Lee Man Fong adalah seorang pelukis terkenal Indonesia yang dilahirkan di Guangzhou, China, tahun 1913.[1][2] Beliau pernah menjadi pelukis istana di Indonesia antara tahun 1961-1965.[2]

Masa muda sunting

Lee Man Fong dan saudara-saudaranya semasa kecil dibawa bapanya berhijrah dari China ke Singapura, dan bapanya meninggal dunia di Singapura tahun 1930.[2] Di masa mudanya, beliau belajar melukis dan menggambar iklan.[2] Beliau berpindah ke Indonesia di zaman pra-kemerdekaan.[2]

Kerjaya sunting

Pada tahun 1946, Beliau mengadakan pameran solo di Jakarta.[2] Leftenan Gabenor-Jeneral Van Mook bahkan memberinya biasiswa Malino, dan beliau kemudian mengadakan pameran lukisan di Eropah.[2] Setelah pulang kembali ke Indonesia, beliau mengasaskan kumpulan seni Yin Hua bagi para pelukis Cina Indonesia pada tahun 1955.[1] Kumpulan Yin Hua sering mengadakan pameran, dan juga sempat datang ke China untuk pameran pada tahun 1956.[2]

Ketika Dullah, kurator dan pelukis istana presiden meletak jawatan pada tahun 1961, beliau mengesyorkan Lee Man Fong sebagai penggantinya, dan Soekarno segera bersetuju.[3] Man Fong pada saat itu mendapat gaji sebanyak Rp. 5,000 per bulan,[2] dan secara rasmi beliau yang sebelumnya berkewarganegaraan China kemudian menjadi warganegara Indonesia.[3] Sebagai salah seorang pelukis istana, Man Fong menambah kepada hasil kerja Dullah sebelumnya, untuk menghasilkan buku Lukisan-lukisan dan Patung-patung Koleksi Presiden Sukarno, yang dicetak pada tahun 1964 sebanyak 5 jilid.[3]

Apabila kegawatan politik sebelum kejatuhan Orde Lama berlaku di Indonesia pada tahun 1965, Lee Man Fong yang tidak berpolitik terpaksa "melarikan diri" ke Singapura.[3]

Pada bulan April 2010, seorang kolektor membeli lukisan karya Lee Man Fong Bali Life seharga US$ 3,240,000, dan membuatnya menjadi lukisan Asia Tenggara paling mahal yang pernah dilelong.[4]

Gaya melukis sunting

Gaya melukis Lee Man Fong merupakan campuran antara latihan lukis ala Eropahnya dengan sapuan berus ala Cina.[1] Karya-karyanya yang secara teknikal dan estetika terlihat manis dan sempurna banyak digemari oleh para pengumpul lukisan, satu daripadanya adalah Soekarno, presiden Indonesia yang pertama.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Burton, Deena (2009). Sitting at the Feet of Gurus: The Life and Dance Ethnography of Claire Holt. Xlibris Corporation. ISBN 9781462835881. pp. 117.
  2. ^ a b c d e f g h i Hero Triatmono, penyunting (2010). Kisah istimewa Bung Karno. Penerbit Buku Kompas. ISBN 9789797095031. pp. xvi-xvii.
  3. ^ a b c d e Hero Triatmono, penyunting (2010). Kisah istimewa Bung Karno. Penerbit Buku Kompas. ISBN 9789797095031. pp. 223-225.
  4. ^ Wassener, Bettina (April 6, 2010). "Asian Art Auction Sets Records for Artists". The New York Times.