Pokok Lagundi (juga disebut Legundi) dengan nama saintifiknya "Vitex trifolia L." merupakan sejenis pokok renek yang mampu tumbuh setinggi lima meter. [1]

Pokok Lagundi
daun, benih (kiri), bunga (kanan)
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
V. trifolia
Nama binomial
Vitex trifolia

Ciri-cirinya sunting

Pokok Lagundi digambarkan sebagai kacukan antara pokok renek dan pokok batang berkayu. Ianya mampu tumbuh tinggi. Satu tangkai daun memegang 3 daunnya, dengannya daun berkilat di bahagian atas. Menurut kajian, daunnya juga mempunyai minyak pati dan resin.

Di sesetengah tempat ianya juga dikenali sebagai pokok Lemuni Putih, Dangla, Lipuk, Tigau, Three leaves chaste tree, Indian Privet dan Indian wild-pepper.

Berbeza dengan Pokok Lemuni Hitam (Vitex Trifolia var Negundo), di mana masyarakat tempatan terutama di sebelah utara semenanjung Malaysia gemar menggunakannya sebagai ulam-ulaman dan bahan campuran ketika memasak nasi lemak Lemuni. [2]

Kegunaan sunting

Ia sering digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat tempatan. Akarnya digunakan untuk pencegah kehamilan, rawatan selepas bersalin. Manakala batangnya pula digunakan untuk menyembuhkan bengkak dan eksim.

Biji pokok Lagundi juga digunakan sebagai pereda batuk, penyegar badan serta untuk merawat masalah rambut. Manakala buahnya digunakan sebagai ubat cacing dan melancarkan perjalanan haid.

Daun pokok Lagundi juga dikatakan berkhasiat serta digunakan untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan, mabuk, masuk angin, menurunkan suhu badan, meredakan kejang, serta batuk. Bagi wanita pula daunnya pula dikatakan berkhasiat bagi melancarkan haid serta membersihkan rahim.

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "GRIN Species Records of Vitex". Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. Dicapai pada 2010-12-12.
  2. ^ Spices Journey Nasi Lemak Lemuni 17 Mei 2012.


Senarai pokok  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z