Laluan Lebuhraya Nicoll ditandakan dengan warna hijau limau pada peta ini.
Lebuhraya Nicoll menuju ke Daerah Perniagaan Pusat Singapura.

Lebuhraya Nicoll (Cina: 尼诰大道; Inggeris: Nicoll Highway) merupakan jalan raya arteri utama di Singapura yang menghubungkan Kallang dengan pusat bandar raya. Sepanjang laluan, ia melalui kawasan Kallang, Kampong Glam dan Marina Centre.

Sungguhpun ia menggunakan nama "lebuh raya", had laju lebuh raya ini sebenarnya lebih rendah daripada lebuh raya ekspres. Lebuh raya ini juga mempunyai beberapa persimpangan lampu isyarat seperti di persimpangan Bras Basah Road dan Esplanade Drive, yang tidak terdapat pada lebuh raya ekspres.

SejarahSunting

Semasa Jambatan Merdeka siap merentasi Sungai Kallang pada tahun 1956, Lebuhraya Nicoll membentuk hubungan penting antara pusat bandar raya dengan bahagian pantai timur Singapura yang berkembang dengan pesat. Peranan Lebuhraya Nicoll kini diambil alih oleh Jambatan Benjamin Sheares di Lebuhraya Taman Pantai Timur.

Keruntuhan Lebuhraya NicollSunting

Pada pukul 3:30 p.m. Waktu Singapura (UTC+8:00) pada 20 April 2004, satu jajaran Lebuhraya Nicoll antara Ophir Road dan Jambatan Merdeka runtuh, berikutan kegagalan pada tembok penahan terowong Aliran Bulatan (Circle Line) di bawahnya. Jajaran jalan raya ini ditutup selama beberapa bulan untuk diperbaiki. Kesemua perkhidmatan bas yang melalui Lebuhraya Nicoll terpaksa dilencongkan. Jalan raya ini dibuka semula pada Disember tahun yang sama.

Mercu tandaSunting

Antara beberapa mercu tanda di sepanjang jalan ialah:

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  • Norman Edwards, Peter Keys (1996), Singapore - A Guide to Buildings, Streets, Places, Times Books International, ISBN 9971-65-231-5
  • Victor R Savage, Brenda S A Yeoh (2003), Toponymics - A Study of Singapore Street Names, Eastern Universities Press, ISBN 981-210-205-1