Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey

Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey (bahasa Inggeris: Port Authority of New York and New Jersey, PANYNJ) ialah sebuah daerah pelabuhan yang ditubuhkan pada tahun 1921 (sebagai Port of New York Authority) menerusi perjanjian antara negeri. PANYNJ mengendalikan kebanyakan prasarana [[pengangkutan] serantau, termasuk jambatan, terowong, lapangan terbang, dan pelabuhan di dalam Pelabuhan New York dan New Jersey. Daerah yang seluas 1,500 batu persegi (3,900 km²) ini terletak tak lebih 25 batu (40 km) dari Patung Liberty di Pelabuhan New York.[1] Ibu pejabat lembaga ini terletak di 225 Park Avenue South di Manhattan.[2]

Port Authority of New York and New Jersey
Kerangka
Jenis/bentuk sahDaerah pelabuhan
Tapak webPort Authority of New York and New Jersey - Official Website
Twitter: portauthoem Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk1921
Lokasi
Ibu pejabatCorporate Headquarters

The Port Authority of NY & NJ
225 Park Avenue South
New York, NY 10003

Telephone: 212-435-7000
Lokasi
  • Amerika Syarikat Sunting ini di Wikidata
Koordinat40°42′37.472″N 74°0′42.959″W Sunting ini di Wikidata
Kawasan perkhidmatanNew York dan New Jersey
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Plaza tol di Terowong Holland dan lintasan-lintasan lain menjadi salah satu punca pendapatan PANYNJ.

PANYNJ merupakan pengendali Terminal Marin Pelabuhan Newark-Elizabeth yang mengendalikan jumlah perkapalan yang ketiga terbanyak di kalangan semua pelabuhan di Amerika Syarikat dan yang terbesar di Hadap Laut Timur pada tahun 2004.[3] Agensi ini turut dilengkapi sebuah jabatan polis tersendiri yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mencegah kegiatan jenayah di semua kemudahannya.[4]

Kemudahan sunting

 
PANYNJ mengurus jumlah perkapalan ketiga terbanyak di AS dari segi jumlah tan, hanya di belakang Houston dan Louisiana Selatan.[3]
 
Sebahagian terminal kontena A.P. Moller di Pelabuhan Elizabeth
 
AirTrain Newark di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty

Lembaga Pelabuhan New York dan New Jersey menguruskan dan menjaga prasarana yang penting kepada rangkaian perdagangan dan pengangkutan kawasan New York/New Jersey, termasuk lima buah lapangan terbang, pelabuhan New York/New Jersey, sistem transit rel PATH, enam batang terowong dan jambatan antara New York dan New Jersey, Terminal Bas Lembaga Pelabuhan di Manhattan dan tapak World Trade Center.[5]

Pelabuhan sunting

Pelabuhan New York dan New Jersey merupakan kompleks pelabuhan terbesar di Timur Laut Amerika Utara. Ia terletak di pusat pasaran pengguna yang paling tertumpu dan mewah di dunia, dengan capaian mudah kepada rangkaian lebuh raya dan keretapi yang paling meluas di dunia. Selain itu, PANYNJ secara langsung memantau operasi tujuh terminal kargo di kawasan New York–New Jersey. Setiap terminal menawarkan perkhidmatan perkapalan, rel dan trak yang menyeluruh.

Lembaga Pelabuhan mengendali pelabuhan-pelabuhan berikut:[5]

Terminal Marin Pelabuhan Newark-Elizabeth merupakan pelabuhan pertama di negara yang menjalani proses pengkontenaan.[6] Pada tahun 2004, pelabuhan-pelabuhan PANYNJ mengendali jumlah dagangan perkapalan ketiga terbanyak di kalangan semua pelabuhan di AS dari segi jumlah tan.[3]

Lapangan terbang sunting

Lembaga Pelabuhan mengendalikan lapangan-lapangan terbang yang berikut:[5]

Lapangan terbang Kennedy dan LaGuardia adalah milik pemerintah Bandar Raya New York tetapi dipajakkan kepada PANYNJ untuk tujuan pengendalian. Newark Liberty dimiliki oleh Bandar Raya Newark dan juga dipajakkan kepada PANYNJ. Pada tahun 2007, Lapangan Terbang Antarabangsa Stewart yang dimiliki oleh kerajaan Negeri New York, pula dipajakkan kepada PANYNJ.

Landasan helikopter sunting

PANYNJ mengendalikan Downtown Manhattan Heliport (Manhattan, New York).[5]

Jambatan dan terowong sunting

PANYNJ mengurus Terowong Lincoln, Terowong Holland, dan Jambatan George Washington yang bersambung dengan Manhattan dan New Jersey utara; Goethals Bridge, the Outerbridge Crossing and the Bayonne Bridge, which connect Staten Island and New Jersey.

Bas dan transit rel sunting

 
Sebuah keretapi PATH menuju ke arah stesen World Trade Center.

PANYNJ mengendali sistem alihan laju Port Authority Trans-Hudson (PATH) yang menghubungkan pusat bandar Manhattan dengan New Jersey, sistem AirTrain Newark yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty dengan New Jersey Transit dan Amtrak melalui sebuah stesen di landasan Northeast Corridor, dan sistem AirTrain JFK yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy dengan Howard Beach (Subway) dan Jamaica (Subway dan Long Island Rail Road).[5]

Antara depoh-depoh bas utama di bawah kelolaan PANYNJ ialah Terminal Bas Lembaga Pelabuhan di 42nd Street, Stesen Bas Jambatan George Washington, dan Pusat Pengangkutan Dataran Journal di Jersey City.

Rujukan sunting

  1. ^ "2002 Annual Report" (PDF). PANY. 2003.
  2. ^ "Contact Information." Port Authority of New York and New Jersey. Retrieved on April 15, 2009.
  3. ^ a b c "Tonnage for Selected U.S. Ports in 2004". U.S. Army Corps of Engineers, Navigation Data Center. Dicapai pada 2006-10-04.
  4. ^ "Port Authority Announces Police Promotions". PANYNJ. 6 Nov 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-29. Dicapai pada 2011-07-26.
  5. ^ a b c d e "Facilities and Services". Port Authority of New York and New Jersey. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-03. Dicapai pada 2008-09-28.
  6. ^ Doig, Jameson W. (2001). "Epilogue". Empire on the Hudson. Columbia University Press.