Lebuhraya Kemuning–Shah Alam

Lebuhraya di Malaysia
(Dilencongkan dari Lebuhraya Kemuning-Shah Alam)

Lebuhraya Kemuning - Shah Alam,LKSA,E13 merupakan sebuah lebuh raya di Lembah Klang, Selangor, Malaysia. Ia menghubungkan antara Persimpangan Kemuning ( E5 Lebuhraya Shah Alam ) dengan Persimpangan Persekutuan 2 (juga dikenali sebagai Persimpangan Bulatan Darul Ehsan) berhampiran Shah Alam.

Lebuhraya E13
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Prolintas, Projek Lintasan Shah Alam Sdn Bhd (LKSA)
Panjang14.7 km (9.1 mi)
Wujud2007–kini
SejarahSiap pada tahun 2010
Simpang utama
Hujung utaraPersimpangan Bulatan Darul Ehsan, Shah Alam
Persimpangan utamaTemplat:BSA Persiaran Sulatan, Shah Alam
Lebuhraya Persekutuan
Persiaran Selangor
Templat:BSA Persiaran Jubli Perak
Persiaran Tun Teja
Jalan Bukit Kemuning
E5 Lebuhraya Shah Alam
Persiaran Anggerik Mokara
Hujung selatanShah Alam
Lokasi
Destinasi
utama
Shah Alam, Alam Impian, Kota Kemuning, Bukit Rimau
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Latar Belakang Jalan sunting

Lebuhraya ini bermula di Persimpangan Kemuning yang bersambung dengan   Lebuhraya Shah Alam di persimpangan tersebut. Selepas itu, ia melepasi Perimpangan Jalan Bukit Kemuning, sebuah plaza tol berdekatan Taman Sri Muda dan Persimpangan Alam Impian. Lebuhraya ini melintasi jambatan Sungai Klang ke seksyen 24. Lebuhraya ini bertindih dengan Persiaran Sultan dari Persimpangan Jubli Perak hingga Persimpangan Bulatan Selangor, Persimpangan Laluan Persekutuan 2 yang menghubungkan   Lebuhraya Persekutuan dan akhir sekali ke pusat bandar Shah Alam.

Sejarah sunting

Pembinaan lebuh raya in bermula pada tahun 2007. Lebuh raya yang digunakan yang dikenali sebagai Persiaran Sultan, dan meliputi kawasan dari bandar Shah Alam ke Seksyen 24.Ia dibina di kawasan Majlis Bandaraya Ahah Alam (MBSA) dan mengambil masa 24 bulan untuk disiapkan. Lebuh raya ini siap pada pertengahan 2010. Lebuhraya ini dibuka pada trafik pada 18 Mei 2010.

Ciri-ciri sunting

  • Menghububgkan Kota Kemuning dengan Shah Alam.
  • Lebuhraya lurus dan panjang di antara Shah Alam city centre dan Seksyen 24.
  • Laluan akses ke Alam Impian.
  • Persimpangan Laluan Persekutuan 2 adalah persimpangan bunga cengkih terbesar di Malaysia.
  • Laluan utama ke   Lebuhraya Shah Alam dari Shah Alam dan ke   Lebuhraya Persekutuan dari Kota Kemuning.
  • Touch n' Go Pembelian Pandu-Lalu dan isi semula (POS) disediakan di plaza tol di sepanjang lebuh raya.
  • Menggunakan sistem tol terbuka (open toll system)
  • Menggunakan kutipan elektronik (ETC) di semua plaza tol di sepanjang lebuh raya bermula 13 Januari 2016.

Tol sunting

Lebuhraya Kemuning Shah Alam menggunakan sistem tol terbuka dan semua transaksi di kedua-dua tol sepanjang lebuh raya dikawal sepenuhnya oleh elektronik iaitu menggunakan SmartTAG dan Touch 'n Go.

Kadar Tol sunting

(Bermula 15 Oktober 2015)[1]

Seri Muda Toll Plaza sunting

Kelas Jenis Kenderaan Kadar
(dalam Ringgit Malaysia (RM)
0 Motosikal Percuma
1 Kenderaan dengan 2 roda dengan 3 atau 4 roda termasuk teksi RM 1.70
2 Kenderaan dengan 2 roda dengan 5 atau 6 roda termasuk bas RM 3.40
3 Kenderaan dengan 3 atau lebih roda RM 5.10
4 Teksi RM 0.90
5 Bas RM 1.20

Plaza Tol Alam Impian sunting

Kelas Jenis Kenderaan Kadar
(dalam Ringgit Malaysia (RM)
0 Motorsikal Percuma
1 Kenderaan dengan 2 roda dengan 3 atau 4 roda termasuk teksi RM 0.90
2 Kenderaan dengan 2 roda dengan 5 atau 6 roda termasuk bas RM 1.80
3 Kenderaan dengan 3 atau lebih roda RM 2.70
4 Teksi RM 9.90
5 Bas RM 0.60

Senarai Persimpangan sunting

  1. ^ [1], Kutipan Tol Lebuhraya Kemuning-Shah Alam Untuk Mula Sabtu