Lembaga Penapis Filem
Lembaga Penapisan Filem (LPF) merupakan agensi yang ditugaskan untuk menapis kandungan rakaman untuk filem dan video untuk ditayangkan di Malaysia.[1] LPF ditubuhkan di bawah Seksyen 4 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971, 2002) dengan tujuan "menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daripada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif yang mungkin dipaparkan dalam sesetengah filem, sejajar dengan tuntutan prinsip-prinsip Rukun Negara." Siaran TV dan Internet tiada dalam bidang kuasa LPF.
LPF merupakan badan yang bertanggungjawab mengelaskan filem-filem yang hendak memasuki pasaran Malaysia mengikut kesesuaian dengan masyarakat. Kelulusan filem dibahagi kepada empat kategori, iaitu:
- Lulus Bersih (LB): Diluluskan tanpa adegan yang perlu dipotong.
- Lulus Dengan Potongan (LDP): Diluluskan dengan arahan sesetengah adegan perlu dipotong kerana tidak sesuai dipertontonkan.
- Haram: Langsung tidak dibenarkan untuk tayangan, setelah disemak oleh LPF.
- Ditolak: Ditolak oleh LPF tanpa semakan.
Klasifikasi filem diberi kepada semua filem yang lulus (LB dan LDP), bermula tahun 1996. Klasifikasi filem adalah seperti berikut (kemaskini pada April 2010):
- U (Umum): Keseluruhan bahan sesuai ditonton oleh semua golongan masyarakat.
- P-13 (Parental Guidance 13): Penonton di bawah umur 13 tahun perlu bimbingan ibu bapa/penjaga. Diperkenalkan pada tahun 2008, untuk filem-filem yang mengandungi adegan yang kurang sesuai ditonton kanak-kanak berusia tidak mencecah 13 tahun, oleh itu memerlukan bimbingan orang dewasa.
- 18: Untuk penonton berumur 18 tahun dan ke atas. Untuk bahan-bahan yang mengandungi kandungan yang lebih dewasa, unsur-unsur ganas, seram dan seks, yang tidak keterlaluan, atau menyentuh unsur sensitif politik, agama dan kebudayaan
- Sewaktu diperkenalkan, terdapat empat klasifikasi 18 yang diiringi dua huruf yang melambangkan unsur filem, tetapi dimansuhkan pada April 2010 atas arahan LPF. Empat klasifikasinya ialah:
- 18-SG: Unsur seram dan ganas yang tidak keterlaluan
- 18-SX: Unsur seks yang tidak keterlaluan
- 18-PA: Unsur sensitif politik, agama dan kebudayaan
- 18-PL: Pelbagai (Lebih daripada satu unsur-unsur di atas)
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Pengenalan LembagaPenapis Filem Kementerian Dalam Negeri