Lembaga Getah Malaysia

Lembaga Getah Malaysia (LGM) merupakan agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan bagi mengawasi dan memantau pertumbuhan dan penghasilan tanaman getah di Malaysia. Agensi ini ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil dari kelulusan Akta Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 1996, dari gabungan Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (LPKGM), Institut Penyelidikan Getah Malaysia dan Lembaga Institut Penyelidikan Getah Malaysia (IPGM) dan Lembaga Pasaran dan Pelesen Getah Malaysia (LPPGM).

Lembaga Getah Malaysia
LGM
Intisari agensi
Dibentuk1 Januari 1998; 26 tahun yang lalu (1998-01-01)
Agensi-agensi terdahulu
  • Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (LPKGM), Institut Penyelidikan Getah Malaysia dan Lembaga Institut Penyelidikan Getah Malaysia (IPGM) dan Lembaga Pasaran dan Pelesen Getah Malaysia (LPPGM).
  • Lembaga Getah Malaysia
JenisAgensi
Bidang kuasa
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia
Menteri bertanggungjawab
  • YAB DATUK SERI FADILLAH YUSOF
Eksekutif Agensi
Laman sesawang
www.lgm.gov.my

Pemulihan kawasan pembalakan sunting

Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia, Dr Salmiah Ahmad mahu getah ditanam bagi memulihkan kawasan bekas pembalakan. Ladang getah dapat meningkatkan keupayaan kawasan hijau di Malaysia dan membantu kurangkan pemanasan global. Ia juga memberi faedah pemuliharaan tanah, biodiversiti dan air, pembaikan kawasan tebing sungai selain dapat melibatkan penduduk tempatan dalam aktiviti ekonomi.

Ladang hutan getah Bukit Kuantan seluas 860.94 hektar siap 2010. Ia bertujuan untuk mendapatkan hasil kayu dan susu getah (lateks). Sehingga 3 April 2010, 56,696 pokok ditanam di Bukit Kuantan dengan tuaian pertama lateks dijangka diperoleh dalam tempoh lapan tahun, sementara hasil balak pula dalam tempoh 15 tahun. 625 pokok getah pelbagai klon ditanam bagi setiap hektar tanah . 100 peluang pekerjaan diwujudkan untuk penduduk setempat.[1]

Kad Pekebun Kecil Getah sunting

Bermula 13 Jun 2009, semua 250,000 pekebun kecil getah di Malaysia dikehendaki memiliki Kad Pekebun Kecil Getah. Tujuannya bagi mengatasi masalah kecurian getah dan memudahkan kerajaan memberi bantuan kepada pekebun kecil getah. Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainudin menyatakan hanya pemilik kad sahaja yang boleh menjual getah keping, susu getah dan getah sekerap. Pekebun kecil boleh mendaftar di mana-mana pejabat LGM di seluruh negara dan diberi secara percuma.[2]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting