Lelaki Kelas Sebelah
Lelaki Kelas Sebelah adalah telefilem Malaysia 2019 sempena Anugerah Juara Lagu 33. Telefilem arahan Hadith Omar ini ditulis oleh Rehal Nuharis dan merupakan terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd.[1]
Lelaki Kelas Sebelah | |
---|---|
Genre | Drama Komedi |
Ditulis oleh | Rehal Nuharis |
Pengarah | Hadith Omar |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Ziela Jalil |
Penerbit | Ziela Jalil |
Tempoh siaran | 83 minit |
Syarikat penerbitan | Pena Creative Pictures Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 19 Januari 2019 |
SinopsisSunting
Selepas kematian ibu dan ayahnya, Nona (Nabila Razali) tinggal bersama mak cik dan abangnya, Bawan (Luqman Hafidz). Nona meminati Anas (Ismail Izzani), seorang penyanyi instafamous yang juga belajar di kolej yang sama dengannya. Namun rakan-rakannya, Kinah (Najua Nasir) dan Mira (Alya Iman) tidak menyokong Nona kerana bagi mereka, Anas tidak akan memandang pelajar kulinari seperti mereka yang hanya berpenampilan biasa-biasa sahaja. Namun Nona tetap dengan pendiriannya untuk berkawan dengan Anas dan sering mengintai Anas. Malah Anas juga tinggal di kondominium dengan keluarganya. Hubungan Nona dan Anas makin rapat, namun ditentang Bawan kerana pada Bawan Anas adalah seorang kaki perempuan kerana dia seorang instafamous.
Pelakon dan watakSunting
- Nabila Razali sebagai Nona
- Ismail Izzani sebagai Anas
- Alya Iman sebagai Mira
- Najua Nasir sebagai Kinah
- Luqman Hafidz sebagai Bawan
- Adam Shadan sebagai Kamil
- Nina Juren sebagai ibu Nona dan Bawan
Lagu temaSunting
- Si Cantik Aku - Nina Nadira
- Pematah Hati - Nabila Razali
- Cemburu - Nabila Razali
- Luar Biasa - Ismail Izzani
- Langit - Daiyan Trisha
RujukanSunting
- ^ "Lelaki Kelas Sebelah (TV3)". MyInfotaip. 19 Januari 2019.