Leftenan Zana ialah siri drama ketenteraan Malaysia 2019 arahan Azman "Jinggo" Yahya, dibintangi oleh Janna Nick sebagai Zana. Ia mengisahkan mengenai impian Zana yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya.[1] Siri ini mula disiarkan dari 8 Februari 2019 hingga 15 Mac 2019 di Slot Lestary TV3, menggantikan Aku Cinta Dia.[2]

Leftenan Zana
GenreDrama, ketenteraan
Ditulis olehSofia J. Rhyland
PengarahAzman "Jinggo" Hj. Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Mata" oleh Ayda Jebat
Lagu penutup"Mata" oleh Ayda Jebat
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod16
Penerbitan
Penerbit eksekutifUzair Haqimy
Luth Mikail
PenerbitSheila Rusly
PenyuntingKhairul Zaman Abu Bakar
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran42–43 minit
Syarikat penerbitan
JS Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal8 Februari 2019 – 15 Mac 2019
Kronologi
MengikutiAku Cinta Dia
Diikuti olehCinta Non Grata

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis sunting

Mengisahkan mengenai impian Zana yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya. Zana adalah anak perempuan bongsu Rahmat dan Mah. Sejak kecil, Zana sangat rapat dan manja dengan bapanya sehinggakan dia ingin menjadi seorang askar seperti bapanya. Malangnya, Rahmat tidak suka dan tidak akan membenarkan Zana untuk menyertai bidang ketenteraan. Rahmat lebih mengharapkan Zaidi, anak lelaki sulungnya untuk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat.

Walaupun dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Zana telah terpilih untuk menjalani ujian saringan di Port Dickson dan ditemani sahabat baiknya, Tisya dan Abby. Abby tidak mengikuti ujian saringan itu. Keputusan dari ujian tersebut menyaksikan Zana berjaya diterima sebagai pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di PUSASDA. Manakala Tisya gagal dan mengambil keputusan untuk mencari pekerjaan di Kuala Lumpur. Pada mulanya, Zana berbohong mengatakan bahawa dia diterima bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, di saat akhir Zana berterus terang kepada Rahmat dan ibunya, Mah.

Walaupun marah, Rahmat tetap menghantar Zana ke kem untuk latihan. Rahmat pasti Zana tidak akan bertahan lama di sana. Ujian Zana bermula dan ternyata apa yang dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar. Selain Sarjan Qamar yang menggerunkan, Zana tertekan dengan pelbagai latihan yang memenatkan fizikal dan mental. Di kem juga Zana turut dibuli oleh Raz yang membencinya. Sehinggalah suatu hari, Zana tekad membuat keputusan untuk melarikan diri daripada kem.

Namun usahanya gagal. Tidak hanya cabaran di kem yang harus Zana tempuhi, malah dia turut tertekan dengan perkahwinan kekasih dan sahabat baiknya iaitu Faiz dan Tisya. Zana sedih dan kecewa apabila Faiz memutuskan hubungan mereka yang sudah bertaut sejak zaman universiti lagi melalui SMS. Abby memberitahu Zana tentang pengkhianatan yang dilakukan oleh Tisya akibat ibu Faiz tidak menyukai Zana. Ini memberi peluang kepada Kapten Haniff, salah seorang pegawai yang mengendalikan kadet baru untuk mendapatkan hati Zana. Zana kurang selesa dengan tindakan berani Kapten Haniff sehingga dia belum bersedia untuk bercinta lagi dan ingin menggapai impiannya. Raz yang juga meminati Kapten Haniff, tidak menyenangi dengan tindakan Kapten Haniff yang ingin mendekati Zana. Kapten Haniff juga sering meminta pertolongan rakan baiknya, Kapten Mustakim untuk meletakkan hadiah serta kad kepada Zana secara senyap di bilik dorm Zana.

Sewaktu Kapten Haniff menghantar Zana pulang ke Kuala Lumpur kerana cuti, Rahmat menyukai Kapten Haniff. Tanpa disangka rupanya arwah bapa Kapten Haniff merupakan kawan kepada Rahmat sewaktu mereka berkhidmat untuk MALBATT di Lubnan. Rahmat ingin sekali menyatukan Zana dengan Kapten Haniff. Sudah tentu Kapten Haniff menyetujui jika keluarga mereka ingin menjodohkannya dengan Zana. Kapten Haniff menggunakan kesempatan pertolongan keluarga Zana demi merapatkan lagi hubungan mereka.

Pelakon sunting

Pelakon Utama sunting

  • Janna Nick sebagai Leftenan Zanariah / Zana Rahmat, pegawai Rejimen Askar Jurutera Diraja (PARA).
  • Tunku Hanis sebagai Leftenan Razlina / Raz Hashim, pesaing Zanariah dalam ATD.
  • Sheila Rusly sebagai Sarjan Qamar, anggota Rejimen Semboyan Diraja dan jurulatih kadet.
  • Redza Rosli sebagai Kapten Haniff, pegawai Rejimen Askar Melayu DiRaja Para
  • Nazrief Nazri sebagai Zaidi Rahmat, abang kepada Leftenan Zanariah dan anak sulung Mejar Rahmat dan Mah.
  • Hairie Othman sebagai Mejar (B) Rahmat, pemilik syarikat katering dan bekas pegawai tentera.
  • Sue Sophie sebagai Mah, Isteri kepada Mejar (B) Rahmat dan ibu kepada Zaidi dan Zanariah.
  • Zarul Husin sebagai Arul, bekas suami Sarjan Qamar.
  • Aprena Manrose sebagai Tisya, bekas kawan Leftenan Zanariah.
  • Annie Mosha sebagai Abby, kawan Leftenan Zanariah.
  • Izzat Mushtaq sebagai Faiz, Suami Tisya dan bekas kekasih Zanariah.

Pelakon Pembantu sunting

  • Idzham Ismail sebagai Kapten Dr. Putera, pegawai perubatan hospital tentera.
  • Ameerul Asyraf sebagai Kapten Mustaqim, rakan Kapten Hanif.
  • Amalina sebagai Fida, kawan rekrut Leftenan Razlina.
  • Ena Pakwan sebagai Sha, kawan rekrut Leftenan Zanariah.
  • Shahriza Mahmud sebagai Datin Connie
  • Mohd Ruzni sebagai Dato' Iskandar
  • Jalayha Abdullah sebagai Sarina
  • Kay Maria sebagai Mak Raz

Pelakon Undangan sunting

  • Adi Ridzwan Abdullah sebagai Komandan Pusat Latihan Peperangan Khas (Episod 12)
  • Khairul Azmizal Ahmad Natal sebagai Panglima 10 Briged Para

Sambutan sunting

Penarafan sunting

Leftenan Zana mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat 25.5 juta tontonan merangkumi siaran televisyen dan platform digital menurut sumber dari Nielsen Audience Measurement.[4][5] Drama ini meraih ​11.5 juta penonton iaitu jumlah penarafan terkumpul sepanjang 16 episod sejak tayangan perdananya.

Episod akhir yang ditayangkan pada 15 Mac telah mencecah ​4 juta ​tontonan. Jumlah terkumpul tontonan di saluran YouTube rasmi TV3 dan Drama Sangat juga mencecah ​14 juta tontonan.[6]

PENARAFAN TV NIELSEN AUDIENCE MEASUREMENT
EPISOD PERTAMA EPISOD AKHIR ATAS TALIAN JUMLAH TONTONAN SUMBER
11.5 juta
4 juta
14 juta
25.5 juta
[4][5][6]

Kritikan sunting

Leftenan Zana mendapat kritikan daripada pegawai tentera yang mendakwa para pelakon drama tersebut tidak memakai pakaian seragam dengan piawaian yang betul. Beliau turut membandingkan drama ini dengan filem PASKAL yang mendapat pujian ramai kerana berjaya mempamer dan menonjolkan kredibiliti sebenar anggota tentera elit.[7]

Masa depan sunting

Meskipun Leftenan Zana mendapat sambutan, penerbitnya Sheila Rusly mengumumkan tidak akan menerbitkan kesinambungan drama ini.[8][9][10]

Rujukan sunting

  1. ^ Budiey (8 Februari 2019). Janna Nick Masuk Askar dalam Leftenan Zana Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  2. ^ "Drama Leftenan Zana (TV3)". MyInfotaip. 7 Februari 2019. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  3. ^ Leftenan Zana (2019): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 2 Jun 2020.
  4. ^ a b Sudirman Mohd Tahir (20 Mac 2019). Leftenan Zana catat 25.5 juta tontonan Harian Metro. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  5. ^ a b Dennis Chua (20 Mac 2019). #Showbiz: Leftenan Zana chalks up with 25 million viewers New Straits Times. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  6. ^ a b Norhayati Nordin (11 Mac 2019). Leftenan Zana raih 10 juta tontonan Harian Metro. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  7. ^ Bengang pakaian seragam dipermainkan, drama Leftenan Zana dikritik pegawai tentera Diarkibkan 2019-06-23 di Wayback Machine Oh My Media. 12 Februari 2019. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  8. ^ Amri Hassan (14 Mac 2019). Tak akan ada Leftenan Zana 2: Sheila Rusly Astro Gempak. Dicapai pada 3 Jun 2019.
  9. ^ Sheila Rusly kata tidak akan ada Leftenan Zana 2, tetapi... Media Hiburan (16 Mac 2019). Dicapai pada 3 Jun 2019.
  10. ^ Sudirman Mohd Tahir (25 Mac 2019). 'Tidak akan ada Leftenan Zana 2' - Sheila Rusly Harian Metro. Dicapai pada 3 Jun 2019.
: Lestary, Rabu - Jumaat 9:00 Malam
Sebelumnya Leftenan Zana Berikutnya
Aku Cinta Dia Cinta Non Grata