Leftenan Adnan (filem)
Leftenan Adnan merupakan sebuah filem patriotik Malaysia 2000 yang diarahkan oleh Aziz M. Osman dan dibintangi oleh Hairie Othman, Umie Aida, Rambo Chin, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby dan Wahid Senario. Filem ini mengisahkan perjuangan Leftenan Adnan dalam menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Filem ini telah ditayangkan pada 31 Ogos 2000. [2]
Leftenan Adnan | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Aziz M. Osman |
Penerbit | Jeneral Dato' Seri Md. Hashim Hussein Aziz M. Osman |
Penulis |
|
Lakon layar oleh | Aziz M. Osman |
Dibintangi oleh | |
Muzik oleh | Azman Abu Hassan |
Sinematografi | Badarudsin Hj Azmi |
Disunting oleh | Aziz M. Osman |
Syarikat penerbitan | Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan Malaysia Paradigm Film Grand Brilliance Sdn. Bhd |
Mula ditayangkan | 31 Ogos 2000 |
Tempoh tayangan | 116 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Perbelanjaan | RM 2.5 Juta |
Pecah panggung | RM 1.08 Juta[1] |
SinopsisSunting
Pada tahun 1934, Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dikunjungi oleh anggota tentera British yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi berminat menjadi tentera, namun ibubapa beliau tidak merestui kemahuannya itu. Adnan nekad, bersama beberapa orang rakan, mereka keluar dari kampung dan menuju ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson.
Di situ mereka mendaftarkan diri dan menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Adnan melayakkannya terpilih sebagai rekrut terbaik dan seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Kolor Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI di London.
Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Ketika Perang Dunia Kedua, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh.
PelakonSunting
- Hairie Othman sebagai Leftenan Adnan
- Umie Aida sebagai Safiah
- Farid Amirul sebagai Mejar Fujiwara
- Faizal Hussein sebagai Prebet Ayob
- Rusdi Ramli sebagai Prebet Malik
- Shaharuddin Thamby sebagai Ibrahim Yaakob
- Wahid Senario sebagai Ismail Malim Mas
- M. Osman sebagai Pak Saidi
- Sherie Merlis sebagai Tumirah
- Rambo Chin sebagai Jeneral Yamashita
- TS Jeffry sebagai Lai Tek
- Yank Kassim sebagai Bo Seng, orang kanan Lai Tek
- Zul Yahya sebagai Ahmad
- Johan Abdullah sebagai Kapten H R Rix
- Mejar Mohd Razak Omar sebagai Sarjan Ngah
- Koperal Wan Shakri Wan Fe sebagai Prebet Ali
PenerbitanSunting
Azri Iskandar asalnya memegang watak Leftenan Adnan sebelum disingkirkan kerana masalah disiplin. Azri Iskandar pula mengatakan dirinya terpaksa mengikut arahan penerbit dan pengarah secara membuta tuli walaupun terdapat percanggahan fakta dalam pembikinan filem ini.[3] Beliau telah digantikan oleh Hairie Othman. Hairie terpaksa melakonkan semula 12 babak yang telah dilakonkan oleh Azri.[4] Filem ini menjalani pengambaraan di Perak.
Anugerah dan pencalonanSunting
Anugerah | Kategori | Penerima | Hasil |
---|---|---|---|
Festival Filem Asia Pasifik ke-45, 2000 | Penataan Bunyi Terbaik | Azman Abu Hassan | Menang |
Anugerah Khas Juri | Jeneral Dato' Seri Md. Hashim Hussein Aziz M. Osman |
Menang | |
Festival Filem Malaysia ke-15 | Filem Terbaik | Jeneral Dato' Seri Md. Hashim Hussein Aziz M. Osman |
Menang |
Anugerah Khas Juri | Menang | ||
Pengarah Terbaik | Aziz M.Osman | Menang | |
Penataan Seni Terbaik | Wan Nazrul Ashraff | Menang |
SambutanSunting
Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM2.5 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM1,075,697.85.
Mesingan Jenis LewisSunting
Lewis gun yang sering diguna pakai oleh Leftenan Adnan dalam filem ini ialah sebenarnya bukan model asal mesingan jenis itu. Ianya hanyalah mocked up model, dimana mesingan sedia ada dijadikan prop supaya mirip mesingan yang terkenal dengan muncung besar itu. Perbezaan jelas ketara dapat disaksikan dengan magazine peluru Lewis gun digunapakai dalam filem ini berbentuk bulat dan besar, manakala skala asal ianya hanyalah berbentuk cakera, dimana lebih nipis,ringan dan berwarna coklat. bukan hitam seperti dalam filem ini.
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2000 - ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0818&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=et_04.htm
- ^ http://www.filemkita.com/khys/leftenan_adnan_01.html
- ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0301&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=et_03.htm