Leftenan (tentera laut)
Leftenan (singkatan Lt atau Left.) merupakan pangkat tentera bagi pegawai bertauliah kedua terbawah di dalam kebanyakan angkatan tentera terutamanya Tentera Darat Malaysia. Perkataan leftenan diterbitkan daripada bahasa Perancis; lieu bermaksud "berada dalam" seperti satu kedudukan; dan tenant bermaksud "menyandang" seperti "menyandang kedudukan"; oleh itu "leftenan" adalah seseorang yang menyandang kedudukan sekiranya ketidak hadiran pegawai lebih kanan dari beliau.
Insignia Tentera Darat Malaysia
suntingPegawai tentera darat yang berpangkat Leftenan memakai dua "paku" di epolet.
Tentera Laut Diraja Malaysia
suntingLeftenan TLDM ialah salah satu pangkat pegawai muda dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia. Leftenan (TLDM) berbeza dengan Leftenan dalam Tentera Darat dan Leftenan TUDM malah lebih kanan dari kedua-dua pangkat tersebut. Leftenan setaraf dengan Kapten Tentera Darat dan Kapten TUDM. Pangkat Leftenan juga diwarisi daripada sistem pangkat British seperti kebanyakan struktur pangkat Angkatan Tentera Malaysia. Seorang Leftenan setara dengan Lieutenant dalam kebanyakan tentera laut di dunia.
Insignia
suntingPegawai yang berpangkat Leftenan memakai dua "balak" di epolet dan di pergelangan pada baju musim sejuk.