Lee Hsien Loong

Perdana Menteri Singapura ketiga

Lee Hsien Loong (Cina: 李显龙; Tamil: லீ சியன் லூங்; dilahirkan pada 10 Februari 1952) ialah ahli politik Singapura dan penyandang terkini jawatan Perdana Menteri Singapura. Pada 2004, Lee menjadi Perdana Menteri Singapura ketiga selepas mengambil alih kempimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP) apabila perdana menteri terdahulu Goh Chok Tong yang meletakkan jawatan untuk menjadi Menteri Kanan baru. Lee kemudiannya membawa parti beliau pada kemenangan di pilihan raya umum 2006, 2011, 2015 dan 2020. Beliau memulakan penggal jawatan terkininya pada 24 Ogos 2020 (berikutan pembukaan parlimen Singapura ke-14). Lee ialah anak sulung Perdana Menteri Singapura pertama, mendiang Lee Kuan Yew.


Lee Hsien Loong

SPMJ (Johor); DK (Brunei); AP
李显龙
லீ சியன் லூங்
Lee Hsien Loong 2016 (cropped).jpg
Perdana Menteri Singapura Ke-3
Memegang jawatan
12 Ogos 2004
PresidenSellapan Ramanathan
Tony Tan
Halimah Yacob
TimbalanTony Tan
Shunmugam Jayakumar
Wong Kan Seng
Teo Chee Hean
Tharman Shanmugaratnam
Heng Swee Keat
Didahului olehGoh Chok Tong
Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat
Memegang jawatan
3 Disember 2004
TimbalanWong Kan Seng
Teo Chee Hean
Tharman Shanmugaratnam
Heng Swee Keat
Chan Chun Sing
PengerusiLim Boon Heng
Khaw Boon Wan
Gan Kim Yong
Didahului olehGoh Chok Tong
Menteri Kewangan Singapura
Dalam jawatan
10 November 2001 – 1 Disember 2007
Perdana MenteriGoh Chok Tong
TimbalanRaymond Lim
Didahului olehRichard Hu
Digantikan olehTharman Shanmugaratnam
Timbalan Perdana Menteri Singapura
Dalam jawatan
28 November 1990 – 12 Ogos 2004
Perdana MenteriGoh Chok Tong
Didahului olehGoh Chok Tong
Digantikan olehShunmugam Jayakumar
Anggota Parlimen Singapura
untuk Ang Mo Kio GRC
Memegang jawatan
31 Ogos 1991
Didahului olehPerlembagaan diwujudkan
Majoriti62,826 (38.7%)
Anggota Parlimen Singapura
untuk Teck Ghee SMC
Dalam jawatan
22 Disember 1984 – 31 Ogos 1991
Didahului olehPerlembagaan diwujudkan
Digantikan olehPerlembagaan digugurkan
Butiran peribadi
Lahir (1952-02-10) 10 Februari 1952 (umur 70)
Singapura
Parti politikParti Tindakan Rakyat
PasanganWong Ming Yang (1978-28 Oktober 1982)
Ho Ching (1985)
Anak-anakXiuqi
Yipeng
Hongyi
Haoyi
Alma materKolej Trinity, Cambridge
Universiti Harvard
United States Army Command and General Staff College

Beliau tamat belajar di Kolej Trinity, Universiti Cambridge, sebagai Senior Wrangler pada 1974 (memperoleh Diploma dalam Sains Komputer dengan jarak jauh) dan kemudian memperoleh Ijazah Pentadbiran Awam di Sekolah Kerajaan Kennedy Universiti Harvard. Dari 1971 hingga 1984, beliau berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Singapura yang mana beliau dinaikkan pangkat sebagai Brigadier Jeneral. Beliau memenangi pilihan raya Ahli Parlimen pada 1984, bertanding sebagai ahli Parti Tindakan Rakyat. Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Singapura pertama, Goh Chok Tong, Lee berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan dan Industri, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Kehidupan awalSunting

Anak sulung kepada bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew dan Tan Swee Phoon ini mempelajari tulisan Jawi sejak berusia lima tahun. Beliau amat berminat terhadap hal-ehwal Singapura sejak zaman kanak-kanak kerana sering mengikut bapanya ke perhimpunan pilihan raya sejak 1963 ketika berumur hanya 11 tahun.

Lee menerima pendidikan sekolah menengah di Sekolah Tinggi Katolik dan kemudiannya belajar di Maktab Rendah Kebangsaan (National Junior College atau NJC). Beliau memperoleh Ijazah Kelas Pertama dengan Kepujian dalam Matematik serta Diploma dalam Sains Komputer dari Kolej Trinity, Cambridge pada tahun 1974. Beliau kemudian memperoleh Sarjana Pentadbiran Awam (MPA) dari Pusat Pengajian Kerajaan Kennedy di Universiti Harvard pada tahun 1980.

