Lee Chean Chung

Ahli Politik Malaysia

Yang Berhormat Tuan Lee Chean Chung [1](Cina ringkas: 李健聪Cina tradisional: 李健聰pinyin: Lǐ Jiàn Cōng) (lahir 11 April 1981) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya. Di peringkat parti beliau ialah Pengarah Komunikasi PKR, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Ketua PKR Indera Mahkota.

Lee Chean Chung
AP
李健聪
YB Lee Chean Chung
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Petaling Jaya, Selangor
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Maria Chin Abdullah
Majoriti50,575 (PRU-15)
Pengarah Komunikasi PKR
PresidenAnwar Ibrahim
Menyandang jawatan
2022
Ahli Dewan Negeri Pahang
untuk Semambu
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 14 Oktober 2022
Didahului oleh Pang Tsu Ming
Digantikan oleh Chan Chun Kuang
Majoriti5,511 (PRU-14)
3,200 (PRU-13)
Maklumat peribadi
Lahir (1981-04-11) 11 April 1981 (umur 44)
Kuantan, Pahang, Malaysia
Parti politik Parti Keadilan Rakyat
Anak3
Tempat belajarMultimedia University
Malaysia University of Science and Technology (MUST)
National University of Singapore
PekerjaanAhli Politik
Laman webPJLestari

Sebelum itu, beliau pernah menjawat beberapa jawatan di dalam KEADILAN, termasuklah Bendahari Agung KEADILAN (2018 - 2022), Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (2014 - 2018), dan Naib Ketua AMK PJ Utara (2008 - 2012). Malah, beliau turut berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik Pejabat Ketua Pembangkang (2008-2011). Selain pengalaman politik di dalam KEADILAN, beliau pernah dilantik sebagai Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Kuantan pada 2019.

Kehidupan Awal dan Pendidikan

sunting

Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kuantan, Pahang, Malaysia di mana beliau menuntut pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Putih, Kuantan. Dalam perjalanan akademiknya, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (pengkhususan Komputer) dari Universiti Multimedia (MMU). Beliau kemudian menyambung pengajian Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Pengangkutan dan Logistik di Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) [2], serta Ijazah Pentadbiran Awam di Lee Kuan Yew School of Public Policy, di National University of Singapore. Beliau juga diiktirafkan sebagai Dong Fang Scholar oleh Peking University, China.

Kerjaya Awal

sunting

Sebelum menceburi bidang politik, Lee bekerja di syarikat-syarikat swasta yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan Hong Kong. Pasca 308, Chean Chung bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Unit Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) selepas pilihan raya umum 2008. Unit beliau menyediakan sokongan penyelidikan strategik dan menganjurkan mesyuarat perundingan bagi 30 Ahli Parlimen.

Lee aktif dalam gerakan alam sekitar dan dilantik sebagai Ketua Perhubungan Awam (PR) di Stop Lynas Coalition (SLC) serta Ketua Publisiti untuk Himpunan Hijau 2.0 pada tahun 2011 semasa gerakan menentang Lynas, kilang pemprosesan nadir bumi terbesar di dunia ketika itu dibina bersebelahan Kuantan.

Beliau juga mempunyai pengalaman penyelidikan dalam beberapa bidang. Tesis yang ditulis beliau bertajuk "Sistem Penghantaran Teksi GPS Berdasarkan Algoritma A* Laluan Terpendek" telah dipetik dalam beberapa artikel jurnal. Pada Tahun 2019, beliau menerbitkan bersama sebuah kertas kerja tentang "Insituti untuk Kelestarian: Penetap Tidak Formal" di GSP Conference 2019: Urban Posibilities: Reimagining Philippines. Beliau juga merupakan pengarang bersama buku termasuk "Jiwa Merdeka" dan "Green Political Reform" (绿色政改), serta penyumbang kepada The Edge, Malaysiakini dan Oriental Daily.

Aktif dalam penglibatan dan latihan antarabangsa, Lee dianugerahkan Alumni Terunggul Program Konrad Adenauer Stiftung untuk Politikus Muda (KASYP) pada tahun 2019. Beliau juga merupakan ahli Rangkaian Antarabangsa Adenauer, Rakan Profesional Inisiatif Kepimpinan Muda untuk Asia Tenggara (YSEALI) dan Majlis Pemimpin Politik Muda Amerika (ACYPL), serta graduan Kursus Penasihat Politik, Sekolah Tinggi Kerajaan (Universiti Sydney).

