Lelaki Macam Dia
Lelaki Macam Dia ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2016 arahan Hashim Rejab. Dibintangi oleh Azrel Ismail, dan Izreen Azminda. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 18 Julai 2016 menggantikan Assalamualaikum Cinta. [1]
Lelaki Macam Dia | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Komedi |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Mamat Muka Selenga karya Aliesha Kirana |
Ditulis oleh | Sofia J. Rhyland |
Pengarah | Hashim Rejab |
Dibintangi oleh | Azrel Ismail Izreen Azminda Akhmal Nazri Zera Hariz |
Lagu pembukaan | "Jangan Jangan" nyanyian Wani Kayrie |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 20 |
Syarikat penerbitan | Country & Universal Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Siaran asal | 18 Julai 2016 - 11 Ogos 2016 |
Kronologi | |
Mengikuti | Assalamualaikum Cinta |
Diikuti oleh | Si Kolot Suamiku |
Sinopsis Sunting
Mengisahkan tentang Fahmi dan Fatihah Husna yang tinggal berjiran. Apa sahaja yang dilakukan oleh si suara petir itu tidak kena dimata Husna. Sehingga digelar Mamat Muka Selenga kerana Husna lebih tertarik kepada bos ditempat kerjanya, Encik Aydan yang mirip pelakon Korea yang diminatinya. Lama kelamaan timbul perasaan sayang. Tetapi keduanya ego untuk mengakuinya. Segalanya berubah setelah sekembalinya Husna dari Korea setelah tamat pengajiannya. Fahmi didepannya sekarang bukanlah si Mamat Selenga yang dikenalinya dulu. Konflik mula timbul apabila mereka hampir bertunang dengan pilihan sendiri. Tetapi akhirnya bersatu kembali setelah satu kejadian lucu dikampung Fahmi.
Pelakon Sunting
- Azrel Ismail sebagai Fahmi Nazarul
- Izreen Azminda sebagai Nur Fatihah Husna
- Akhmal Nazri sebagai Encik Aydan Danial
- Sharisa Haris sebagai Sally
- Zera Hariz sebagai Hajar
- Elya Miera sebagai Lily
- Natasha Elyzza sebagai Nina
- Zulkifli Ismail sebagai Dato' Said
- Aleza Shadan sebagai
- Feiyna Tajudin sebagai
- Mak Wan sebagai
Rujukan Sunting
- ^ Drama Lelaki Macam Dia. MyInfoTaip. Dicapai 3 Ogos 2021