Lee menyertai Angkatan Tentera Singapura (SAF) pada tahun 1971 dan dinaikkan pangkat dari bawah dengan pantas untuk menjadi salah satu brigadier jeneral yang termuda dalam sejarah Singapura. Beliau bersara daripada ketenteraan pada tahun 1984 untuk menyertai politik dan dipilih sebagai Ahli Parlimen pada tahun itu. Wong Ming Yang, isteri pertamanya yang merupakan seorang doktor yang dilahirkan di Malaysia, meninggal dunia pada tahun 1982, tiga minggu selepas beranak. Pada tahun 1985, Lee berkahwin dengan Ho Ching, seorang kakitangan awam yang naik pangkat dengan pantas. Mereka dikurniakan dengan seorang anak perempuan serta tiga anak lelaki, termasuk seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki daripada isteri pertama Lee.

Pada tahun 1992, Lee didiagnosis dengan limfoma dan selepas menjalani kemoterapi selama tiga bulan, beliau telah pun sembuh sepenuhnya.

Kerjaya politik awalSunting

Lee memasuki bidang politik pada 1984 pada usia 32 tahun, dan dilantik oleh bapanya Lee Kuan Yew, Perdana Menteri ketika itu, sebagai Menteri Negara dalam Kementerian Perdagangan dan Industri serta dalam Kementerian Pertahanan pada Disember 1984. Beliau kemudian dinaik pangkat sebagai Pemangku Menteri Perdagangan dan Industri serta Menteri Kedua Pertahanan pada 1986.

Timbalan Perdana MenteriSunting

Ketika Goh Chok Tong menjadi Perdana Menteri Singapura pada 28 November 1990, Lee menjadi Timbalan Perdana Menteri dan sehingga 1992 juga merupakan Menteri Perdagangan dan Industri. Semasa itu, beliau menumpukan perhatian kepada perkara-perkara ekonomi serta perkhidmatan awam.

Lee dilantik sebagai Pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada tahun 1998, dan Menteri Kewangan pada tahun 2001. Dalam tempoh selama tiga belas tahun setengah sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau amat mempengaruhi penguasaan Singapura, khususnya dalam hal-ehwal ekonomi dan sosial.

Untuk mengurangkan kurangan belanjawan yang semakin meningkat disebabkan penurunan hasil cukai yang diakibatkan oleh potongan cukai korporat serta pendapatan perseorangan, dan faktor-faktor yang lain seperti Perang Iraq dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), Lee mencadangkan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST} daripada 3% kepada 5% pada 29 Ogos 2003. Kenaikan itu dikuatkuasakan pada Januari 2004.

Lee juga memulakan pengenduran keperluan memohon kewarganegaraan Singapura, khususnya terhadap suami asing bagi wanita Singapura serta anak-anak warganegara Singapura yang dilahirkan di luar negara. Perubahan-perubahan ini telah dibuat selepas rayuan-rayuan berulang daripada ahli-ahli Parlimen serta Jawatankuasa Membentuk Semula Singapura selama beberapa tahun.

Perdana MenteriSunting

Pada 12 Ogos 2004, Lee Hsien Loong mewarisi Goh Chok Tong sebagai Perdana Menteri, dan melepaskan jawatan Pengerusi Penguasa Kewangan Singapura yang diambil alih oleh Goh. Dalam "Ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan" sulungnya pada hari yang sama, beliau memulakan dasar "Minggu kerja lima hari", satu rancangan yang mengecualikan hari Sabtu yang ketika itu merupakan hari kerja setengah hari. Rancangan itu dikuatkuasakan pada 1 Januari 2005.

Pada November 2004, Lee mencetuskan sebuah perdebatan negara ketika beliau mendedahkan cadangan untuk membina dua buah Tempat Peranginan Bersepadu (IR) yang merupakan tempat percutian yang merangkumi kasino. Walaupun menghadapi tentangan-tentangan yang hebat daripada orang awam, Lee mengumumkan keputusannya untuk meluluskan cadangan ini pada April 2005. Kedua-dua IR itu akan dibina di Teluk Marina dan Sentosa. Untuk membataskan kesan sosial yang negatif terhadap perjudian kasino, Lee mencadangkan bahawa pelindung-pelindung dilaksanakan, seperti melarangkan orang yang di bawah umur untuk memasuki kasino dan mengenakan yuran masuk sebanyak SGD$100 bagi warganegara Singapura dan pemastautin tetap atau SGD$2000 untuk yuran masuk setahun.

