Lelakimu Yang Dulu (novel)

Lelakimu Yang Dulu ialah sebuah novel 2018 oleh penulis novel Malaysia, Farah Darianna, terbitan Karya Kreatif.[1] Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2019.[2]

Lelakimu Yang Dulu
Umum
PengarangFarah Darianna
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik, keluarga
Penerbitan
PenerbitIdea Kreatif
Tarikh penerbitan
Jun 2018 (cetakan pertama)
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman578
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789672035121

Sinopsis sunting

Bertemu, bercinta dan berkahwin. Mudah aturan hidup Hazrul dan Daliya. Tetapi bukan manusia namanya jika hidup tidak diuji. Ketika sedang bahagia, Hazrul ditimpa musibah.

"Tolong beritahu Liya, bukan abang yang lakukan semua tu?" - Daliya

Kebisuan si suami untuk menafikan tuduhan buatkan Daliya kecewa. Dia pergi membawa hati yang lara.

Pertemuan semula selepas dua tahun membongkar rahsia yang selama ini Daliya simpan. Rupanya, mereka ada zuriat. Heidi Isyraf bin Hazrul Izzuddin itu buktinya. Bagi Hazrul, Daliya isteri yang tidak setia. Meninggalkannya saat dia kehilangan segalanya.

"I nak jumpa anak I!" - Hazrul

"Lepas apa yang you buat, you masih nak mengaku yang Heidi tu anak you?" - Daliya

Daliya bukan lagi perempuan lemah seperti dulu. Dia tak mungkin akur pada kehendak Hazrul yang masih bergelar suaminya.

Hazrul pula, bukan lelaki yang mudah mengalah. Si anak dijadikan alasan untuk memerangkap Daliya agar kembali padanya. Dan kuasa yang dimiliki Hazrul buatkan Daliya tidak punya pilihan.

"I promise, apa yang kita buat ni adalah untuk Heidi. Only for him." - Hazrul

"Tapi tak bermakna kita akan berkongsi bilik yang sama, kan?" - Daliya

"Come on, Daliya. You kembali sebagai isteri I, bukan housemate. So, we're sharing this room." - Hazrul

Setelah apa yang terjadi, apakah tiada sisa cinta di hati mereka? Benarkah segalanya dilakukan hanya kerana si anak?

Adaptasi sunting

Pada tahun 2019, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia bermula 19 September 2019 di TV3, dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Farah Darianna (2018). Lelakimu Yang Dulu. Idea Kreatif. ISBN 9789672137290.
  2. ^ Lelakimu Yang Dulu by Farah Darianna Goodreads. Dicapai pada 31 Januari 2020.
  3. ^ Drama Lelakimu Yang Dulu (TV3) Myinfotaip (18 September 2019). Dicapai pada 1 Oktober 2019.

Pautan luar sunting