Beliau juga dijemput untuk bercakap di Akademi Kepimpinan Belia Generation Democracy (2017), Sidang Demokrasi Copenhagen (2020) serta mendapat jemputan dari Institut Denmark untuk Parti dan Demokrasi (DIPD) (2020).

Kerjaya Politik

sunting

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (2013-2022)

sunting

Pada pilihan raya negeri Pahang 2013, Lee dicalonkan oleh partinya untuk bertanding bagi kerusi negeri Semambu (N13). Beliau menang dengan majoriti 3,200 undi dan dipilih ke dalam Dewan Undangan Negeri Pahang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu untuk penggal pertama. Beliau mengalahkan Datuk Pang Tsu Ming, penyandangnya dari Barisan Nasional (BN) dan Moh Shukri Moh Ramli, seorang calon bebas.

Dalam pilihan raya negeri Pahang 2018, beliau dicalonkan semula oleh partinya untuk mempertahankan kerusi Semambu dan sekali lagi menang. Lee dilantik semula sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu untuk penggal kedua. Beliau mengalahkan calon-calon BN dan Gagasan Sejahtera (GS) dengan 5,511 undi majoriti.

Dalam perbahasan titah diraja pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang tahun 2022, Lee membawa masuk sepasu pokok buluh ke dalam dewan sebagai simbol pemeliharaan ekologi. Dalam ucapannya, beliau mengkritik penyalahgunaan skim Ladang Hutan yang didakwanya dijadikan alasan untuk pembalakan haram. Beliau mendedahkan bahawa daripada keseluruhan 73,360 hektar tanah yang telah diluluskan di bawah program tersebut, hanya 5% yang telah dilaksanakan penanaman semula, sekali gus menyebabkan kemusnahan tanah secara meluas. Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan membentangkan Kertas Putih bagi menyiasat kaitan antara penukaran hutan ini dengan kejadian banjir berulang, serta mencadangkan agar undang-undang negeri dipinda untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap pembalak tidak bertanggungjawab yang mengeksploitasi hasil hutan demi keuntungan.[3][4]

Digantung dari DUN

sunting

Beliau digantung dari menghadiri persidangan DUN Pahang untuk dua sesi kerana menggelar belanjawan surplus Pahang sebagai "palsu" pada November tahun 2013.Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Ishak Mohamad membuat keputusan itu setelah beliau enggan menarik balik dakwaan itu.[5] Pada 29 Ogos 2014, sejurus selepas sesi kedua DUN tamat, pihak urus setia telah membatalkan jemputan yang sebelum itu diberikan kepada beliau untuk menghadiri raptai dan sambutan Hari Merdeka negeri di Kuantan, dengan alasan bahawa penggantungan beliau telah luput. Namun, tindakan itu dikecam oleh beliau sebagai satu penyalahgunaan kuasa.[6][7]

Ahli Parlimen Petaling Jaya (2022 - kini)

sunting

Lee berpindah ke politik persekutuan dengan bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia yang berlangsung pada November 2022. Beliau dicalonkan oleh partinya (PKR) untuk bertanding bagi kerusi Petaling Jaya dan menang. Beliau dilantik sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya dan mengalahkan lima calon dengan 50,575 undi majoriti, termasuk empat calon dari Perikatan Nasional (PN), BN, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon bebas.

Inisiatif Latihan Belia dan Program PJ UP

sunting

Pada Disember 2023, Lee telah mengumumkan satu kerjasama antara pusat khidmat Parlimennya dengan rakan-rakan sektor swasta iaitu Novastar dan Helios Media bagi memperkasa Program PJ UP, sebuah inisiatif pemerkasaan belia. Program ini menawarkan latihan pemasangan lampu LED kepada para belia, dengan matlamat untuk membekalkan kemahiran yang relevan dalam industri baru yang sedang berkembang. Lee menyatakan bahawa inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha menyeluruh untuk memastikan belia lebih bersedia merebut peluang dalam sektor baharu dan pesat membangun.

Pada 23 Mac 2024, kumpulan pertama seramai 31 peserta telah berjaya menamatkan dan lulus peperiksaan latihan mereka. Pada 14 Mei 2025, seramai 5 peserta Program PJ UP pula lulus Kursus Pemasangan Tahap 2 NCE.

Peta Budaya dan Kulinari PJ Old Town

sunting

Pada September 2024, Lee mengumumkan pelancaran Peta Budaya dan Kulinari Petaling Jaya Old Town, yang bertujuan menarik pelancong dan pengunjung untuk meneroka makanan tempatan, tempat riadah dan warisan budaya di kawasan tersebut. Dengan kerjasama sukarelawan, kira-kira 20,000 salinan peta dwibahasa telah diterbitkan dan diedarkan kepada orang awam. Panduan ini memaparkan 18 mercu tanda bersejarah atau budaya, 13 perniagaan tradisional lama, dan 18 makanan tempatan. Ia tersedia dalam tiga bahasa.

Program Nutrisi dan Kebajikan Kanak-Kanak

sunting

Pada Disember 2024, Lee telah melancarkan Program Susu Percuma untuk Kanak-Kanak dari Keluarga Berpendapatan Rendah, bagi menangani isu kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak di kawasannya. Fasa perintis program ini dilaksanakan di Blok 5 dan 6, Desa Mentari, melibatkan pemberian bekalan susu mingguan kepada 100 keluarga yang mempunyai anak berumur 1 hingga 6 tahun. Lee menyatakan harapan untuk memperluaskan program ini ke lebih banyak komuniti, sekaligus memperkukuh komitmennya terhadap kesihatan dan kebajikan kanak-kanak.

Usaha Menangani Isu Tanpa Kewarganegaraan di Petaling Jaya

sunting

Pada tahun 2024 dan 2025, Lee giat memperjuangkan hak individu tanpa kewarganegaraan di kawasannya, dan telah membantu seramai 20 pemohon jangka panjang untuk akhirnya memperoleh MyKad di bawah dasar inklusif kerajaan Madani.

Pelan Pemulihan Pasar Besar Jalan Othman

sunting

Pada April 2025, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, telah mencadangkan pelan pemulihan Pasar Besar Jalan Othman bagi menangani masalah kemerosotan kunjungan orang ramai dan menyokong pemulihan ekonomi tempatan. Selepas mengadakan sesi libat urus bersama para penjaja, pusat khidmat Parlimennya telah mengemukakan tiga cadangan utama kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Cadangan tersebut termasuklah mengaktifkan semula tingkat dua pasar yang kurang digunakan dengan menjemput usahawan muda seperti artisan, barista dan pembuat roti untuk mewujudkan ruang hibrid kreatif-tradisional; menubuhkan pasukan pengurusan tapak yang terdiri daripada wakil penjaja bagi menyelaras operasi dan promosi; serta membentuk pasukan padanan pekerjaan untuk mengurangkan pengangguran tempatan dan membantu penjaja mengatasi kekurangan tenaga kerja akibat sekatan terhadap pekerja asing.

Disiasat & Didakwa di Mahkamah

sunting

Perhimpunan Kita Lawan

sunting

Pada Mac 2015, Lee telah menyertai gerakan "Kita Lawan", yang menganjurkan protes jalanan bagi menuntut reformasi dan pembebasan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada 8 September 2015, beliau bersama beberapa aktivis dan ahli politik pembangkang lain telah didakwa di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menyertai protes jalanan yang bermula di hadapan Kompleks Sogo dan berakhir di kawasan air pancut persimpangan Jalan Tun Perak pada 21 Mac 2015. Jika sabit kesalahan, kesalahan tersebut boleh dikenakan denda maksimum RM10,000. [8]

Protes Felda dan Siasatan Polis (2017)

sunting

Pada 6 Januari 2017, Lee bersama aktivis Felda, Razali Ithnin, menyerahkan memorandum di ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur sebagai bantahan terhadap rancangan agensi tersebut untuk membeli 37 peratus saham dalam syarikat Indonesia, PT Eagle High Plantations. Selepas acara tersebut, kedua-duanya telah dipanggil oleh pihak polis untuk disoal siasat pada 10 Februari 2017 di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. Lee berpendapat bahawa penyerahan memorandum secara ringkas di luar bangunan itu tidak boleh dianggap sebagai suatu perhimpunan awam.[9]

