Lee Jae-yong (이재용; lahir 23 Jun 1968), juga dikenali di Barat sebagai Jay Y. Lee,[4] merupakan tokoh perniagaan Korea Selatan dan Naib Pengerusi Kumpulan Samsung, berkhidmat sebagai ketua de facto. Beliau merupakan anak sulung dan satu-satunya anak lelaki Hong Ra-hee dan Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung, dan dianggap secara meluas sebagai bakal pengganti bapanya.[5] Beliau dirujuk sebagai "Putera Mahkota Samsung" oleh media Korea Selatan, dan bertutur bahasa Korea, Inggeris dan Jepun.[6] Lee dianggarkan bernilai AS$7.9 bilion, menjadikan beliau sebagai orang terkaya ketiga di Korea Selatan.[7]

Lee Jae-yong
Lee pada 2016
Kelahiran
이재용

(1968-06-23) 23 Jun 1968 (umur 55)
Pusat pendidikanUniversiti Kebangsaan Seoul
Universiti Keio
Sekolah Perniagaan Harvard
PekerjaanNaib Pengerusi Samsung
Nilai bersihUS$6.7 bilion (Oktober 2018)[1]
Pasangan임세령 (Lim Se-ryeong)
(1997–2009; bercerai)[2]
Anak-anakLee Ji-ho
(이지호, 2000)
Lee Won-ju
(이원주, 2004)[3]
Ibu bapaLee Kun-hee
Hong Ra-hee
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanI Jaeyong
McCune–ReischauerYi Chaeyong

Pada tahun 2014, Lee dinamakan orang paling berkuasa ke-35 dan orang Korea paling berkuasa oleh Forbes Magazine's List of The World's Most Powerful People bersama-sama bapanya.[8]

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Jae-yong dilahirkan di Seoul, Korea Selatan kepada Lee Kun-hee. Beliau menerima B.A. dalam sejarah Asia Timur di Universiti Kebangsaan Seoul,[9] dan M.B.A. di Universiti Keio. Beliau menghadiri Sekolah Perniagaan Harvard selama lima tahun untuk mendapatkan ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan, tetapi tidak menerima graduan.[10]

Kerjaya di Samsung sunting

Jae-yong mula bekerja untuk Samsung pada 1991. Beliau mula berkhidmat sebagai Naib Presiden Perancangan Strategi dan kemudian sebagai "Ketua Pegawai Pelanggan", jawatan pengurusan yang dicipta khas untuk Lee. Prospek beliau untuk kepimpinan masa depan syarikat tercetus selepas Kun-hee meletakkan jawatan sebagai Pengerusi akibat pengelakan cukai.[11] Pada Disember 2009, Walau bagaimanapun, prospek penggantiannya kembali apabila Lee menjadi Ketua Pegawai Operasi Samsung Electronics. Sejak Disember 2012, beliau telah menjadi Naib Pengerusi Samsung. Beliau ialah salah satu pemegang saham utama anak syarikat perkhidmatan kewangan Samsung, yang memiliki 11 peratus daripada Samsung SDS.[6]

Kehidupan peribadi sunting

Lee jarang muncul di khalayak dan mengelakkan publisiti. Beliau mempunyai dua adik perempuan, Lee Boo-jin, Lee Seo-hyun, dan merupakan abang sulung mendiang Lee Yoon-hyung.[12]

Beliau mempunyai dua anak dari perkahwinannya dengan Lim Se-ryung, yang beliau bercerai pada 2009.[13][9] Lee mempunyai hobi bermain golf dan menunggang kuda.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ "Jay Y. Lee", Forbes (profile), dicapai pada 8 February 2015
  2. ^ "임세령 이재용 부부, 이혼소송 중…사실상 별거상태", Star Seoul (News), 13 February 2009
  3. ^ "둘째딸 낳은 삼성전자 이재용 상무 부인 임세령", The Dong-a Ilbo (News), dicapai pada 22 July 2016
  4. ^ "A Chinese Court Rejects Arrest of Samsung Heir Jay Y. Lee". Bloomberg L.P. 2017-01-18. Dicapai pada 2017-08-07.
  5. ^ "Samsung heir Lee Jae-yong arrested in South Korea" (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 2017-02-17. Dicapai pada 2017-08-07.
  6. ^ a b "All Eyes Are On Samsung's 'Crown Prince'".
  7. ^ "Jay Y. Lee". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-08-07.
  8. ^ "The World's Most Powerful People".
  9. ^ a b c "Jay Lee, Samsung's unassuming heir apparent". Reuters. 5 December 2016.
  10. ^ Lee, Jungah; Clenfield, Jason (26 August 2014). "Samsung Low-Profile Heir Poised to Succeed Father Seen as a God". Bloomberg L.P.
  11. ^ "Technology - Bloomberg".
  12. ^ 李在镕、李富真、李叙显今日将齐聚新上任高管晚宴. Retrieved 2016-08-12
  13. ^ "Jay Y. Lee".

Pautan luar sunting