Lebuhraya Skudai
Lebuhraya Skudai atau juga dikenali sebagai Lebuhraya Senai atau Jalan Skudai adalah sebuah lebuhraya capaian separa sejauh 27.3 km dari Senai ke Tambak Johor yang menghubungkan Malaysia dan Singapura. Di sebelah Singapura, Tambak Johor adalah sebahagian daripada Lebuhraya Bukit Timah (BKE). Lebuhraya ini merupakan sebahagian daripada Laluan Persekutuan serta menjadi sebahagian daripada jaringan lebuh raya di Johor Bahru.
![]() Laluan persekutuan 1 | |
---|---|
Panjang (kilometer) | 29 |
Arah | Utara - Selatan |
Mula | Senai |
Destinasi utama | Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ![]() Skudai Tampoi Woodlands (Singapura) |
Tamat | Johor Bahru |
Pembinaan bermula | 1983 |
Pembinaan tamat | 1985 |
Jalan raya yang terlibat | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() J1 Jalan Persisiran Pantai Barat Johor Bahru ![]() ![]() |
Rangkaian Lebuh Raya Asia | AH 2 (Persimpangan Skudai - Johor Bahru) |
Dibuka pada lalu lintas pada tahun 1985, Lebuhraya Skudai pada asalnya merupakan sebuhraya bertol sehingga Mac 2004 apabila Kerajaan Persekutuan menambil keputusan untuk memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Senai. Sebelum ini, konsesi bagi lebuh raya ini dipegang oleh Plus Expressway Berhad sebagai sebahagian daripada projek Lebuhraya Utara Selatan. Kini, hanya Plaza Tol Tambak Johor sahaja yang beroperasi bagi pengguna lebuh raya dari Singapura dan lebuh raya tersebut diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya.
Lebuhraya Skudai pada asalnya merupada lebuh raya 4 lorong (2 lorong bagi setiap arah) tetapi bahagian dari Bandar Baru Uda ke Skudai telah dilebarkan kepada 6 lorong pada tahun 2001 untuk membolehkan lebuh raya tersebut menampung kapasiti trafik yang semakin meningkat.