Lembaga Penapis Filem

Lembaga Penapisan Filem (LPF) ialah sebuah agensi yang ditugaskan untuk menapis kandungan rakaman untuk filem dan video untuk ditayangkan di Malaysia. Kementerian Dalam Negeri LPF ditubuhkan di bawah Seksyen 4 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971, 2002) dengan tujuan "menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daripada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif yang mungkin dipaparkan dalam sesetengah filem, sejajar dengan tuntutan prinsip-prinsip Rukun Negara." Siaran TV dan Internet tiada dalam bidang kuasa LPF.

LPF merupakan badan yang bertanggungjawab mengelaskan filem-filem yang hendak memasuki pasaran Malaysia mengikut kesesuaian dengan masyarakat. Kelulusan filem dibahagi kepada empat kategori, iaitu:

  • Lulus Bersih (LB): Diluluskan tanpa adegan yang perlu dipotong.
  • Lulus Dengan Potongan (LDP): Diluluskan dengan arahan sesetengah adegan perlu dipotong kerana tidak sesuai dipertontonkan.
  • Haram: Langsung tidak dibenarkan untuk tayangan, setelah disemak oleh LPF.
  • Ditolak: Ditolak oleh LPF tanpa semakan.

Klasifikasi filem diberi kepada semua filem yang lulus (LB dan LDP), bermula tahun 1996. Klasifikasi filem adalah seperti berikut (kemaskini pada Februari 2023):

  • ‘U’ bagi penonton semua peringkat umur,
  • 'P12′ bagi penonton semua peringkat umur dan bimbingan ibu bapa diperlukan bagi penonton berumur di bawah 12 tahun,
  • ’13’ bagi penonton berumur 13 tahun ke atas,
  • ’16’ bagi penonton berumur 16 tahun ke atas
  • ’18’ bagi penonton 18 tahun ke atas
Sewaktu diperkenalkan, terdapat empat klasifikasi 18 yang diiringi dua huruf yang melambangkan unsur filem, tetapi dimansuhkan pada April 2010 atas arahan LPF. Empat klasifikasinya ialah:
  • 18-SG: Unsur seram dan ganas yang tidak keterlaluan
  • 18-SX: Unsur seks yang tidak keterlaluan
  • 18-PA: Unsur sensitif politik, agama dan kebudayaan
  • 18-PL: Pelbagai (Lebih daripada satu unsur-unsur di atas)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting