Lembaga Pembangunan Langkawi

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diperbadankan di bawah Akta AKTA 1990 (AKTA 423) Lembaga Pembangunan Langkawi untuk membangunkan Pulau Langkawi serta memajukannya sebagai destinasi pelancongan antarabangsa. Ditubuhkan pada 15 Mac 1990 dan diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan Malaysia (Perbendaharaan Malaysia). LADA komited menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan terkemuka di dunia serta mensejahterakan penduduk Langkawi melalui sistem penyampaian dan tadbir urus yang cekap dan berkesan. Kepuasan pelanggan akan sentiasa ditingkatkan melalui pematuhan kepada keperluan-keperluan dan penambahbaikan berterusan Sistem Pengurusan Kualiti. LADA mempunyai 8 Bahagian & 5 Unit yang merupakan penggerak dan nadi kepada kesinambungan dan kecemerlangan LADA dan Langkawi iaitu Bahagian Pelancongan, Bahagian Kewangan, Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan, Bahagian Pelaburan dan Pemudah Cara Perniagaan, Bahagian Perancangan, Bahagian Kejuteraan Teknikal, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Pengurusan Aset, Unit Audit Dalam, Unit Undang-Undang, Unit Khidmat Korporat, Unit Pemantauan & Pelaksanaan dan Unit Intergriti.

Lembaga Pembangunan Langkawi
Langkawi Development Authority
LADA
Intisari agensi
Dibentuk15 Mac 1990; 34 tahun yang lalu (1990-03-15)
Bidang kuasa
Kerajaan Persekutuan/Kerajaan Negeri Kedah
Ibu pejabatKompleks LADA, Peti Surat 60, Jalan Persiaran Putra, 07000, Langkawi, Kedah, Malaysia
Eksekutif Agensi
  • Nasaruddin Bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif
Laman sesawang
www.lada.gov.my

Visi Menyelaras dan melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan melalui amalan pengurusan dan sistem penyampaian yang berkesan.

Misi Menggerakkan pelaksanaan pembangunan industri pelancongan Langkawi yang memberi manfaat kepada masyarakat, negeri dan negara melalui perancangan yang strategik serta tadbir urus yang berkesan.

Logo LADA

Rekabentuk keseluruhan logo ini diilhamkan daripada motif rekabentuk ‘Sarang Madu Lebah’ yang membawa banyak falsafah dan pengertian, khususnya dalam aspek pembangunan. Kombinasi abjad L.P.L dalam logo adalah sedutan daripada perkataan Lembaga Pembangunan Langkawi yang diolah ke arah pendekatan grafik yang kukuh, dalam erti kata Lembaga sebagai pendukung dan nadi pembangunan Pulau Langkawi. Objek-objek burung helang dan luncur layar melambangkan kebebasan Langkawi sebagai sebuah pulau pelancongan dan pelabuhan bebas cukai. Objek burung helang juga melambangkan unsur agresif Lembaga sebagai sebuah badan penggerak dalam membangunkan Pulau Langkawi. Objek rumah tradisi pula melambangkan pengekalan unsur-unsur tradisi dan alam semulajadi walaupun Langkawi bakal membangun ke arah pembangunan yang lebih pesat. Warna HIJAU, BIRU dan MERAH melambangkan keutuhan dan kekuatan.

Rujukan

sunting

Laman web rasmi Lembaga Pembangunan Langkawi www.lada.gov.my

Bacaan lanjut

sunting
  • Nur Hanisah Mhd Shokkeri (2014). Peranan Lembaga Pembangunan Langkawi dalam pembangunan pelancongan di Pulau Langkawi. Universiti Putra Malaysia.

Pautan luar

sunting