapuskan 'adik' atau 'ibu', mengeluarkan telur (3 hari selepas mengawan) dan mengeluarkan hormon 9-hydroxydecenoic acid (HDA). Daripada 90 juta sperma yang dikeluarkan (deposited) oleh beberapa ekor dron, hanya 7 juta yang akan disimpan di dalam spermatheca (ratu). Hormon 9-HDA ialah hormon yang mengawal koloni. Ketiadaan hormon dalam haif akan merangsang kepada pekerja bertelur, pembentukan sel ratu dan telur diletakkan ke dalam sel ratu.

Rujukan sunting

  1. ^ "PROJEK PERLEBAHAN DI DAERAH MANJUNG". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-15. Dicapai pada 2012-01-14.