Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang

Lebuhraya di Selangor

Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang atau juga dikenali sebagai Lebuhraya Kajang SILK (E18) meliputi Kajang, Balakong, Semenyih, Bangi, Sungai Long dan Sungai Chua. Panjangnya 37 kilometer. Lebuh raya ini dikemukakan kepada kerajaan pusat dalam setelah mengambil "Laporan Pelan Struktur Bandar" Kajang dan Bangi pada tahun 1990.

Latar belakang

sunting

Lebuhraya Kajang SILK dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di Kajang, Balakong, Semenyih, Bangi, Sungai Long dan Sungai Chua yang teruk antara tahun 1990 hingga tahun 2000. Selain membantu mengatasi masalah kesesakan lalulintas, ia mempermudahkan laluan ke Putrajaya, Cheras, Semenyih, Sungai Long dan Bangi. Di samping itu juga, ia berupaya membawa potensi pembangunan yang pesat di sepanjang koridor Lebuhraya Kajang SILK.

Lebuhraya Kajang SILK (E18) menghubungkan antara lebuh raya-lebuh raya utama:

Lebuh raya ini dapat mengurangkan masa perjalanan di antara bahagian Utara dan Selatan Kajang.

Cara pemanduan bertambah lancar dan cekap antara Kajang dari Kuala Lumpur, Cheras, Sungai Long dan Balakong, selain itu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, Semenyih, Bangi dan Seremban.

Fakta teknikal

sunting
  • Lampu jalan di keseluruhan jajaran
  • 11 persimpangan bertingkat
  • Sistem bayaran elektronik Touch ‘n Go dan SmartTag
  • Sistem kawalan trafik dan paparan maklumat berkomputer
  • Rondaan 24 jam oleh pasukan SILK Ronda
  • Bantuan kerosakan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna

Plaza tol

sunting
  1. Plaza Tol Sungai Balak
  2. Plaza Tol Sungai Ramal
  3. Plaza Tol Bukit Kajang
  4. Plaza Tol Sungai Long

Persimpangan bertingkat

sunting
  1. Persimpangan Bertingkat Balakong (Exit 1801)
  2. Persimpangan Bertingkat Sungai Long (Exit 1803)
  3. Persimpangan Bertingkat Kajang Perdana (Exit 1804)
  4. Persimpangan Bertingkat Kajang Prima (Exit 1805)
  5. Persimpangan Bertingkat Jalan Reko (Exit 1806)
  6. Persimpangan Bertingkat Sungai Ramal (Exit 1807)
  7. Persimpangan Bertingkat Country Heights (Exit 1808)
  8. Persimpangan Bertingkat Uniten (Exit 1809)
  9. Persimpangan Bertingkat UPM (Exit 1810)
  10. Persimpangan Bertingkat Sungai Balak (Exit 1811)
  11. Persimpangan Bertingkat Sungai Chua (Exit 1812)

Lebuh raya ini beroperasi sepenuhnya pada 15 Jun 2005.

3 daripada 4 buah Plaza Tol dan sebahagian besar jajaran Lebuhraya Kajang SILK telah dibuka kepada lalulintas dan telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia, Y.B. Dato’ Seri S Samy Vellu pada 15 Jun 2004.

Manakala baki jajaran bermula daripada Persimpangan Bertingkat Sungai Long ke Persimpangan Bertingkat Kajang Perdana telah di buka kepada lalulintas pada 17 Disember 2004. Kini Lebuhraya Kajang SILK telah beroperasi sepenuhnya bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan Kajang.

Pautan luar

sunting