Lembaga Pelabuhan Klang

badan berkanun kerajaan Malaysia

Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) ialah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 1 Julai 1963 bagi mengambil alih pentadbiran Pelabuhan Klang daripada Keretapi Tanah Melayu (KTM).[1][2]

Lembaga Pelabuhan Klang
Kerangka
Jenis/bentuk sahAgensi kerajaan Sunting ini di Wikidata
Bahasa rasmiBahasa Melayu, bahasa Inggeris Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.pka.gov.my/ms/ Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan1 Julai 1963 Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
PemilikKerajaan Persekutuan Malaysia Sunting ini di Wikidata
PengerusiEan Yong Hian Wah Sunting ini di Wikidata
Pertubuhan indukKementerian Pengangkutan Malaysia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Sejajar dengan dasar kerajaan untuk menanam semangat pengurusan sektor swasta dalam pelbagai bidang yang dimiliki dan kawalan kerajaan di negara ini, maka penswastaan pertama kemudahan utama pelabuhan telah dilaksanakan di Pelabuhan Klang. Dalam tahun 1986, kemudahan kontena terminal yang dikendalikan oleh LPK telah diswastakan kepada Klang Container Terminal Berhad. LPK mengekalkan 20% ekuitinya dalam syarikat tersebut. Lanjutan daripada penswastaan itu baki kemudahan operasi pelabuhan telah diswastakan kepada Klang Port Management Sdn Bhd pada tahun 1992. Kemudahan pelabuhan yang baru dibangunkan di Pulau Indah (Pulau Lumut) telah diswastakan kepada Kelang Multi Terminal Sdn Bhd dalam tahun 1994. Mereka diberi pilihan untuk membangunkan baki pembangunan kemudahan pelabuhan seperti yang terancang dalam Pelan Induk Pelabuhan (1990-2010).

Melalui penswastaan kemudahan-kemudahan operasi dan perkhidmatan-perkhidmatan pelabuhan terbahagi kepada 3 entiti yang berbeza di bawah 3 siri penswastaan yang berasingan, Lembaga Pelabuhan Klang telah mempertingkatkan peranannya sebagai pemudahcara perdagangan, mengawalselia dan sebagai tuan tanah.

Fungsi sunting

  • Perancangan dan pembangunan pelabuhan
  • Mengawal selia perjalanan kemudahan-kemudahan perkhidmatan penswastaan
  • Kemudahan perdagangan
  • Pengurusan harta
  • Penguatkuasa zon bebas

Pengurusan sunting

Pengurusan lembaga ini mempunyai pengerusi dan sepuluh jemaah lembaga. Pengerusi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan jemaah pula dilantik oleh Menteri Pengangkutan. Pengerusi LPK terkini adalah Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri Kong Cho Ha.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting