Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Lelaki Itu Pemilik Hatiku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Heykal Hanifah, dibintangi oleh Puteri Aishah, dan Raja Afiq. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 31 Oktober 2017 menggantikan Titian Cinta. [1]

Lelaki Itu Pemilik Hatiku
GenreDrama
Cinta
Konflik
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Mr. Hot Guy karya Danisyarahmat
Ditulis olehMufid & NextScene Team
PengarahZul Huzaimy Marzuki
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanMenahan Rindu - Wany Hasrita
Lagu penutupAku Cinta - Ernie Zakri & Syamel
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod32 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohd Fariz Che Aziz
Nur Farhana Dato' Sri Zulkifli
PenerbitDato' A. Aida
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 6.58 Petang.
Syarikat penerbitan
(A.Aida Production Sdn.Bhd.)
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Siaran asal31 Oktober 2017 – 25 Disember 2017
Kronologi
MengikutiTitian Cinta
Diikuti olehKekasih Paksa Rela

SinopsisSunting

Mengisahkan Luqman (Raja Afiq), seorang anak orang kaya yang cuba memikat hati gadis bernama Nurin Karmila (Puteri Aishah) setelah dicabar oleh Andrea (Julia Farhana Marin), iaitu teman wanitanya sendiri. Andrea geram dengan sikap Luqman yang seakan-akan tidak serius dalam hubungan mereka.

Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini ini merupakan peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang merupakan calon menantu pilihan orang tuanya.

Luke jatuh hati terhadap Nurin Karmila, gadis yang bekerja disebuah kedai cenderamata. Luke menyahut cabaran Andrea dengan menetapkan syarat jika dia berjaya memikat hati gadis tersebut, Andrea akan tinggalkannya sebaliknya dia perlu mengahwini Andrea seperti diaturkan oleh ibu kedua-dua pihak.

Pada mulanya, Luqman menganggap bahawa mudah sahaja baginya untuk memikat Nurin Karmila yang berasal dari kampung itu. Ternyata anggapannya itu salah. Nurin Karmila paling ‘pantang’ berkawan dengan lelaki kaya, apatah lagi bercinta dengan lelaki seperti itu.

Maka kaedah daripada rakannya, Mokhtar diguna pakai. Kaedah pertama Gold and diamond, Kaedah kedua Hugs and Kisses, Kaedah ketiga Sleep tight. Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.

Semakin Nurin Karmila membenci, semakin sayang Luqman padanya. Sayangnya, hati Nurin Karmila sudah terpaut dengan Aiman (Syazuwan Hassan), iaitu lelaki yang pernah menyelamatkan dia dari nafsu Luqman dahulu. Pada saat Luqman pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula.

Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya?

PelakonSunting

Runut BunyiSunting

  • Menahan Rindu - Wany Hasrita
  • Dikoyak Waktu - Ronnie Husin
  • Aku Cinta - Syamel & Erni Zakri
  • Tergantung Sepi - Haqiem Ruslo

RujukanSunting

  1. ^ .Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku. MyInfoTaip. Dicapai 6 Ogos 2021