Lee Un-ju (Bahasa Korea: 이언주, 8 November 1972 ~ ) merupakan peguam[1] dan ahli politik Korea Selatan yang sedang menjawat ahli Perhimpunan Kebangsaan untuk kawasan ke-2 bandar Gwangmyeong sejak 2012. Sebelum ini, beliau pernah menjawat sebagai timbalan ketua berparlimen Parti Bersatu Demokratik pada 2012 dan Parti Nasional pada 2017.[2][1]

Lee Un-ju
이언주
Ahli Perhimpunan Kebangsaan
Memegang jawatan
1 Jun 2012
Didahului olehChun Jae-hui
Kawasan pilihan rayaKawasan ke-2 Gwangmyeong
Butiran peribadi
Lahir (1972-11-08) 8 November 1972 (umur 51)
Daerah Yeongdo, Busan, Korea Selatan
KewarganegaraanKorea Selatan
Parti politikNonpartisan
Sekutu gabungan
politik lain
Parti Bersatu Demokratik (2012-2013)
Parti Demokratik (2013-2014)
Gabungan Demokrasi dan Politik Baru (2014-2015)
Parti Demokratik Bersama (2015-2017)
Parti Nasional (2017-2018)
Parti Masa Depan yang Benar (2018-2019)
PasanganChoi Won-jae
Anak-anak1 anak lelaki
Alma materUniversiti Kebangsaan Seoul
PekerjaanPeguam, ahli politik
Tandatangan

Kehidupan awal sunting

Dilahirkan di Daerah Yeongdo, Busan,[3] Lee membesar di Singapura.[4][5] Beliau menuntut Bahasa Perancis di Universiti Kebangsaan Seoul,[3] dan lulus dalam Peperiksaan Kehakiman 1997.[2] Beliau terpaksa bekerja sambilan kerana bisnes bapanya telah bangkrap semasa krisis ekonomi pada 1997.[1] Ibunya telah meninggal dunia pada 2011.[1]

Pada 2000-an, Lee pernah bekerja sebagai usahawan di S-Oil dan Renault Samsung Motors.[2][3]

Politik sunting

Pada awal 2012, Lee dibawa ke Parti Bersatu Demokratik (kini Parti Demokratik Bersama aka PDB) oleh presidennya, Han Myung-sook.[6] Beliau dicalonkan sebagai calon MP untuk kawasan ke-2 Gwangmyeong, dan mendahului Chun Jae-hui dari Parti Saenuri.[7][1][6] Beliau dipilih semula untuk kawasan yang sama pada 2016.[6]

Sewaktu pilihan presiden pada 2017, Lee mengkritik Moon Jae-in, calon presiden PDB.[8] Pada 6 April, beliau berpindah ke Parti Nasional dan menyokong calonnya, Ahn Cheol-soo.[8][7][6] Masa itu penarafan kelulusan Ahn yang setinggi Moon akibat penyokongan daripada beberapa ahli-ahli politik yang menentang Moon.[6] Meskipun, Ahn hilang popularitinya dan kecundang sebagai ke-3 (21.41%), kira-kira separuh daripada Moon.[6]

Lee bertanding sebagai Presiden parti pada 27 Ogos, tetapi kalah. Beliau setuju dengan gabungan partinya dengan Parti yang Benar lalu sertai Parti Masa Depan yang Benar (BMP) pada awal 2018. Beliau pernah dijangka sertai Parti Korea Bebas.[9]

Pada 23 April 2019, Lee umum keluar parti BMP.[10][11]

Kedudukan politik sunting

Lee dahulu mengakui diri sebagai berhaluan tengah,[12] dan pernah mengkritik kerajaan Jepun yang berhaluan kanan.[13] Malah, beliau kini dikategorikan sebagai jauh kanan,[14] kerana menyokong ekonomi pasaran,[14] membanteras imigresen, ingini dasar keselamatan negara yang lebih kuat, dan berpendirian neokonservatisme.[15][16] Namun, beliau mendirikan diri sebagai tengah kanan liberal.[15][16]

Ekonomi sunting

Lee seorang kapitalis[12] menyokong ekonomi pasaran dan membantah peningkatan gaji minimum[12] dan dasar pro-buruh. Beliau menyelar dasar ekonomi Presiden Moon sebagai sosialisme,[17] dan menyebut bahawa "Amerika Syarikat bersejahtera kerana kapitalisme".[12] Beliau tidak menentang demokrasi ekonomi tetapi mengatakan bahawa "makna asalnya disalah fahami kerana kuasa sosialis".[18]

