Lelasan (kejuteraan)

Lelasan ialah proses penyingkaran bahan pada permukaan pepejal seperti proses pembentukan, pencanaian dan penggilapan dengan tindakan geselan antara pepejal berkenaan dengan pepejal lain, cecair, gas atau gabungannya. Lelasan banyak digunakan untuk proses membentuk atau meratakan permukaan apabila amaun bahan yang disingkirkan sangat nipis. Lelasan juga digunakan untuk membentuk permukaan, bucu atau pinggir yang sukar dimesin seperti permukaan aerofoil, pendesak dan kipas yang melengkung.

RujukanSunting