Lee Harvey Oswald (18 Oktober 193924 November 1963) disyaki sebagai pembunuh presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy. Dia ditembak mati pada 24 November 1963 di Dallas, Texas.

Lee Harvey Oswald
Lee Harvey Oswald, selepas satu hari penbunuhan John F. Kennedy
Kelahiran(1939-10-18)18 Oktober 1939
New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat
Meninggal dunia24 November 1963(1963-11-24) (umur 24)
Dallas, Texas, Amerika Syarikat
Sebab kematianDibunuh (ditembak oleh Jack Ruby)
Denda jenayahDisyaki membunuh seorang anggota polis di Dallas, J.D. Tippit dan kemudian dikaitkan dengan pembunuhan Presiden JFK.
Tandatangan

Oswald merupakan seorang askar marin Amerika Syarikat yang berpaling tadah ke Kesatuan Soviet tetapi kemudian kembali. Dia ditahan kerana disyaki membunuh seorang anggota polis di Dallas, J.D. Tippit dan kemudian dikaitkan dengan pembunuhan Presiden Kennedy. Oswald menafikan bertanggungjawab terhadap pembunuhan tersebut. Dua hari setelah dia ditangkap polis, Lee Oswald ditembak mati oleh Jack Ruby dalam siaran langsung televisyen.

Pada tahun 1964, Suruhanjaya Warren menyimpulkan Oswald membunuh Presiden Kennedy bersendirian, satu kesimpulan yang turut dicapai oleh FBI dan Jabatan Polis Dallas.

Rujukan sunting

Lihat juga sunting