Lee Nak-yon (bahasa Korea:이낙연, lahir 5 Disember 1951), juga dikenali sebagai Lee Nak-yeon, adalah seorang ahli politik Korea Selatan yang juga Perdana Menteri Korea Selatan ke-45.[1][2] Beliau pernah berkhidmat sebagai gabenor wilayah Jeollanam-do.[1] Sebelum berkhidmat sebagai gabenor, beliau bekerja sebagai seorang wartawan untuk Dong-a Ilbo dan berkhidmat sebagai ahli Perhimpunan Kebangsaan selama empat penggal.

Lee Nak-yon
이낙연
Perdana Menteri Korea Selatan ke-45
Memegang jawatan
31 Mei 2017
PresidenMoon Jae-in
Didahului olehYoo Il-ho (Pemangku)
Digantikan olehChung Sye-kyun
Gabenor Wilayah Jeolla Selatan ke-37
Dalam jawatan
1 Julai 2014 – 10 Mei 2017
Didahului olehPark Jun-young
Digantikan olehKim Gap-seop (Pemangku)
Ahli Perhimpunan Kebangsaan
Dalam jawatan
30 Mei 2000 – 15 Mei 2014
Didahului olehKim In-gon
Digantikan olehLee Gae-ho
Kawasan pilihan rayaDamyang
Hampyeong
Yeonggwang
Jangseong
Butiran peribadi
Lahir (1951-12-05) 5 Disember 1951 (umur 72)
Daerah Yeonggwang, Wilayah Jeolla Selatan, Korea Selatan
Parti politikDemokrat
PasanganKim Suk-hee
Anak-anak1
Alma materUniversiti Kebangsaan Seoul
Tandatangan

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Lee dilahirkan pada 5 Disember 1951 di Daerah Yeonggwang di Wilayah Jeolla Selatan. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Seoul dengan ijazah dalam undang-undang, beliau bekerja sebagai seorang wartawan untuk akhbar harian Dong-a Ilbo sehingga tahun 2000.[3]

Kerjaya awal politik sunting

Beliau menyertai politik pada tahun 2000 "berdasarkan hubungan beliau dengan bekas Presiden Kim Dae-jung beliau tubuhkan ketika membuat liputan politik."[4] Selepas berkhidmat untuk Dong-a Ilbo, beliau dipilih sebagai ahli Perhimpunan Kebangsaan pada tahun 2000 dan berkhidmat selama empat penggal.[2] Beliau juga berkhidmat sebagai jurucakap bekas Presiden Roh Moo-hyun ketika beliau menjadi presiden terpilih pada tahun 2002.[5]

Perdana Menteri sunting

Pada 10 Mei 2017, beliau telah dicalonkan oleh Presiden Moon Jae-in untuk menjadi Perdana Menteri Korea Selatan, menggantikan Hwang Kyo-ahn. Beliau meninggalkan jawatan sebagai Gabenor Wilayah Jeolla Selatan pada hari yang sama.

Beliau dilihat sebagai mempunyai hubungan rapat dengan ahli politik Jepun utama, setelah berkhidmat bertahun-tahun sebagai pegawai kanan di Kesatuan Ahli Parlimen Korea-Jepun. Lee fasih berbahasa Jepun.[6]

Kehidupan peribadi sunting

Lee telah dikurniakan satu cahaya mata.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "文대통령, 국무총리 이낙연·국정원장 서훈·비서실장 임종석·경호실장 주영훈 지명". Mbn.mk.co.kr. 2017-05-10. Dicapai pada 2017-05-10.
  2. ^ a b "Korea's new president announces key Cabinet picks". Arirang. Dicapai pada May 11, 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ "Moon Taps South Jeolla Province Governor as New PM". Dicapai pada 2017-05-11.
  4. ^ a b "(LEAD) (profile) Moon's premier pick is based in liberal stronghold, has broad political ties". Yonhap News Agency. Dicapai pada 2017-05-11.
  5. ^ "S. Jeolla governor tapped as PM nominee", Korea Times, May 10, 2017 .
  6. ^ "South Korean prime minister pick seen as point man on Japan", Nikkei Asian Review, May 11, 2017 .