Lebuh raya antara negeri

Sistem Lebuh Raya Antara Negeri (SLRAN) atau nama rasminya Sistem Lebuh Raya Antara Negeri dan Pertahanan Kebangsaan Dwight D. Eisenhower[a] merupakan rangkaian lebuh raya capaian terkawal yang membentuk Sistem Lebuh Raya Kebangsaan di Amerika Syarikat. Sistem ini menjangkau di seluruh tanah besar Amerika Syarikat dan turut mempunyai laluan di Hawaii, Alaska dan Puerto Rico.

Gambar rajah contoh penomboran sistem, di mana nombor-nombor ganjil untuk arah utara-selatan, manakala nombor-nombor genap untuk arah timur-barat.

Setakat tahun 2020, kira-kira suku daripada semua kenderaan yang dipandu di Amerika Syarikat menggunakan lebuh raya antara negeri,[1] yang mempunyai panjang keseluruhan 48,756 batu (78,465 km).[2]

Catatan sunting

  1. ^ Namanya di dalam bahasa Inggeris ialah Dwight D. Eisenhower National System of Interstate and Defense Highways atau Interstate Highway System sahaja.

Rujukan sunting

  1. ^ Pejabat Penerangan Dasar Lebuhraya (15 Disember 2021). Table VM-1: Annual Vehicle Distance Traveled in Miles and Related Data, 2020, by Highway Category and Vehicle Type (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). Pentadbiran Lebuhraya Persekutuan. Dicapai pada 13 Mei 2022.
  2. ^ Pejabat Penerangan Dasar Lebuhraya (26 Oktober 2021). Table HM-20: Public Road Length, 2020, Miles By Functional System (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). Pentadbiran Lebuhraya Persekutuan. Dicapai pada 13 Mei 2022.

Pautan luar sunting