KontroversiSunting

Sebagai anak sulung Lee Kuan Yew iaitu Perdana Menteri pertama Singapura, kerjaya Lee telah dibayangi oleh dakwaan nepotisme. Ketika berusia 32 tahun, beliau menjadi Brigadier Jeneral yang termuda dalam sejarah Singapura, dan diramalkan secara meluas sebagai waris Lee Kuan Yew untuk jawatan Perdana Menteri. Ketika Kuan Yew mengundurkan diri supaya dapat digantikan oleh Goh Chok Tong, banyak pengkritik melihatkan Goh sebagai waris sementara, tetapi Kuan Yew mengatakan bahawa beliau akan membuktikan bahawa pengkritik-pengkritik salah. Dalam kisah kenangannya, Kuan Yew menekankan bahawa beliau tidak boleh membenarkan anaknya terus mewarisinya.

"Adalah lebih baik untuk orang yang lain mewarisi saya sebagai Perdana Menteri. Jika Loong berjaya kemudian, adalah jelas bahawa beliau mencapai jawatan itu dengan keupayaan sendiri."

Bagaimanapun, dakwaan pengkritik terhadap Goh sebagai waris sementara berlangsung selama enam hingga tujuh tahun sehingga Goh dapat membuktikan nilai dirinya ketika beliau bukan sahaja memperoleh semula kerusi-kerusi partinya dalam pilihan raya umum 1997 tetapi juga meningkatkan jumlah undi PAP. Lagi satu persoalan ialah penyakit barah nodus limfa yang dihidapi oleh Lee pada tahun 1992. Banyak pengulas politik berasa ragu-ragu terhadap keupayaan fizikal beliau untuk bertahan kehidupan susah, waktu panjang, dan tekanan-tekanan jawatan perdana menteri.

Mungkin lebih dapat difahami ialah pelantikan Ho Ching, isteri Lee, sebagai pengarah Temasek, agensi pelaburan negara, yang menyebabkan orang-orang mengangkat kening. Bagaimanapun, keluarga Lee bertindak balas dengan keras terhadap dakwaan-dakwaan itu, dan memenangi penyelesaian luar mahkamah yang besar atas tuduhan fitnah daripada International Herald Tribune (1994), Bloomberg (2002) dan The Economist (2004), antara lain.

Perselisihan dalam negeriSunting

Kerjaya Lee juga sering diburu oleh reputasi tanggapan sebagai seorang yang angkuh dan autokratik. Beliau dikatakan menghina Richard Hu, Menteri Kewangan, dalam sebuah mesyuarat pra-Kabinet pada tahun 1990 menurut satu khabar angin yang berulang-ulang. Ketika S. Dhanabalan, Menteri Pembangunan Negara, menyebelahi Hu, Lee menampar Dhabalan dan menuntut permintaan maaf daripadanya. [1]. Sedangkan mereka yang terlibat secara langsung dalam peristiwa ini tidak pernah menyebut perkara ini secara umum, Perdana Menteri Goh Chok Tong menafikan peristiwa ini pada tahun 2003 ketika membincangkan peralihan pimpinan kepada warisnya.

Perselisihan dengan TaiwanSunting

Pada 10 Julai 2004, Lee melawat Taiwan dan mengakibatkan rasa tidak senang Republik Rakyat China. Pada 28 Ogos 2004 ketika memberikan ucapan sulung Perhimpunan Hari Kebangsaan, beliau mengkritik pimpinan Taiwan dan rakyatnya untuk membuat anggaran yang berlebihan terhadap sokongan yang akan diterima ketika mereka mengisytiharkan kemerdekaan Taiwan. Ketika ucapannya itu, Lee juga menerangkan bahawa lawatannya ke Taiwan pada bulan Julai adalah untuk memastikan bahawa beliau akan memperoleh risikan yang mencukupi untuk membuat keputusan-keputusan yang betul ketika beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Beliau juga mengulang sokongannya untuk dasar Satu China.

Pada bulan September tahun itu, Menteri Luar Negeri George Yeo memberi amaran kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang bahaya-bahaya jika kemerosotan hubungan rentas selat dibiarkan. Sebagai tindak balas, Mark Chen, Menteri Luar Negeri Republik China (Taiwan), memanggil Singapura sebagai sebuah "Negara Pi-Sai", sepatah ungkapan Hokkien (bahasa Minnan) yang membawa maksud harfiah, "Negara yang sebesar dengan tahi hidung". Mark Chen kemudian meminta maaf secara rasmi.

