Lemang

makanan tradisi popular bangsa Minangkabau berasal daripada Sumatera Barat (Indonesia)

Lemang (kata pinjaman daripada Minangkabau: lamang; Jawi: لمڠ) adalah beras pulut dimasak bersama santan dan garam dalam ruas-ruas buluh dilapik dengan daun pisang sebelum dibakar sehingga masak; cara ini merupakan cara menanak nasi yang tradisi serata alam Melayu dari Indonesia ke Malaysia, Singapura dan Brunei.[1]

Lemang
Sepotong lemang di atas piring.
Nama alternatifMinangkabau: Lamang
JenisRice ball, makanan Sunting ini di Wikidata
Tempat asalMalaysia, Indonesia
Kawasan/rantauSumatera Barat, Bengkulu, Jambi, Sumatera Selatan, Lampung, Negeri Sembilan, Melaka
Masakan berkaitanIndonesia, Malaysia, Brunei
Dicipta olehOrang Minangkabau
Bahan utamaBeras pulut
Bahan yang biasa digunakanPulut, santan Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masakan ini paling dikenali dalam kalangan masyarakat Minangkabau,[2][3] namun cara pemasakan ia yang ringkas juga ditiru dalam kalangan kaum serantau lain[4] seperti kaum Negrito Kelantan,[5][6] suku Semai,[7] kaum Dayak dan kaum Melayu.

Pembuatan sunting

Pemasakan sunting

Batang-batang buluh yang dipilih untuk memasak lemang ini perlu dipilih dari segi umur agar tidak terlalu tua lalu menjadi keras atau tidak terlalu muda agar mudah retak lalu merosakkan lemang dimasak.[8]

Ruas-ruas buluh yang sudah dipilih sesuai besar dipotong dan dibersihkan dari segala miang sebelum dilapikkan dengan gulungan daun pisang; susunan buluh ini disebut sebagai talang. Beras pulut yang telah dibasuh akan disumbatkan ke dalam ruas-ruas ini disusuli dengan santan sehingga cukup ruang sejarak satu atau dua inci ditinggalkan dari mulut buluh atau tiga perempat dari tinggi (atau isipadu dalaman) batang buluh; sebatang buluh dalam talang ini diisi sekitar antara 1-1.5 liter beras pulut.[8]

Batang-batang lemang ini dibakar dari satu jam hingga 4-5 jam bergantung kepada besar api dinyalakan; batang-batang tersebut hendaklah dibalik-balikkan setiap 15 minit agar seluruh nasinya masak sama rata.

 
Cara membelah buluh untuk mengeluarkan lemang.

Penghidangan sunting

Lemang sering dihidangkan secara berlauk bersama rendang atau serunding, namun ada juga yang memakan lemang dengan cara manis seperti bersama tapai (dalam kalangan orang Minangkabau) seri kaya ataupun buah-buahan.

Jenis sunting

Terdapat banyak jenis lemang yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan khusus:[8]

  • Lamang puluik: lemang biasa asas paling banyak dihasilkan dalam masyarakat Minangkabau menggunakan pulut (puluik) sebagai bahan dasar. Buah keras sering ditambahkan sebagai penambah perisa serta mengelakkan pelekatan lanjut beras.
  • Lamang pisang: lemang menggunakan buah pisang sebagai bahan sampingan, pulut dan santan dicampurkan dahulu sebelum pisang dimasukkan kemudian
  • Lamang ubi: lemang menggunakan ubi kayu sebagai bahan asas tanpa perlunya santan
  • Lamang kuning: lemang menggunakan beras digiling menjadi tepung dicampur dengan kunyit, santan dan garam.
  • Lemang periuk kera: lemang menggunakan kelongsong periuk kera yang khusus di pedalaman Negeri Sembilan dan Pahang.[9][10] Agak menengkarah dalam kalangan sesetengah pihak yang mempersoalkan kemungkinan risiko terkumpul najis tinjaan kelawar dan musang serta pemetikan tidak terkawal, namun kawalan pemerolehan dan pembersihan ditegaskan para penjual.[10][11]

Pengkhususan sunting

Lemang dimasak atau dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari-Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Selain itu juga, lemang juga sering dimasak orang Minangkabau pada keputeraan Nabi Muhammad serta menyambut kedatangan bulan Ramadan (dalam acara malamang).[8]

Orang Minangkabau sering menjadikan lemang sebagai buah tangan dihadiahkan semasa melawat sahabat handai atau semasa keraan perkahwinan, khususnya dalam adat manjapuik marapulai.[2]

Masyarakat Dayak sering memakan lemang pada pesta-pesta adat mereka.

Sejarah sunting

Profesor Gusti Asnan dari Universitas Andalas di Padang, Sumatera Barat menerangkan bahawa teknik memasak lemang datang dari cara orang-orang Melayu Proto yang membawa kaedah masak mereka dari tempat leluhur mereka di kawasan pergunungan Yunnan, selatan tanah besar China dalam penyebaran dan pendudukan mereka ke Asia Tenggara termasuk ke kepulauan Nusantara sekitar 3000 SM.[12] Menurut Yunizarti Bakry, pakar budaya dari universiti sama, terdapat suatu cerita yang diturunkan masyarakat Pariaman, Sumatera Barat mengenai suatu orang alim bernama Sheikh Burhanuddin yang menyebarkan ajaran Islam dalam kalangan mereka tetapi beliau jemu dihidangkan dengan lauk-pauk menggunakan haiwan yang haram dimakan seperti babi, randang tikuih dan ular goreng; oleh itu, beliau memperkenalkan cara lemang ini sebagai pemasakan yang bersih suci daripada penyentuhan alat yang sebelumnya. Penceritaan ini juga menjadi asas kepada kebiasaan memasak lemang dalam kalangan masyarakat Minangkabau sebagai persediaan menyambut keraian agama Islam.[12][8]

Lemang telah pun tercatat sebagai hidangan istimewa khusus di Tanah Melayu sejak 1864 lagi.[13][14]

Rujukan sunting

  1. ^ Bahrum Ali; Bandar Seri Begwan (8 September 2009), "'Lemang' stalls are found everywhere", The Brunei Times, diarkibkan daripada yang asal pada December 10, 2015
  2. ^ a b Eda Erwina (8 Mei 2014). "Lemang, Cerita Tradisi Malamang Dari Sumatera Barat". Merdeka.com. Dicapai pada 21 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ )."Lemang". Tribunnewswiki.com. 18 Julai 2019. Dicapai pada 26 Mei 2020.
  4. ^ Low, Hugh (1848). Sarawak: Its Inhabitants and Productions. R. Bentley. m/s. 37.
  5. ^ Skeat, Walter William; Blagden, Charles Otto (1906). Pagan races of the Malay Peninsula. 1. Macmillan and Co., limited.
  6. ^ Evans, Ivor Hugh Norman (1968). The Negritos of Malaya. Cass/Routledge. m/s. 59.
  7. ^ Benjamin, Geoffrey; Chou, Cynthia (2002). Tribal communities in the Malay world: historical, cultural and social perspectives. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 149.
  8. ^ a b c d e Refisrul (2017). "Lamang dan tradisi malamang pada masyarakat Minangkabau". Jurnal Penelitian Sejarah dan Budaya. Balai Pelestarian Nilai Budaya Sumatera Barat Direktorat Jenderal Kebudayaan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 3 (2): 772–796. doi:10.36424/jpsb.v3i02.
  9. ^ Tuti Haryanti Ahmad Rodzi (Januari 28, 2017). "Rasa unik periuk kera". Berita Harian. Dari https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2017/01/240858/rasa-unik-lemang-periuk-kera pada 2 Mac 2023.
  10. ^ a b Nor Khalilah Gusti Hassan (1 Jun 2019) 'Lemang periuk kera selamat'. Sinar Harian. Dari https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/31035 pada 2 Mac 2023.
  11. ^ Rahimah Abdullah (Jun 2, 2019). "Lemang periuk kera dapat sambutan di sebalik cerita 'tandas haiwan'". Astro Awani. Dari https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lemang-periuk-kera-dapat-sambutan-di-sebalik-cerita-tandas-haiwan-209226 pada 3 Mac 2023
  12. ^ a b Tania Yovani (2019). "Lamang tapai: the ancient Malay food in Minangkabau tradition". Journal of Ethnic Foods. Springer Nature. 6: 22. doi:10.1186/s42779-019-0029-z.
  13. ^ Mills, L. A. (1925). British Malaya, 1864-1867. 3, pt. 2 http://books.google.com.my/books?lr=&id=j-slAAAAMAAJ&dq=lemang+bamboo&q=lemang+&pgis=1. Missing or empty |title= (bantuan) Bersama appendiks diberikan C. O. Bladen]
  14. ^ Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society. Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland. Malaysian Branch (1–6). 1878 http://books.google.com.my/books?ei=SVV_ToqeIYLyrQe08t0G&ct=result&id=qWCbS-Zjof4C&dq=lemang+malays&q=lemang#search_anchor. Missing or empty |title= (bantuan)

Pautan luar sunting

 
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi