Leez Rosli
Rosliza "Leez" Rosli (lahir 12 November 1987)[2] merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia Musim 4. Beliau berasal dari Paya berenjut Kemaman.Terengganu.[3] Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Desa Tun Hussein Onn, Cheras, Kuala Lumpur.
Leez Rosli | |
---|---|
![]() Leez dalam kulit album Merah Itu Cinta | |
Kelahiran | Rosliza binti Rosli 12 November 1987 |
Nama lain | Argo[1] |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2006–kini |
Pasangan | Aepul Roza (k. 2015) |
Anak-anak | 2 |
Penglibatan dalam Akademi FantasiaSunting
Leez Rosli diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua calon pelajar yang terpilih (daripada sepuluh orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.
Leez Rosli tidak berjaya memasuki Akademi Fantasia pada Konsert prelude. Seterusnya, Leez dibawa masuk bersama tujuh peserta yang lain ke konsert AFMASUK bagi merebut peluang terakhir untuk melangkah ke peringkat akhir bersama empat finalis yang sedia ada tetapi tidak berjaya.
Lagu-lagu yang didendangkan di Akademi FantasiaSunting
Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ketika konsert prelude[4] dan konsert mingguan AF yang seterusnya:
- Konsert Prelude : Kasih - dinyanyikan asal oleh Hetty Koes Endang
- Konsert Ketujuh : Ku Gembira Disampingmu - dinyanyikan asal oleh Datuk Khadijah Ibrahim
selepas penyingkirannya dalam program AF, Leez Rosli dipanggil untuk menjalani uji bakat berlakon sebuah rancangan bersiri terbitan Astro iaitu Astana Idaman. Selepas itu dia telah mendapat tawaran dari produser Datuk Yusof Haslam, untuk berlakon drama Sembilu Kasih. Dia juga tleah menjadi artis syarikat rakaman Toba Records.[5]
Kehidupan peribadiSunting
Leez Rosli telah mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2014 dengan suaminya yang juga vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza. Leez Rosli juga telah mengambil keputusan untuk berhijab penuh selepas berkahwin. Leez pernah mengandung dan keguguran pada 2015. Walau bagaimanapun, suaminya, Aepul Drama Band atau lebih dikenali dengan Aepul Roza reda dan menerima takdir ini dan akan lebih berusaha . Nampaknya, Tuhan memberikan peluang kedua buat Leez dan Aepul apabila Leez kini hamil dan sedang menunggu masa sahaja untuk bersalin.[6]
Leez dan Aepul sebelum ini telah bernikah di Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman Melati, Kuala Lumpur.
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2009 | Momok The Movie | Filem pertama | |
Pulau Asmara | |||
2012 | Sofazr The Movie - Jiwa Kacau | ||
2014 | Cerita Hantu Malaysia | ||
2015 | Ada Apa Dekat Bas Stop |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2006 | Astana Idaman (Musim 3) | Atiqah | Astro Ria | ||||||||
2010 | Siong | Tina | TV3 | 2011 | Wasiat Anak Dara | Astro Ria | |||||
2012 | Tiara | Kamelia | Astro Prima | ||||||||
2013 | Karlos | Didi | TV3 | ||||||||
2014 | Romi Cinta Julia | Juliana | |||||||||
Dosa Seorang Suami | Shila | ||||||||||
2015 | Padamu Aku Bersujud | Sakinah | |||||||||
Dia Isteri Luar Biasa | Nurul Fatiha | ||||||||||
Tabuh Merdeka | TV AlHijrah | ||||||||||
Bukan Isteri Sempurna | Rinsha | TV3 |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2012 | Pendekar Durian Lempuk | Azizah | Astro Prima |
2012 | Bomoh Temberang | Shila | Astro Prima |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2021 | Famili Duo | Pasangan suami | TV3 |
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Artis Jemputan Wanita Hari Ini
- ^ "Leez terbeban dengan watak mencabar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-12. Dicapai pada 2015-07-11.
- ^ 49 GAMBAR - SEKITAR PERNIKAHAN LEEZ AF4 & AEPUL DRAMA BAND.
- ^ "Leez gagal tapi bertuah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-12. Dicapai pada 2015-07-11.
- ^ "Leez gagal tapi bertuah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-12. Dicapai pada 2015-07-11.
- ^ Leez Rosli sedia bergelar ibu