Lebuhraya Duta–Ulu Klang

(Dilencongkan dari Lebuhraya Duta-Ulu Klang)

Duke, akronim bagi Duta-Ulu Kelang Expressway E33 (Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang), membentuk laluan pelengkap utama dalam Pelan Induk Jalan Raya Kuala Lumpur, menghubungkan Duta di barat ke Ampang di timur, dan ke Karak di utara. DUKE melengkapkan Jalan Lingkaran Perantara (Intermediate Ring Road) Kuala Lumpur, apabila menghubungkan Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) E1, SPRINT (di Penchala Link) E23 dan simpang Ulu Kelang di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II), bagi membolehkan pengguna kenderaan bergerak dari satu hujung ke satu hujung dalam tempoh 9 minit sahaja.

Lebuhraya E33
Lebuhraya Duta Ulu Klang
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd, atau KESTURI
Panjang18 km (11 mi)
Wujud2006–kini
Sejarahsiap sepenuhnya 2009
Simpang utama
Hujung baratPersimpangan Duta di Lebuhraya Utara Selatan
Persimpangan utamaE1 Lebuh Raya Baru Lembah Klang
E23 Lebuhraya SPRINT
Hujung timurPersimpangan Hillview di Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II)
Lokasi
Destinasi
utama
Jalan Duta, Segambut, Sentul, Setiawangsa, Ulu Klang
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Selain menambahbaikkan perhubungan, DUKE juga menyuraikan lalu lintas dari bandar ke arah pelbagai kawasan subbandar melalui beberapa laluan masuk dan keluar di beberapa cabang persimpangan utama. Melalui DUKE, anda dapat bergerak dari satu bahagian di KL ke bahagian lain dalam waktu yang singkat, dengan memintas kawasan lalu lintas sesak, seperti lebuh raya Mahameru, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang. Anda tidak lagi berasa tertekan dengan deretan kereta yang bergerak secara perlahan-lahan di jalan raya dan membazirkan petrol anda begitu sahaja akibat terperangkap dalam kesesakan.

Apa itu DUKE sunting

Akronim bagi Duta-Ulu Kelang Expressway (Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang).

DUKE menyediakan hubungan terus antara bahagian Timur Laut dengan Barat Laut Kuala Lumpur dengan laluan penghubung yang strategik ke Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur.

DUKE menghubungkan NKVE di Jalan Duta ke MRR II di Ulu Kelang, justeru memberikan aliran lalu lintas yang lancar antara bahagian barat dengan timur Kuala Lumpur menerusi Lebuh Raya Duta dan Ulu Kelang. DUKE juga akan menjadi pintu masuk terpenting ke Pantai Timur melalui Lebuh Raya Karak.

Lebuh raya sepanjang 18 kilometer ini terdiri daripada jalan raya empat lorong dan jalan raya tiga lorong yang dibina mengikut piawaian antarabangsa. DUKE menawarkan pengalaman memandu yang menyenangkan di bandar kepada pengguna yang berulang alik.

Sejarah sunting

Dahulunya dikenali sebagai Kuala Lumpur North East Expressway (KLNEE), lebuh raya ini merupakan elemen utama dalam Pelan Induk Jalan Raya Kuala Lumpur sebagaimana yang dinyatakan dalam Kajian Pengangkutan Japan International Corporation Agency (JICA) yang dijalankan untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 1985. Dikenal pasti oleh DBKL sebagai satu daripada laluan penghubung utama bagi melengkapkan Rancangan Penyuraian Trafik Induk Kuala Lumpur, KESTURI telah menjalankan kajian terperinci tentang penjajaran tersebut yang memakan tempoh tiga tahun, termasuk Penilaian Kesan Alam Sekitar dan Tinjauan Pendapat Awam. Kedua-dua kajian dan laporan ini diluluskan sebelum Perjanjian Konsesi ditandatangani dengan Kerajaan Malaysia pada 12 Ogos 2004.

Lebuh Raya ini dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Dato Mohd Zin Mohamed, pada 9 Januari 2009. Dibina bagi menampung 120,000 kenderaan sehari, Lebuh Raya ini akan menawarkan laluan alternatif yang menarik kepada penduduk Lembah Klang, terutamanya bagi mereka yang berulang alik dari timur ke barat dan bagi mereka yang mahu ke pusat bandar.

Pengendalian dan Kemudahan sunting

Lebuh Raya ini mengendalikan sistem tol terbuka di tiga plaza tol yang terletak di Batu, Sentul Pasar dan Ayer Panas. Kadar tol yang ditetapkan adalah mengikut kelas kenderaan. Dengan 46% daripada jajaran Lebuh Raya adalah bebas tol, pengguna dapat merancang perjalanan mereka dengan menggunakan 7 persimpangan bertingkat dan 5 susur masuk dan keluar untuk sampai ke destinasi masing-masing.

Setiap plaza tol menjalankan sistem kutipan tol secara manual di samping menyediakan kemudahan Touch n Go dan Smart Tag bagi memastikan pengguna Lebuh Raya dapat melalui pondok tol dengan cepat. Pengendali tol dilatih untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra dan berbudi bahasa kepada semua pelanggan.

Kemudahan sunting

  • Jalan raya 4 lorong antara Persimpangan Duta dengan Persimpangan Kuching
  • 3 plaza tol dengan kemudahan letak kereta, tandas, surau dan kawasan rehat
  • Papan Maklumat Elektronik (VMS)
  • Sistem Televisyen Litar Tertutup
  • Sistem Maklumat Pengurusan Bersepadu
  • Jalan raya 3 lorong bagi laluan DUKE yang lain
  • Perkhidmatan rondaan 24 jam
  • Perkhidmatan Pengawasan dan Kawalan Lalu Lintas
  • Jejantas untuk pejalan kaki dan motosikal

Persimpangan dan Tanjakan sunting

Persimpangan sunting

  • Duta
  • Kuching
  • Sentul Pasar
  • Setiawangsa
  • Hillview
  • Bandar Dalam
  • Greenwood

Tanjakan sunting

  • Sentul
  • Jalan Pahang
  • Jalan Semarak
  • Jalan 37/56
  • Ayer Jernih

Rujukan sunting

Laman Web DUKE