Lee terpaksa menerima kritikan daripada buruh-buruh setelah menggelarkan aunty kantin sekolah sebagai "mak cik memasak".[6]

Imigresen sunting

Lee memanggil orang pelarian ke Pulau Jeju sebagai "palsu nak cari kerja dan duit" dan membanterasnya.[18] Kata beliau, kuasa konservatif Korea Selatan harus memastikan pendirian terhadap dasar imigresen".[15][16] Beliau ingin mengurangkan pekerja asing dan menyebut bahawa kerajaan perlu mengutamakan warga tempatan.[15][16] Lee juga menyokong dasar lebih kuat terhadap PATI (pendatang asing tanpa izin).[15]

Kehidupan peribadi sunting

Lee mengahwini Choi Won-jae, pensyarah daripada Universiti Kyung Hee.[19] Mereka dikurniakan seorang anak lelaki pada 2009.

Keputusan pilihan raya sunting

Tahun Kawasan Parti politik Undian (%) Menang atau kalah?
2012 Gwangmyeong (Kawasan ke-2) PBD 50.09% Menang
2016 Gwangmyeong (Kawasan ke-2) PDB 52.18% Menang

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e "이언주 의원은 누구? 왜 정치를 시작하게 되었을까?". 28 April 2018. Dicapai pada 21 November 2018.
  2. ^ a b c "이언주 프로필". Dicapai pada 21 November 2018.
  3. ^ a b c "이언주 "21대 총선은 '운동권 세력' 심판하는 선거돼야"". 14 November 2018. Dicapai pada 21 November 2018.
  4. ^ "남편이 매일 아침 먹여주는 비타민~이언주의 에너지 비결". 26 September 2018. Dicapai pada 21 November 2018.
  5. ^ "'文 정권 폭주' 맞서는 이언주 바른미래당 의원". 27 Oktober 2018. Dicapai pada 21 November 2018.
  6. ^ a b c d e f g "'보수의 여전사' 이언주, 그 종착지가 궁금하다". 7 November 2018. Dicapai pada 21 November 2018.
  7. ^ a b "이언주 의원, 민주당 탈당과 함께 국민의당 입당 선언". 7 April 2017. Dicapai pada 21 November 2018.
  8. ^ a b "<색다른 시선, 김종배입니다> 이언주"문재인, 앙샹레짐(구체제)에 가까운 후보"". 6 April 2017. Dicapai pada 21 November 2018.
  9. ^ "이상돈 "이언주, 한국당 行?…본인도 좋고 한국당도 좋고"". 13 November 2018. Dicapai pada 21 November 2018.
  10. ^ "이언주 "바른미래에 남을 이유 없다" 탈당 선언…패스트트랙 반발(종합)". 23 April 2019. Dicapai pada 23 April 2019.
  11. ^ "이언주, 바른미래당 탈당..."新보수의 길 갈 것"". 23 April 2019. Dicapai pada 23 April 2019.
  12. ^ a b c d "이언주 "급격한 최저임금 인상은 경제적 자살"". 21 November 2018. Dicapai pada 21 November 2018.
  13. ^ "민주 "막가파식 日정치권 우경화 우려"". 26 April 2013. Dicapai pada 21 November 2018.
  14. ^ a b "'극우본색' 이언주 "이해찬은 북한 김정은이 '동지'이고 보수가 '주적'이냐"". 9 Oktober 2018. Dicapai pada 21 November 2018.
  15. ^ a b c d e "이언주 "외국인 노동자, 자국민과 똑같이 취급해야 하나"". 21 November 2018. Dicapai pada 21 November 2018.
  16. ^ a b c d "이언주는 '젊은 세대'로서 '자국민 중심주의'를 외친다". 21 November 2018. Dicapai pada 21 November 2018.
  17. ^ "[듣고보니] 9·13 후속조치…이언주 ˝사회주의냐˝vs 이해식 ˝악용 사례 막아야˝". 12 Oktober 2018. Dicapai pada 21 November 2018.
  18. ^ a b "이언주 "운동권 좌파 몰아내는 게 나의 꿈"". 21 November 2018. Dicapai pada 21 November 2018.
  19. ^ "이언주 의원 남편은 누구?..."요리 잘해"". 28 November 2017. Dicapai pada 21 November 2018.

Pautan luar sunting