Perselisihan dengan JepunSunting

Pada tahun 2005, ketika Junichiro Koizumi, Perdana Menteri Jepun, melawat Tokong Yasukuni, Lee menegur bahawa "dari sudut pandangan banyak negara di kawasan ini yang telah mengalami pendudukan Jepun, peristiwa in membangkitkan banyak kenangan yang tidak gembira". Tegurannya mengakibatkan tunjuk perasaan umum di luar kedutaan Singapura di Jepun pada 24 Mei 2005, dengan pembantah-pembantah mengkritik Lee kerana "masuk campur" dalam persoalan-persoalan Jepun.

Perselisihan dengan AustraliaSunting

Pada November 2005, Singapura terlibat dalam pergaduhan diplomatik dengan Australia disebabkan hukuman mati yang dikenakan pada Nguyen Tuong Van, seorang pedagang haram dadah Australia. Dalam satu kejadian, John Howard, Perdana Menteri Australia dan kerajaannya berasa susah hati ketika Lee gagal memberitahunya tentang tarikh hukuman mati yang dijadualkan semasa pertemuan mereka di Persidangan kemuncak APEC walaupun ibu Nguyen telah diberitahu tentang tarikh itu. Rayuan-rayuan memohon belas kasihan oleh kerajaan Australia dan peguam Nguyen ditolak. Bagaimanapun, Singapura memberikan kekecualian dengan membenarkan ibu Nguyen memegang tangan anaknya selepas rayuan peribadi oleh Howard. Nguyen kemudian menjalani hukuman mati pada 2 Disember 2005.

Keputusan pilihan rayaSunting

Pilihan raya Kerusi Pengundi Parti Calon Undi % undi
Rekod pilihan raya Lee Hsien Loong (Teck Ghee)
Pilihan Raya Umum Singapura 1984 1 16,866 PAP Lee Hsien Loong 12,794 80.38
UPF Giam Lai Cheng 3,123 19.62
Pilihan Raya Umum Singapura 1988 1 15,510 PAP Lee Hsien Loong 11,512 79.13
BEBAS Patrick Leong 3,037 20.87
Pilihan raya Kerusi Pengundi Parti Calon Undi % undi
Rekod pilihan raya Lee Hsien Loong (Ang Mo Kio GRC)
Pilihan Raya Umum Singapura 1991 4 74,004 PAP Lau Ping Sum
Lee Hsien Loong
Umar Abdul Hamid
Yeo Toon Chia
Tarik diri Tarik diri
Pilihan Raya Umum Singapura 1997 5 125,344 PAP Inderjit Singh
Lee Hsien Loong
Seng Han Thong
Tan Boon Wan
Tang Guan Seng
Tarik diri Tarik diri
Pilihan Raya Umum Singapura 2001 6 166,644 PAP Inderjit Singh
Lee Hsien Loong
Seng Han Thong
Tan Boon Wan
Sadasivan Balaji
Wee Siew Kim
Tarik diri Tarik diri
Pilihan Raya Umum Singapura 2006 6 159,838 PAP Inderjit Singh
Lam Pin Min
Lee Bee Wah
Lee Hsien Loong
Sadasivan Balaji
Wee Siew Kim
96,636 66.14
WP Abdul Salim Bin Harun
Gopal Krishnan
Han Su May
Lee Wai Leng
Tan Kian Hwee Melvin
Yaw Shin Leong
49,479 33.86

RujukanSunting

Pautan luarSunting

Ucapan
  • "Transcript of Prime Minister Lee Hsien Loong's National Day Rally English Speech on 19 August 2007 at NUS University Cultural Centre". Ministry of Information, Communications and the Arts (Singapore). 2007-08-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2008-08-19.
  • "Transcript of Prime Minister Lee Hsien Loong's National Day Rally 2008 Speech at NUS-UCC on 17 August 2008". Singapore Government Press Centre. 2008-08-17. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-20. Dicapai pada 2012-01-25.
Sumber dalam talian
Jawatan politik
Didahului oleh
Goh Chok Tong
Perdana Menteri Singapura
2004 – kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
Richard Hu Tsu Tau
Menteri Kewangan
2001 – 2007
Diikuti oleh:
Tharman Shanmugaratnam
Didahului oleh
Goh Chok Tong
Timbalan Perdana Menteri Singapura
1990 – 2004
Diikuti oleh:
Tony Tan Keng Yam
Didahului oleh
Tony Tan Keng Yam
Menteri Antarabangsa dan Industri
1986 – 1992
Diikuti oleh:
Suppiah Dhanabalan
Kerusi dewan
Didahului oleh
Kawasan baru
Anggota Parlimen Teck Ghee
1984 – 1991
Diikuti oleh:
Kawasan digugurkan
Didahului oleh
Kawasan baru
Anggota Parlimen GRC AMK
1991 – kini
Pemegang jawatan kini