Penyertaan dalam Protes Anti-Lynas dan Siasatan Polis (2019)

sunting

Pada 18 Ogos 2019, Lee menghadiri protes "Save Malaysia, Stop Lynas" di Kuantan. Walaupun penganjur telah memberikan notis kepada polis 18 hari lebih awal, Majlis Perbandaran Kuantan tidak mengeluarkan kelulusan lokasi, menyebabkan pihak polis menganggap perhimpunan tersebut sebagai tidak sah. Pada 21 Ogos, beliau merupakan salah seorang daripada lima individu yang dipanggil oleh pihak polis untuk disoal siasat berhubung acara tersebut. Lee menjelaskan bahawa beliau hadir sebagai peserta dan bukan penganjur.[10]

Protes Flash-Mob Menentang Inflasi dan Siasatan Polis (2022)

sunting

Pada Julai 2022, Lee bersama beberapa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganjurkan protes flash-mob di Kulai, Johor bagi membantah kenaikan kos sara hidup dan menuntut langkah yang lebih tegas untuk menangani inflasi. Beliau kemudiannya telah dipanggil oleh pihak polis untuk disoal siasat berhubung penglibatannya dalam protes tersebut.[11]

Keputusan Pilihan Raya

sunting
Dewan Undangan Negeri Pahang
Tahun Kawasan Undian Peratus Pembangkang Undian Peratus Buang Undi Majoriti Keluar Mengundi
2013 N13 Semambu, Pahang Lee Chean Chung (PKR) 14,753 54.26% Pang Tsu Ming (MCA) 11,553 42.49% 27,624 3,200 84.91%
Mohd Shukri Mohd Ramli (Independent) 885 3.25%
2018 Lee Chean Chung (PKR) 14,991 47.15% Mohd Yusof Hashin (PAS) 9,480 29.82% 32,215 5,511 83.70%
Quek Tai Seong (MCA) 7,323 23.03%
Dewan Rakyat
Tahun Kawasan Undian Peratus Pembangkang Undian Peratus Buang Undi Majoriti Keluar Mengundi
2022 P105 Petaling Jaya, Selangor Lee Chean Chung (PKR) 83,311 57.12% Theng Book (BERSATU) 32,736 22.44% 148,021 50,575 74.74%
Chew Hian Tat (MCA) 23,253 15.94%
Mazween Mokhtar (PEJUANG) 4,052 2.78%
Ezam Mohd Nor (PRM) 2,049 1.40%
KJ John (Independent) 461 0.32%

Rujukan

sunting
  1. ^ "Lee Chean Chung Biodata". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-20. Dicapai pada 2014-02-21.
  2. ^ "Why university? The delusion and substance of university life by Lee Chean Chung". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-27. Dicapai pada 2014-02-21.
  3. ^ "李健聪带观音竹辩论 促州政府关注滥伐木". 中國報 China Press (dalam bahasa Cina). 2022-03-29. Dicapai pada 2025-06-24.
  4. ^ "抨滥用园坵计划毁原始森林 李健聪携盆栽谈护林 - 地方 - 关注东海岸". 星洲网 Sin Chew Daily Malaysia Latest News and Headlines (dalam bahasa Cina). 2022-03-29. Dicapai pada 2025-06-24.
  5. ^ ADUN Semambu digantung daripada hadiri sidang DUN
  6. ^ ADUN PKR dilarang hadiri sambutan merdeka
  7. ^ "Pahang assembly bars PKR rep from Merdeka do". Malaysiakini. 2014-08-29. Dicapai pada 2025-06-24.
  8. ^ international.astroawani.com https://international.astroawani.com/malaysia-news/maria-chin-seven-others-charged-participating-kitalawan-street-demonstration-72583?. Dicapai pada 2025-02-13. Missing or empty |title= (bantuan)
  9. ^ Najmuddin, Ariv Chelvam & Harith (2017-02-10). "PKR rep probed under assembly act over memo to Felda". Malaysiakini. Dicapai pada 2025-06-24.
  10. ^ www.malaymail.com https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/08/21/cops-summon-pakatan-reps-activists-over-anti-lynas-rally/1782848. Dicapai pada 2025-06-24. Missing or empty |title= (bantuan)
  11. ^ "参与抗议物价涨 李健聪被警传召". 中國報 China Press (dalam bahasa Cina). 2022-07-19. Dicapai pada 2025-06-24.